Chap 1

1.3K 106 11
                                    

4 tahun kemudian, di sebuah negara yang maju, terdapat salah sebuah bilik apartment yang kedengaran begitu kecoh sekali dari dalamnya.

"Mama! Mana my pencil!? "

Kedengaran suara seorang kanak-kanak memanggil ibunya.

"Hold on, honey! "

Seorang lelaki carrier segera meninggalkan pinggan mangkuk yang selesai dicucinya di rak pinggan dan segera berlari kecil menuju ke ruang bilik.

Di dalam bilik, terdapat seorang kanak-kanak kecil yang kelihatan umurnya dalam lingkungan 3-4 tahun sedang mencari keberadaan pensilnya yang telah hilang. Wajah kanak-kanak itu kelihatan panik sekali kerana tidak dapat menjumpai pensil yang dicarinya.

"Dah jumpa? "

"Belum lagi, Mama. Macam mana ni? "

Lelaki carrier tadi, iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut terus mendekati anaknya lalu memanggilnya ke mari.

"Come. Let's use our magic to find it! "

Mendengar cadangan daripada ibunya, anak-kanak itu segera menghentikan pencariannya dan dia pun tersenyum. Dengan segera dia meninggalkan tempat yang sedang dia mencari tadi dan berlari untuk mendekati ibunya.

"Yes! Jom do that Mama! "

Lelaki itu ketawa. Dia pun memegang kedua belah tangan kecil anaknya dan menyuruhnya untuk memejamkan mata.

"Alright. Close your eyes. "

Kanak-kanak itu melakukannya dengan senang hati.

"Now.. Cuba kamu ingat balik. Di mana kali terakhir kamu nampak pensil tu? "

Kanak-kanak itu cuba memanggil kembali memorinya mengikut seperti arahan ibunya. Sampai terjelir lidah dibuatnya kerana mencuba untuk mengingat kembali di mana tempat kali terakhir dia melihat pensil kegemarannya sebelum ni.

"Uumm... Kalau tak shilap Taufan letak dekat... Ruang tamu! "

Lelaki itu tersenyum. Lalu dia pun melepaskan tangan anaknya dan menyuruhnya untuk membuka mata semula.

"Baiklah. Sekarang kamu bukakan mata dan cuba cari. Ada tak? "

Kanak-kanak itu mengangguk akur.

"Ok, Mama! "

Dan dengan menggunakan kedua belah kaki kecilnya, kanak-kanak itu pun terus berlari keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu rumah itu. Diikuti rapat dengan ibunya dari belakang.

"Ha! Jumpa! "

Kanak-kanak itu bersorak riang apabila dia akhirnya berjaya menemui pensil yang dicarinya. Dia pun segera berlari ke arah lelaki tadi dan memeluk kakinya dengan erat.

"Thank you, Mama cebab dah tolong Taufan! Taufan caaaaaayang Mama! "

Lelaki tadi tertawa kerena mendengar pelat 'S' anaknya itu. Dia pun duduk berlutut di hadapan anaknya dan memeluk anaknya semula dengan erat.

"Mama pun sayangkan kamu, Taufan! But promise me... Lain kali jangan letak barang-barang di merata-rata tempat lagi, ya? Nanti susah nak cari! "

"Ok, Mama! "

Kanak-kanak itu memberikan tabik kepada lelaki itu. Ibunya tertawa dan mencuit hidung kanak-kanak itu dan mereka berdua pun berpelukan semula.

Ting tong!

Tiba-tiba bunyi loceng rumah mereka kedengaran. Kedua anak-beranak itu pun meleraikan pelukan mereka dan lelaki dewasa tadi pun bangun lalu memegang tangan anaknya untuk bersama-sama pergi ke arah pintu rumah untuk melihat siapa yang menekan loceng tadi.

Will You? [C]Where stories live. Discover now