Chap 92

581 70 3
                                    

"Ha-Halilintar...! Tunggu! K-kita nak ke mana ni? "

Gempa bertanya dengan nada yang panik. Sejak dari keluar dari dewan media tadi lagi Halilintar tidak mengeluarkan sepatah kata dan terus menerus menarik tangannya. Segala persoalan yang dilontarkan oleh Gempa hanya dianggap sebagai angin yang berlalu begitu sahaja.

Nafas Gempa mula menjadi tercungap-cungap. Dia yang sudah mengalami kesukaran untuk berjalan kerana sedang membawa kembar kini menjadi semakin sukar kerana kini dia harus mempercepatkan lagi langkah kakinya walaupun dengan keadaan yang sarat mengandung itu.

"Halilintar...! Tunggu- ah! "

Perut Gempa tiba-tiba terasa sakit. Membuatkan tangannya secara refleks terlepas dari pegangan Halilintar dan memegang perutnya. Entah kenapa dia rasa seolah-olah anak di dalam kandungannya  itu sedang memintanya untuk segera berhenti atau dia akan beranak di situ juga.

Dengan wajah yang berkerut Gempa cuba untuk menahan rasa sakit yang tiba-tiba menyapanya. Walaupun tidak selalu merasakannya, tapi sebenarnya Gempa pernah melalui keadaan ini. Ia sebenarnya adalah satu petanda bahawa dia tidak boleh bergerak terlalu banyak dan stress kerana ia akan memudaratkan kandungannya.

'Tapi kenapa mesti sekarang?! '

Gempa tahu yang ianya baik untuk dirinya tapi pada masa yang sama dia rasa ia tidak sesuai. Kerana memikirkan tentang ayah kepada anak di dalam kandungannya ini tiba-tiba diam semacam.

Pada masa yang sama, Halilintar yang tadinya serba diam terus tersedar akan sesuatu. Tangan Gempa sudah tiada di dalam pegangannya. Dia pun berhenti melangkah dan segera menoleh ke belakang sebelum dia mendapati Gempa kini sedang memegang perutnya sambil berkerut seolah-olah sedang menahan rasa sakit.

Perasaan serba salah mula menguar di dalam diri Halilintar. Sebab dia kah Gempa tiba-tiba sakit macam tu?

"G-Gempa...? Are you ok? "

Gempa berusaha untuk mengangguk walaupun aturan nafasnya sedikit terganggu. Tidak kira apa pun, dia perlu hilangkan rasa sakit ini kerana dia masih ada suami yang perlu diuruskan. Akan tetapi ia sama sekali tidak memuaskan hati Halilintar. Bagaimana dia boleh tenang sekiranya melihat keadaan isterinya itu tiba-tiba berada di dalam kesakitan?

"Gempa... I'm... I'm sorry... I... Tsk! "

Tidak meneruskan kata-katanya, Halilintar pun terus mendekati Gempa. Perkara seterusnya yang membuatkan Gempa terkejut adalah apabila Halilintar tiba-tiba sahaja mendukungnya dengan bridal style dan membawanya menuju ke arah lif. Serta-merta rasa sakit pada perutnya tadi tiba-tiba hilang kerana tingkah suaminya itu. Halilintar menekan butang lif dan terus mendukung Gempa seolah-olah isterinya itu langsung tiada jisim.

"Ha-Halilintar turunkan saya...! "

"..."

Sekali lagi Gempa diabaikan begitu sahaja. Membuatkan yang diabaikan itu kesal dengan tingkah suaminya.

TING!

Halilintar melangkah masuk ke dalam lif tadi dan terus menekan butang yang menuju ke arah tingkat paling atas bangunan tersebut iaitu bumbungnya. Sepanjang di dalam lif kedua-duanya tidak bercakap atau mengeluarkan sebarang suara. Gempa pun rasa seperti tiada guna untuk dia terus bercakap atau bertanya apa-apa kepada Halilintar kerana dia tahu suaminya itu sepertinya tidak akan membalas apa-apa sehingga mereka tiba di tempat yang ingin Halilintar bawa. Apa yang Gempa boleh berharap sekarang adalah supaya tempat yang bakal dituju itu tidak terlalu jauh. Kesian pula nanti Halilintar kena dukung dia lama. Walaupun dia tak minta pun untuk didukung sebegitu.

•°•°•

"..."

Gempa hanya mampu diam tatkala Halilintar akhirnya meletakkan dirinya di atas lantai sejurus selepas mereka tiba di atas bumbung bangunan. Gempa menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan bahawa tiada sesiapa di sekitar mereka sebelum dia pun berpaling ke arah Halilintar semula.

Will You? [C]Where stories live. Discover now