Chap 63

644 60 11
                                    

"And I also hope you take this carefully, Mr. Thunderstorm. Pregnant people who are stress are not just give a bad influence to them. But to the baby too. Worst, it could be miscarriage and you'll lost your baby. If we can help it, we could save the baby's life. But if we can't, you will not also lost the baby, but maybe the mother too. You understand me, right? "

Kata-kata doktor petang tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepala Halilintar. Ia sudah seperti sebuah pita yang rosak, kata-kata itu seolah-olah menghantui dirinya. Dan fikiran Halilintar juga semakin memburukkan keadaan apabila dia mula terfikirkah perkara yang bukan-bukan seperti Gempa akan demam panas dengan teruk, Gempa akan stress kerana kerja, Gempa akan terjatuh tangga kerana terleka dan banyak lagi! Semakin Halilintar fikir, semakin menyeramkan semuanya.

"Aargh! "

Halilintar duduk semula dari pembaringannya di atas kerusi sofa dan mengusap-usap kepalanya dengan kasar.

"Haaa... Aku tak boleh nak tenang bila asyik teringatkan apa yang doktor tu cakap tadi. "

Halilintar menyandarkan kepalanya pada kerusi sofa dan melenguh. Fikirannya melayang memikirkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan dirinya tenang. Tetapi malangnya dia tidak dapat memikirkan apa-apa melainkan terus merisaukan tentang keadaan Gempa.

Seketika Halilintar teringat akan pesanan Yaya kepadanya sewaktu dia dan Gempa pulang semula ke rumah.

•°•°Flashback°•°•

"Memang betul apa yang doktor tu cakap. "

Yaya berkata sambil melihat Halilintar sedang meletakkan Gempa di atas katilnya. Selepas Gempa makan ubat, dia terus tertidur tanpa mengingatkan bahawa dirinya telah bertekak dengan Yaya tadi. Namun gadis itu tidak mempermasalahkannya kerana dia tahu Gempa jadi macam tu sebab terbawa emosi. Yelah, orang mengandung, kan?

"Aku rasa mood swing dia akan kerap datang dalam masa yang terdekat ni. "

Halilintar menoleh dan memandang Yaya dengan kerutan di dahi.

"Huh? Apa maksud kau? "

"Well... Sebah dia mengandung, kan? "

"Aku tahu benda tu. Tapi kenapa aku rasa macam kau nak bawa kepada maksud yang lain? "

Halilintar menatap Yaya dengan pandangan yang tajam. Entah kenapa ia sudah menjadi tabiat Halilintar, apabila ia membawa kepada Gempa, dia sentiasa ingin tahu lebih lanjut dan akan serius dengannya. Mungkin kerana dia ingin lebih berhati-hati agar Gempa tidak akan semakin menjauhinya? Entahlah.

"Bagitahu aku, Yaya. Apa yang kau tahu tapi aku dan Nut tak tahu? "

"Eerr... Ia bukan masalah besar sangat tapi... "

"Jadi kau tahu? "

Yaya menganggukkan kepalanya.

"Baiklah kalau macam tu. Katakan kepada aku. Tak kisah lah ia adalah masalah besar ataupun kecik, Gempa adalah isteri aku dan aku berhak untuk tahu apa masalahnya. "

Mendengar suara tegas Halilintar ia membuatkan Yaya sedikit bergedik ngeri. Tetapi apa boleh buat? Betul juga apa yang dikatakan oleh Halilintar. Sebagai suami, dia berhak mengetahuinya. Lagipun perkara ini melibatkan Halilintar juga.

Will You? [C]Where stories live. Discover now