Chap 130

514 39 4
                                    

"Mommy cakap dia dan Daddy nak datang ke rumah? "

Gempa memandang secara terkejut ke arah Halilintar sewaktu mereka sedang dalam perjalanan hendak pulang ke rumah mereka. Pada masa yang sama, masing-masing sedang menikmati aiskrim dengan pilihan perisa kegemaran tersendiri sambil memimpin dan menolak troli anak-anak mereka.

"Hm... Mommy telefon abang tadi dan cakap macam tu. "

"Jadi mereka sedang ada kat mana sekarang? "

"Sedang dalam perjalanan ke rumah kita. Waktu Mommy call tadi dia dan Daddy baru turun dari kapal terbang. "

"Oh... Baiklah kalau macam tu, jom kita balik? Saya nak masak dan sediakan makanan untuk Mommy dan Daddy. Mesti diorang lapar semasa ada atas kapal terbang tadi. "

"Hm, tapi apa kata kita ambil masa sikit? "

Gempa menolehkan pandangannya untuk memandang wajah suaminya semula. Bermaksud untuk menunggu penerangan Halilintar di sebalik kata-katanya tadi.

Dan seakan-akan faham dengan maksud pandangan daripada isterinya, Halilintar pun menghentikan langkah mereka semua dan memegang erat tangan milik Gempa sambil menatap si pemilik iris emas itu dengan dalam.

"Abang nak luangkan masa dengan Gem lama sikit. Tak perlu tempat, keadaan dan waktu yang mewah, berjalan balik ke rumah pun dah cukup. Hm? Can I, My Heart? "

Gempa membuka kemudian menutup mulutnya namun tiada sebarang patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya dek kerana dia tiba-tiba mati akal untuk berkata-kata.

"Ugh... Fine. "

Dan akhirnya, dia terpaksa juga bersetuju kerana sejujurnya jauh di lubuk hatinya dia juga teringin untuk mengikut permintaan Halilintar. Membuatkan Halilintar terlompat kecil kerana gembira lalu memakai cermin mata hitamnya untuk lebih tersorok. Dan melihat suaminya yang gembira dan teruja itu sedikit sebanyak membuatkan Gempa turut teruja sama. Lagipun apa yang perlu mereka risaukan? Mommy dan Daddy semestinya faham anak dan menantu mereka ingin bersama lebih masa sedikit dengan cucu-cucu mereka.

•°•°•

Halilintar sebenarnya boleh sahaja menelefon Nut atau menyewa mana-mana kereta sewa untuk mereka tumpang sementara pulang ke rumah. Tetapi Halilintar tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan keluarganya. Dia tidak mahu peluang yang ada untuk dia luangkan bersama-sama keluarganya disia-siakan begitu sahaja. Walaupun agak sukar untuk dia biasakan diri dengan berjalan lama dengan kakinya sendiri, ditambah pula terdapat ramai di antara masyarakat sekelilingnya sekarang sedang memandangnya; ingat, Halilintar ialah seorang artis terkenal - namun dia tetap berlakon seperti rakyat biasa. Dan nasib baiklah orang-orang sekeliling nampaknya faham dengan situasinya sekarang dan tidak mengganggu mereka melainkan hanya melambaikan tangan dan bertanya khabar.

"Maaf, Gempa dan anak-anak kita kena hadap semua ni disebabkan abang. "

Gempa melirik ke arah suaminya sebaik sahaja selepas beberapa orang yang berjalan dan berjabat tangan dengan Halilintar tadi berlalu pergi.

"Kenapa? Apa yang perlu saya maafkan? "

"Well... As you can see? Ramai yang kenal abang dan kadang-kadang waktu privasi untuk kita semua agak terganggu. Gem mesti rimas, kan? "

"Huff! "

Gempa mendengus sebal sambil memutarkan bola matanya.

"Abang, seingat saya lah kan, seorang artis yang bernama Halilintar, a.k.a Thunderstorm ni terkenal dengan sifat dingin dan hati batunya. So why? Why, right now, the same person with exactly the same face and name, is not like that? You are soft hearted to me, you know that? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now