Chap 49

791 90 7
                                    

"Ok, first of all... Abang nak minta maaf, Gem. Atas segala apa yang pernah abang lakukan terhadap Gempa sewaktu awal perkahwinan kita dulu. Abang tahu abang tak sepatutnya buat macam tu. Macam yang Gempa selalu katakan kepada abang... Abang pukul dan dera kamu. Abang hina Gempa. Abang tak berfikir dengan baik dan hanya membuat perkara sesuka hati abang. Maafkan abang tentang itu... "

Halilintar melirik wajah Gempa. Ingin melihat apakah reaksi isterinya selepas dia berkata begitu. Yang disangkakan mungkin reaksinya akan berubah, tetapi bukan. Dia silap. Gempa langsung nampak tidak peduli akan perkara itu.

Halilintar menggigit bibirnya. Cuba menahan dirinya daripada mempersoalkan apa yang isterinya lakukan terhadapnya. Bukankah dia sememangnya layak? Jadi kenapa dia perlu hairan lagi?

"Abang sepatutnya tahu... Yang Gempa sudah pun mengandungkan Taufan pada waktu tu. Gempa dapat morning sick, demam dan sebagainya yang sama seperti orang mengandung. Tetapi apa yang abang lakukan?

Hanya menganggapnya adalah perkara yang biasa. Abang tahu, abang bodoh. Abang tak guna sebab abang cetek ilmu. Yelah, sekolah tak habis, kan? "

Halilintar mengutuk dan menghina dirinya sendiri. Menyalahkan segalanya kepada dirinya sendiri kerana menjadi segala punca utama kepada hubungannya dan Gempa sekarang.

"Abang tak patut buat keputusan sesuka hati abang. Abang patut fikirkan tentang Gempa. Tapi... Apa yang abang buat? Abang tak guna, Gem. Maafkan abang.

Abang tahu... Dah banyak kali abang ulang ayat yang sama. Cakap yang abang betul-betul menyesal, abang minta maaf dekat Gempa dan banyak lagi. Tapi abang betul-betul maksudkannya. "

Halilintar meraih tangan Gempa dan mengecupnya dengan lembut. Merasai kelembutan tangan isterinya yang tiada galang gantinya.

"Abang pernah terlepas peluang untuk kita bersama selama 4 tahun, Gem. Abang juga dah terlepas peluang untuk jaga Gempa dan Taufan. Sekarang, izinkan abang bayar segalanya semula please? Benarkan abang di sisi Gempa sepanjang masa. Abang akan cuba lakukan yang terbaik. I promise... "

Gempa melihat Halilintar dengan perasaan sayu. Dia faham benar akan perasaan Halilintar. Tetapi entah kenapa egonya terlalu tinggi. Sesekali Gempa mengutuk egonya yang tinggi mengalahkan Gunung Everest kerana telah membuatkan maruah dan harga diri Halilintar begitu mudah dia pijak dan permainkan.

"I'll try, Hali. I'll try to accept you back... "

Halilintar melihat wajah Gempa. Merenung iris keemasan itu dengan tatapan tidak percaya. Seperti magik, hanya kata-kata itu sahaja sudah mampu membuat hati Halilintar gembira semula.

'Akhirnya... Peluang aku tiba... '

•°•°•

"Mama! "

Taufan berlari-lari mendekati Gempa dan terus memeluk ibunya selepas sebaik sahaja dia tiba di rumah mereka. Gempa, yang sudah sedia maklum bahawa Taufan akan pulang semula ke dalam pangkuannya hanya menerima pelukan kanak-kanak itu dengan penuh senyuman.

"Mama...! Taufan rindu Mama! "

"Mama pun rindu kamu, sayang. Kamu behave tak dengan Aunty Yaya? "

Taufan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum bangga.

"Taufan behave, Mama! Kelmarin Taufan pun tolong Aunty Yaya shopping! "

"Kamu pergi shopping? Kamu ada minta macam-macam tak dekat Aunty Yaya? "

Taufan cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now