Chap 5

866 84 3
                                    

"Cakap 'Hi!' dekat Uncle Nut! "

"H-Hi Uncle Nuuutt! "

"Good boy! "

Nut tersenyum sewaktu dirinya sedang memandang ke arah sebuah video menerusi telefonnya. Wajah gembiranya sama sekali tidak dapat disembunyikan sewaktu dia melihat video tersebut. Hatinya terasa berbunga-bunga sekali.

"Nah- woy, Nut! Apahal tersengih-sengih ni?? "

Halilintar, yang kebetulan baru datang selepas membeli 2 jenis ais blend terus bertanya apabila dia melihat managernya itu sedang tersenyum-senyum ke arah telefonnya.

Nut tersedar dari dunianya. Segera dia menutup dan menyimpan semula telefonnya di dalam poket seluar dan tersenyum ke arah Halilintar. Huluran air daripada Halilintar diterimanya dengan senang hati.

"Thanks. Alah, tu anak saudara aku je. Aku tengah tengok video dia. Rasa rindu pula. Nak peluk-peluk je rasanya. "

Kening Halilintar berkerut. Dia pun segera mengambil tempat duduknya di hadapan Nut.

"Sejak bila kau jadi soft heart ni? "

"Excuse me?? Aku memang macam ni sejak dari dulu tahu? "

"Oohh... So kiranya kau ni pondan lah? "

Persoalan Halilintar tadi mendapat tatapan maut daripada Nut. Walaupun menyeramkan tetapi bagi Halilintar ia tidak membawa apa-apa kesan kepadanya. Memang sudah biasa kot.

"Bukanlah! Aku bukan macam sotong-sotong lembik tu! Aku cuma ada ciri-ciri yang lembut pada kanak-kanak! Kau mana tahu! Aku suka gila kot dekat budak! "

Halilintar memutarkan bola matanya.

"Yelah tu. Kalau betul kenapa kau masih single lagi? Kalau betul suka budak confirm kau dah lama kahwin. Silap-silap, dah ada 5 orang anak dah sekarang. "

"Excuse me?? Again. Kau ingat aku ni kerjanya buat anak je ke? Aku kenalah fokus pada kerja dulu! Kumpul duit banyak-banyak lepastu baru fikir pasal kahwin! And for your information, aku bukannya lahir-lahir BOOOMM!! jadi kaya terus. Dalam hidup ni kena ada usaha! Kau ingat senang ke nak kumpul duit? "

Halilintar tersenyum mengejek.

"Sorry. Aku tak dapat nak gambarkan keadaan tu sebab aku lahir-lahir je BOOM! jadi anak orang kaya. So? "

"Ceh! Sombong! Kalau Tuhan tarik balik nikmat kau baru kau tahu! "

"Memang Dia dah tarik pun kan? "

Seketika amarah Nut serta-merta menghilang. Dia faham yang Halilintar membawa maksud yang lain dan kini perasaan serba salah sedikit menerpa di dalam hatinya. Nut menghela nafas.

"Sorry, Hali. Aku tak bermaksud pun nak buatkan kau ingat tentang tu. "

Halilintar menggeleng.

"No. It's ok. Lagipun aku memang setiap hari- no... Setiap masa mengingatkan Gempa. He's my everything. Even my breath. Jadi setiap kali aku bernafas, dia akan ada. Jadi kau tak payahlah nak rasa serba salah. "

Nut mengangguk. Biarpun dirinya terasa seperti ingin memujuk Halilintar, tetapi dia sedar bahawa dia hanya mampu memandang sahaja. Sudah 4 tahun berlalu. Dan keadaan Halilintar yang sekarang jauh lebih baik dari Halilintar 4 tahun dulu.

Halilintar 4 tahun lalu amat menyedihkan. Malah, rasanya seperti perkataan 'menyedihkan' itu masih belum cukup untuk menggambarkan situasinya.

•°•°Flashback°•°•

Will You? [C]Where stories live. Discover now