Chap 54

706 81 19
                                    

"We're home! Mama! "

Gempa dapat mendengar suara Taufan dan larian kecilnya dari dalam rumahnya. Dia segera mendapatkan pintu rumah dan membukakannya.

"Welcome home! "

"Mama! "

Taufan terus melompat naik ke atas Gempa dan memeluk erat ibunya. Gempa yang menerima perilaku manja anaknya itu hanya tertawa gembira. Pelukannya pada Taufan begitu erat seperti dia tidak mahu melepaskannya.

"Lewat kamu balik, hm? Kamu pergi mana?"

"We went to mall, Mama! Papa bawa Taufan main baaaaanyak toys! "

Gempa hendak tersenyum mendengar cerita Taufan. Tetapi seketika senyumannya pudar apabila dia tiba-tiba menangkap sesuatu.

'Kejap.... '

"What did you said just now, honey? Papa...?"

Taufan mengangguk sambil tersenyum riang.

"Yep! Papa! Papa Handsome! "

Taufan menunjukkan jari telunjuk kecilnya ke arah pintu pagar rumah. Atau lebih tepatnya ke arah seseorang. Gempa pun mengalihkan pandangannya untuk melihat siapakah yang dimaksudkan oleh anaknya tadi. Dan sebaik sahaja matanya melihat orang tersebut, jantungnya mula berdegup.

"Halilintar... "

Gempa melihat Halilintar.

Entah kenapa tiba-tiba Gempa membayangkan suasana mereka yang tidak ubah seperti sebuah filem yang pernah dia tonton sebelum ini. Kisah sebuah percintaan yang abadi. Yang mana suaminya harus pergi ke sebuah peperangan yang menakutkan dan bahaya sedangkan isteri dan anaknya harus tinggal di rumah sambil berdoa dan berharap agar keadaannya baik-baik sahaja serta akan pulang dengan selamat. Apa yang paling menarik adalah sebenarnya pelakon yang berlakon sebagai hero dan suaminya itu adalah Halilintar sendiri.

'Aku patut kurang tengok drama Halilintar mulai sekarang... '

Gempa memperingati dirinya sendiri. Cepat-cepat Gempa membuang fikirannya yang sudah terlajak jauh itu dan kembali memandang ke arah Halilintar yang kini sedang masuk ke dalam perkarangan rumah sambil membawa beberapa beg kertas di dalam tangannya.

"Shopping, huh? "

Halilintar tersenyum-senyum kambing.

"I'm just doing my job here. "

Gempa tersenyum sinis ke arah Halilintar.

"Oh yeah? And I assume that you just teach him something? "

Senyuman Halilintar mula berubah kepada senyuman yang canggung. Halilintar menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal sekadar ingin menenangkan dirinya yang dikhuatiri gelabah di hadapan isterinya. Dia tahu dia sedang dalam bahaya sekarang.

"Huh? Is that Thunderstorm? "

Gempa terdengar suara-suara kecil yang sedang menyebut-nyebut nama Halilintar. Dia tahu, dengan Halilintar yang tidak memakai sebarang pelindung untuk menyamar, mudah sahaja untuk orang lain mengecamnya.

"Dah, cepat masuk. "

Gempa cepat-cepat menarik Halilintar masuk ke dalam rumahnya. Sebelum menutup pintu dan mengunci dari dalam, Gempa sempat melemparkan jelingan maut kepada beberapa orang yang berada di luar rumahnya.

•°•°•

"Nah, Taufan. Papa nak kamu simpan barang-barang kamu ni elok-elok, ya? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now