Chap 113

495 55 4
                                    

"Mr. Thunderstorm? "

Seorang jururawat menjenguk keluar di sebalik pintu dewan bersalin untuk melihat dan mencari keberadaan Halilintar yang mana dia temui lelaki itu kini sedang ditenangkan oleh Nut di sebelahnya di atas kerusi. Secara refleks, Halilintar mendongak dan berdiri di atas lantai semula. Biarpun lututnya masih menggigil namun dia tetap kuatkan diri untuk berdiri. Siapa tahu? Dengannya bertahan sekarang, dia akan mendapat berita baik?

"H-how's my wife? "

Tekaknya terasa kering dan begitu juga dengan bibirnya. Terasa seperti dirinya tidak terurus namun dia tidak peduli dengan rupa dan penampilannya sekarang. Apa yang dia ingin tahu sekarang adalah keadaan keluarganya yang baik-baik sahaja selepas dia sempat pitam buat beberapa minit tadi.

"You may come in now. "

"H-huh...? "

Halilintar tergamam. Dia sempat menoleh ke arah Nut untuk meminta kepastian. Berbanding menceritakan segalanya, Nut lebih memilih untuk mengarahkan Halilintar ikut sahaja arahan jururawat tadi.

Halilintar tidak bercakap panjang. Dia pun menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya dengan kasar. Sempat dia menelan ludahnya buat seketika sebelum kakinya pun mula melangkah mendekati dewan bersalin tadi.

•°•°•

"Congratulations, Mr. Thunderstorm! You've got a healthy twin boys! "

Nafas Halilintar seolah-olah tersekat apabila dia melihat 2 orang bayi lelaki yang sedang tidur lena dengan dibaluti oleh kain tuala kecil di seluruh tubuh badan mereka. Dia mendekati tempat yang diletakkan khas untuk bayi itu dengan bibir yang terketar-ketar.

"..."

Tiada apa yang dapat dia ucapkan melainkan rasa syukur yang amat besar apabila dia dapat melihat 2 kembarnya yang begitu kecil dan merah di seluruh tubuh badan mereka. Mata Halilintar mula berair dan dia tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana lagi selain hanya mampu tersenyum kebahagiaan.

'Tuhan... Terima kasih untuk anugerah yang indah ini untukku... '

Halilintar perlahan-lahan mengangkat salah seorang bayi tadi ke pangkuannya dan memegangnya dengan lembut dan kemas.

"Hi, baby... I'm your Papa... "

Melihat bayi di pangkuannya yang tiba-tiba bergerak dan menggesel sedikit membuatkan Halilintar spontan tertawa kecil. Dia rasa seperti tidak percaya sahaja bahawa yang dia sedang pegang sekarang adalah anaknya dan darah dagingnya sendiri. Bayi itu terlalu kecil dan lemah untuk dunia yang kejam dan hancur ini. Namun, satu perkara sahaja yang membuatkan Halilintar bertambah yakin, ianya adalah dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak-anaknya ini dengan baik dan cukup dengan kasih sayang yang sepenuhnya. Biar ianya jauh berbeza dari kisah hidupnya sewaktu kecil dahulu.

Halilintar mengangkat pandangannya dan memandang ke arah doktor semula. Dengan perasaan yang masih takut, Halilintar memberanikan diri untuk bertanya.

"Is my wife alright, doctor? "

Doktor tadi tersenyum simpul dan mengangguk kecil. Dia tahu Halilintar sudah berdepan dengan pelbagai masalah pada hari itu. Dan biarlah dengan berita gembira ini dapat memberikannya kebahagiaan serba sedikit.

"It's quite surprising that he still here with us, Mr. Thunderstorm. A lot of cases like this had happened before and only 5% of patients could hang in there till the end. And I couldn't say anything more than that your wife are so strong. You are really lucky, Mr. Thunderstorm. "

Will You? [C]Where stories live. Discover now