Chap 114

500 47 5
                                    

Di waktu tengah hari, dalam lebih kurang jam 12.36 tengah hari, Halilintar sedang duduk di atas kerusi sofa yang disediakan di dalam wad tersebut sambil bermain dengan telefon pintarnya. Tujuannya melakukan hal tersebut adalah kerana ingin mengalihkan rasa mengantuknya yang semakin lama semakin ingin menguasai dirinya.

Tidak. Halilintar tidak ingin tidur lagi. Cukuplah tadi sewaktu bercerita dia sudah terlelap tanpa sengaja selama lebih kurang 20 minit. Kali ini dia tidak akan benarkan perkara tersebut berlaku lagi dan dia akan cuba menahan mengantuk sehingga lah Gempa sedar semula.

Kreaakk...

Tumpuan Halilintar yang sedang fokus pada telefon pintarnya teralih apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi pintu wad Gempa terbuka. Sewaktu mengangkat dan menolehkan wajahnya ke arah pintu tersebut, Halilintar dapat melihat wajah Nut di sana. Nut melambai kecil tangannya ke arah Halilintar dan melangkah masuk ke dalam wad tadi diikuti dengan Yaya dan Taufan dari belakang.

"Papa! "

Taufan menjerit dan segera berlari-lari anak menuju ke arah Halilintar lalu memeluk kaki Halilintar dengan erat.

Halilintar meletakkan telefonnya di sisi dan kemudiannya mengangkat tubuh kecil Taufan untuk meletakkan anaknya itu ke atas pangkuannya.

"Hey, My Hero! How are you? "

"I'm good, Papa! How are you, Papa? Macam mana dengan Mama? Why Mama shleeping? Dan mana baby? I want to shee my brothers! Can I go play with them?"

Halilintar tertawa renyah mendengar soalan Taufan yang bertubi-tubi itu. Dia kemudiannya mengusap rambut Taufan dengan lembut lalu memandang iris biru anaknya dengan redup.

"I'm good, son. Dan Mama ok je cuma dia penat sikit sebab tolong baby keluar tadi. Buat masa sekarang ni Taufan tak boleh main dengan adik lagi. Tapi kalau nak tengok adik-adik dulu boleh. Sebab adik-adik tidur sekarang. "

"Oohh... Ok, Papa! "

Nut dan Yaya saling memandang antara satu sama lain dengan perasaan lega. Sebenarnya mereka sudah plan awal-awal untuk membawa Taufan sekadar untuk menghiburkan hati Halilintar semula. Mereka berdua tahu yang keadaan Halilintar sekarang ini seperti tidak terurus. Lihatlah mata Halilintar. Jelas sekali ia menunjukkan bahawa Halilintar langsung tidak mendapat tidur yang cukup. Entah dia sudah makan atau belum pun tak tahu.

"Aku rasa ada baiknya aku pergi beli makanan untuk Hali. Aku risau la dia tak makan apa-apa lagi. "

Nut berkata kepada Yaya sembari pandangannya masih tidak teralih daripada terus melihat Halilintar dan Taufan sedang saling bergurau senda. Yaya yang mendengarnya pula hanya mengangguk setuju.

"Baiklah kalau macam tu. "

Nut mengangguk. Dia pun kemudiannya memanggil Halilintar.

"Hali, aku nak keluar kejap sebab nak beli makanan. Kau dah makan belum? Nak pesan apa-apa? "

"Hm? Uhh... Apa-apa je. Belikan buah dan makanan untuk Gempa sekali tau. "

"Ok. Nanti aku datang balik. "

"Ok. "

Selepas itu, Nut pun berjalan keluar daripada wad tersebut dan menutup pintu wad dengan rapat. Meninggalkan Halilintar bersama-sama Taufan, Yaya dan juga Gempa yang masih belum sedarkan diri.

Klik!

Bunyi pintu yang tertutup kedengaran. Setelah itu suasana pun menjadi sunyi semula. Taufan pun turun dari pangkuan Halilintar dan menoleh ke arah Halilintar semula.

"Papa, Papa. Boleh Taufan nak tengok adik tak? Taufan nak tahu macam mana muka adik. Mungkin ada yang shama macam Taufan? "

Halilintar ketawa terkekeh mendengarnya. Dia kemudiannya berdiri dari tempat duduknya dan memimpin tangan kecil Taufan untuk membawanya ke arah Yaya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now