Chap 8

757 79 11
                                    

"Here's the payment sir. "

"Alright. And here your house's key. Hope you enjoy living here! "

"Thank you! "

Senyuman Gempa tak henti-henti berkembang apabila pada akhirnya dia dapat juga memegang kunci rumah idamannya. Gempa amat gembira. Tak sangka bahawa selama berbulan lamanya dia menunggu kekosongan untuk rumah idamannya ini, akhirnya dia memperolehinya. Memang dapat dirasakan bahawa segala penantiannya tidak sia-sia sama sekali.

"Yaya! Tengok! Aku dah dapat rumah idaman aku!! "

Gempa dengan penuh riangnya melompat kecil sambil menunjukkan kunci rumah yang baru diterimanya itu kepada sepupunya. Yaya, yang sedari tadi membantu dan mengikuti Gempa dalam urusan jual beli rumah sehingga pukul 10 malam hanya mampu mengangguk sahaja.

Sebenarnya hari ini dia sedikit kelelahan kerana baru sahaja selesai menjalankan 2 jenis pembedahan dalam masa sehari. Tetapi demi menunaikan janjinya kepada sepupunya, dia tak kisah.

Yaya cuba tersenyum manis.

"Baguslah. Tahniah! Sekarang, nak cuba masuk untuk cek dulu? "

Gempa nampak mula berfikir dengan cadangan Yaya. Sebenarnya dia tidak kisah untuk masuk dan lihat keadaan dalam rumahnya. Lagipun dia tidak perlu risau akan apa-apa kerana Taufan sendiri pun tidak ada bersama-sama sekarang. Tetapi melihat kepada waktu sekarang, adakah dia patut tangguh esok sahaja?

"Good evening, young peoples. "

Serentak Yaya dan Gempa menoleh ke arah seseorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka dan memberikan senyuman kepada mereka juga. Gempa dan Yaya tersilap langkah sekejap sebelum mereka sama-sama menunduk kecil sambil membalas sapaan lelaki tadi.

"Ah, good evening too sir. "

"Seems like you just bought this house? "

"Yes it is. "

"I see. So nice to meet you then, new neighbour! I also lives here! "

Gempa tidak sangka bahawa dia akan berkenalan dengan salah seorang jirannya dengan begini cepat. Walaupun melihat kepada keadaan dan juga cara pemakaian mereka pula, tetapi nampaknya lelaki di hadapannya ini tidak peduli. Tambahan pula dia juga memakai pakaian yang kasual sahaja dan di tangannya terdapat beberapa bungkusan beg plastik dari supermarket berdekatan.

"Nice to meet you too, sir. My name is Gempa. But you can call me, Quake. "

"And I'm Yaya. "

Lelaki itu tertawa kecil.

"Please, call me Sai. Dan rasanya kita bertiga berasal dari tempat yang sama, bukan? "

Terkedu Yaya dan Gempa apabila mereka dapat mendengar bahasa ibunda mereka digunakan oleh lelaki di hadapan mereka itu. Jadi rupa-rupanya mereka saling memahami bahasa utama masing-masing? Jadi, senanglah.

"Ah, selamat berkenalan, Encik Sai! Maaf kita tak dapat nak membezakan Encik Sai sama ada orang Asia atau Eropah sebab wajah Encik Sai macam sama dengan orang Eropah. "

Sai, lelaki tadi tertawa kecil. Menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi.

"Takde apa. Mungkin sebab saya dah lama sangat ada dekat sini jadi sebab itulah saya nampak macam nak dekat sama dengan orang-orang sini. Tapi saya rasa cukup bersyukur sebab dapat bertemu kamu berdua. Sekurang-kurangnya takdelah saya keseorangan berborak dalam bahasa lain selain Inggeris, kan? "

"Betul! Lebih kurang 20% je peluang untuk kita jumpa orang-orang kita dekat sini. Ah, dan memandangkan Encik Sai pun tinggal di sini, nanti Encik Sai boleh lah tolong tengokkan sepupu pendek saya ni, ya? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now