Chap 100

571 66 5
                                    

A/N: Happy 100 chapters guuyysss 〜(^∇^〜)

•°•°Flashback°•°•

"Kenapa Halilintar balik ke sini lagi, ya? "

Halilintar menoleh ke arah isterinya yang sedang melipat pakaian mereka tanpa memandang ke arahnya. Mereka sekarang sedang berada di ruang tamu rumah Gempa dan sedang melayan rancangan televisyen yang sedang bersiaran pada waktu itu.

"Kenapa Gem tanya macam tu? Tak suka ke abang datang balik? "

Gempa menghela nafas panjang. Tangannya tidak berhenti daripada terus melipat pakaian tersebut.

"No. I'm just asking though. "

"Oh... Sorry. Abang ingat Gem tak suka-"

"Can you please stop with that negative thought? "

"..."

Jika tadi tumpuan Gempa hanya fokus pada pakaian di tangannya, kini sepasang iris emas itu merenung tajam ke arah iris merah Halilintar. Renungannya seolah-olah memberikan amaran kepada Halilintar bahawa dia sedang murka kepadanya.

"Maaf... Abang cuma terlintas saja nak tanya camtu. "

Gempa tersedar dari nada suara Halilintar itu menandakan bahawa suaminya sedikit terasa dengannya. Jadi dia pun cuba untuk mengawal emosinya dan menenangkan dirinya.

"I'm sorry... Saya tak bermaksud nak meninggikan suara tadi. Uuhh... Sebenarnya saya cuma tertanya-tanya saja, kenapa Halilintar sanggup habiskan duit mahal-mahal dan lepaskan beberapa kerja yang lebih penting semata-mata nak luangkan masa dengan saya? Halilintar kan artist? Yang terkenal pulak tu. Sia-sia la lepaskan peluang kerja dengan ganjaran yang bagus semata-mata nak bersama saya saja. "

Halilintar tersenyum kecil selepas mendengar penjelasan Gempa. Bagusnya isterinya itu kerana sudi meminta maaf setelah tersedar dia terkasar dengannya tadi. Ini yang membuatkan perasaannya bertambah sayang ni!

"Hm... Pasal tu ya? Ok macam ni, cuba kita letak Gempa dalam satu situasi ni. Kalau Taufan atau Mama atau Papa atau sesiapa la yang sakit. Dan Gempa pula rasa macam bertanggungjawab nak jaga diorang, tapi pada masa yang sama, Gempa jugak dapat tawaran kerja hebat atau gaji bagus. Yang mana yang akan Gempa pilih? "

"Mestilah keluarga saya! Saya tak kisah kerja tu semua, yang penting keselamatan dan kesihatan keluarga saya! Lagipun rezeki boleh dicari, kan? Saat bersama keluarga tak boleh diganti! "

Senyuman Halilintar semakin berkembang. Lalu dia kemudiannya mengambil pakaian yang dipegang oleh Gempa lalu meletakkannya ke tepi. Halilintar mendekatkan dirinya ke arah Gempa lalu merangkul bahu isterinya dengan lembut.

"Macam tu lah situasi abang sekarang. Gem kan tengah mengandung? Lepastu kena jaga Taufan dan kerja lagi. Banyak tau? Takkan la abang sebagai suami nak biarkan macam tu je?

Lagipun rezeki tu semua boleh dicari semula. Tapi saat bersama insan tersayang tu tak boleh diganti. Betul tak? "

Terkedu Gempa mendengarnya. Sehingga dia tidak perasan yang pipi tembamnya itu sudah bertukar kemerahan kerana terpesona dengan kata-kata Halilintar. Sedangkan Halilintar yang melihat reaksi comel isterinya itu pun tertawa lalu mencubit pipi kanan Gempa kerana geram.

"Aduii... Isteri abang ni! Cute tau! Geram nak gigit pipi tembam tu! "

"Eh? Eh, lepas la! Ckh! Orang tengah serius dia main-main pulak... "

"Lhaa... Mana yang main-mainnya? Betul la apa yang abang cakap tadi. Abang risau tau dengan keadaan Gempa. Nanti kalau nak beranak atau sakit apa-apa siapa yang nak jaga atau hantar pergi klinik atau hospital? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now