Chap 43 (🔞)

2.1K 98 12
                                    

Warning!

MC - Mature Content!
Sex in the air!

"Sai... Saya tahu yang niat Sai adalah baik sebab Sai tak ingin kehidupan saya rosak kerana Halilintar. Tapi... Let me tell you the truth. I still loves him, Sai. I still love Halilintar.

Mungkin berdasarkan apa yang Sai tengok tempoh hari tentang keadaan saya dan Halilintar membuatkan Sai rasa saya dan Halilintar sudah takde harapan. Tapi sebenarnya saya masih menginginkan Halilintar mendapat saya semula. Itu sahaja. Saya ingin lihat... Seberapa jauh mana Halilintar ingin memperjuangkan saya. Kerana sebelum ini saya telah memperjuangkannya, jadi kali ini saya ingin diperjuangkan. Itu sahaja. "

"Tapi berbaloikah, Gempa? Sepanjang berita tentang Halilintar ditinggalkan oleh isterinya, iaitu kamu, banyak skandal yang muncul. Macam baru-baru ni terdapat seorang artis cuba untuk mendekati Halilintar. Kamu tak rasa kalau Halilintar akan berpaling tadah? "

Gempa hanya sekadar tersenyum mendengarnya. Walaupun dia tidak aktif di media sosial mahupun tidak terlalu banyak menggunakan gajet, tetapi dia sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya kerana Gempa sentiasa menonton berita harian. Hanya saja, isu 4 tahun yang lalu Gempa tidak sempat mengikutinya kerana lebih sibuk menguruskan Taufan yang masih kecil.

"Saya tak peduli tentang perkara itu, Sai. Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, sewaktu saya pernah bersama Halilintar, dia pernah membawa pulang kekasih gelapnya. Pernah berhubungan bersama biarpun kami sudah berkahwin. Saya pernah diperkenalkan di hadapan gadis itu dan dia dengan sesuka hatinya menghina saya. Jadi saya sudah biasa.

Hanya sekadar skandal? Itu tidak sebesar cabaran saya yang pernah jadi realiti suatu ketika dahulu. Skandal hanyalah mainan media sosial yang tujuannya sama ada membawa kebaikan kepada seseorang atau lebih banyak, ingin menjatuhkan mereka. Hanya orang yang betul-betul mempercayai mangsa skandal sahaja tidak akan mempercayainya secara bulat-bulat. Dan saya adalah salah seorang daripadanya. "

Walaupun cara bicaranya lembut, tetapi nada suaranya kedengaran begitu tegas sekali. Menunjukkan bahawa perkataan 'skandal' itu tidak cukup kuat untuk menghalang dirinya mempercayai orang yang pernah menjadi kebahagiaannya sebelum ini.

Manakala Sai pula? Dia hanya mampu terdiam dan tergamam. Dia tidak sangka bahawa Gempa begitu tegar hatinya dalam hubungan percintaan dan kepercayaan.

"Saya rasa sudah lama saya ada di sini. Lagipun saya hanya datang ingin menyambut hari lahir kamu. Jadi, selama hari lahir, Sai. All the best wishes just for you. Saya minta diri dulu. "

Gempa segera bangun dari tempat duduknya dan tidak lupa untuk meminta diri buat kali terakhir sebelum dia pun berjalan keluar dari rumah Sai.

"Gempa! "

Panggilan Sai tidak dapat didengari oleh Gempa kerana bunyi deruan musik yang kuat telah menenggelamkan suaranya. Gempa, tanpa berniat untuk berpaling ke belakang mahupun memanggil kereta seea, terus berjalan begitu sahaja menuju ke rumahnya. Dia tidak terlintas langsung berfikir dua kali ataupun untuk kembali semula ke arah rumah Sai. Apa yang ada di dalam kepalanya hanyalah pulang dan rehatkan fikirannya yang sudah serabut dengan pelbagai perkara yang telah berlaku pada hari ini.

•°•°•

Sewaktu di dalam perjalanan yang lebih kurang 300 meter lagi untuk tiba ke rumahnya, fikiran Gempa terus terlintas langsung tentang apa yang telah dia katakan kepada Sai tentang Halilintar.

"Saya tak peduli tentang perkara itu, Sai. Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, sewaktu saya pernah bersama Halilintar, dia pernah membawa pulang kekasih gelapnya. Pernah berhubungan bersama biarpun kami sudah berkahwin. Saya pernah diperkenalkan di hadapan gadis itu dan dia dengan sesuka hatinya menghina saya. Jadi saya sudah biasa..."

Will You? [C]Where stories live. Discover now