Chap 13

603 70 13
                                    

Gempa mengintai di sebalik sebuah dinding yang berada tidak jauh daripada kawasan yang sedang dia perhatikan sekarang. Sejujurnya dia sendiri tidak faham macam mana dia boleh menjadi seseorang yang begitu berani cari mati kerana dengan keadaan tidak dilindungi dan sendirian Gempa mengekori orang luar yang berkemungkinan besar berbahaya.

'Ok Gempa. Relaks. Kau datang sini sebab nak tengok apa jadi saja. Lepas kau sure semua baik, kau boleh kembali ke taman tema semula. Apa yang penting, jangan biar diorang-'

"Where's the thing? "

Fikiran Gempa serta-merta terbantut apabila suara orang asing mula memecah masuk ke dalam fikirannya. Gempa menggelengkan kepalanya. Mengalihkan fikirannya tadi dan kembali fokus ke misi utamanya.

Di sudut lain, kini berdirinya 3 orang lelaki yang 2 daripadanya adalah berbadan tegap namum tidak segagah yang berada di tengahnya. Sekali pandang, pasti mereka itu kuat bina badan kerana mempunyai otot-otot yang begitu besar sehingga pakaian yang dipakai oleh mereka kelihatan seperti hampir-hampir sahaja terkoyak.

"Here. Like I promised before, right? "

Lelaki bertubuh kekal itu tidak membalas pernyataan lelaki yang Gempa terlanggar tadi. Sebaliknya, dia menyuruh 2 orang tadi yang Gempa jangka mungkin adalah orang bawahannya untuk membuka sebuah bungkusan kecil yang dibalut tidak terlalu rapi yang diberikan oleh lelaki tadi.

Gempa mengambil keputusan untuk fokus ke arah barang yang dipegang tadi. Biarpun keadaan sedikit gelap, tetapi berkat bantuan cahaya lampu jalan, Gempa dapat melihat dengan jelas tentang apa yang kini dipegang oleh lelaki tadi.

'Wait... Is that... Dadah? Serum?! '

Gempa tidak pasti apakah perkara yang sebenarnya yang dipegang oleh 2 lelaki tadi. Tetapi dengan memori dan daya ingatannya, Gempa yakin yang ia bukan barang biasa. Mengingat kembali tentang beberapa jenis dadah, ubat pelali dan macam-macam lagi serum yang sering digunakan oleh penjahat yang pernah Yaya sebut sebelum ini, Gempa yakin salah satu daripadanya ada di tangan mereka sekarang.

'Alamak! Apa patut aku buat? Biarkan saja ke? Atau halang diorang? Tunggu, tapi untuk apa...? '

Gempa kini mula menjadi resah. Dia tahu yang dia tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan yang berbahaya seperti ini. Tambahan pula dia hanya berseorangan sekarang.

'Aku rasa... Aku kena la-'

"Hey! What are you doing here?! "

Nafas Gempa bagai terhenti seketika selepas dia terdengar bunyi suara seseorang dari arah belakangnya. Jantung Gempa mula berdegup kencang. Dia tahu sekarang dia sudah tidak dapat lari dan selamatkan diri lagi. Jadi dengan perlahan-lahan dia memusingkan badannya dan menghadap ke arah seorang lelaki yang bertubuh tegap dan berpakaian samseng yang ketat.

"U-uuhh... "

"Did you come here to watch us?! Wanna call police?! "

"N-no! I.. I didn't see anything! B-besides, why should I call police?!"

Lelaki tadi tersenyum sinis. Dia tahu Gempa berpura-pura.

"Not telling the truth, huh? Now you know about us, I won't let you go! "

"N-no! Wait! "

Gempa serta-merta cuba mengelak dari tangan kuat lelaki tadi yang secara mendadak datang mendekatinya dan ingin menangkapnya. Tidak kiralah apa pun, Gempa sanggup buat apa sahaja asalkan dia tidak akan ditangkap dan dibawa ke sebuah tempat yang pelik dan menakutkan seperti di dalam setiap cerita pembunuhan yang selalu dia tonton sebelum ini!

Will You? [C]Where stories live. Discover now