Extra Chap

416 30 3
                                    

Di kediaman Gempa, tepat jam 7 pagi selepas jarum saat berdetik pada angka 12, mata Gempa terbuka dan dirinya serta-merta tersedar dari lena yang lama. Dengan keadaan posisi postur badannya yang masih terbaring puas di atas katil, mata Gempa termenung ke arah tingkap biliknya yang membawa masuk sinaran cahaya matahari yang semakin kelihat cahayanya.

"Huh?!"

Dengan pantas Gempa bangun dari tidurnya. Dia memandang ke sisinya dan mendapati suaminya telah tiada di sebelahnya. Mungkin sudah bangun.

"Alamak! Alamak! Dah lewat!"

Dengan cepat-cepat Gempa lompat keluar dari katil dan bergegas masuk ke dalam bilik mandi. Tidak terlupa juga untuk sempat mengambil kain tuala sebagai alat pengering setelah mandi nanti.

•°•°•

15 minit kemudian, Gempa akhirnya keluar dari bilik mandi tersebut bersama-sama wap air panas yang dia gunakan untuk mandi tadi. Baru jam 7.17 pagi dan Gempa masih sempat untuk bersiap-siap dan sediakan sarapan jika dia mempunyai baju yang sesuai untuk dapakai untuk rancangan aktiviti keluarganya hari itu. Dan jika dia juga mempunyai pakaian yang sudah siap digosok jadi waktunya akan lebih dijimatkan dan-

Klik!

Kepala Gempa serta-merta berpusing ke arah pintu bilik setelah dia terdengar pintu bilik tiba-tiba terbuka. Di ambang pintu, Gempa dapat melihat wajah Halilintar sedang yang ternyata turut terkejut melihat dirinya di almari pakaian.

"Oh? Sayang dah bangun? Abang baru ingat nak kejut tadi kalau sayang masih tidur."

"Halilintar, anak-anak dah bangun?"

"Hm? Oh, ha'a diorang dah bangun. Diorang ada kat bawah dah. Abang dah tolong mandikan tadi."

"Dah tolong mandikan? Haa... nasib baik. Terima kasih, Halilintar. Kejap ya? Saya nak ambil baju lepastu tunggu saya buat sarapan dan-"

"Abang dah tolong buat."

"...Huh?"

Mata Gempa terkebil-kebil memandang suaminya. Dia cuba untuk memproses maksud di sebalik kata-kata Halilintar sebentar tadi namun belum sempat dia mula, Halilintar sudah terlebih dahulu mengheret tangannya untuk diberikan pakaian yang sudah tersedia untuknya pakai pada hari itu.

"Abang dah tolong sayang sediakan baju. Kita pakai sama tema hari ni, ya? Abang beli special untuk hari bermakna ni."

"Uuuhh... t-tapi nanti kalau kotor bila saya masak macam mana?"

"Sarapan pun abang dah siapkan kat bawah. Dah, pakai je baju dan turun. Abang dan anak-anak tunggu kat bawah ya?"

Sebelum turun meninggalkan isterinya, Halilintar sempat memberikan kecupan singkat di pipi kiri dan bibir Gempa lalu melangkah keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Gempa yang masih berada dalam keadaan terpinga-pinga sambil melihat suaminya turun sehingga hilang dari pandangan.

"Huh... oh well?"

Tanpa banyak bicara lagi, Gempa pun terus meyauk dan memakai baju dan seluar yang telah disediakan oleh Halilintar. Nampaknya hari ini seperti akan berjalan dengan lancar sekali?

•°•°•

Sewaktu Gempa turun dari tingkat atas, jam sudah menunjukkan pukul 7.25 pagi. Dia, bersama-sama beberapa beg kecil dipikul dan dibimbit di tangan turun melalui tangga lalu menuju ke ruang tamu untuk meletakkan beg-beg tersebut ke atas kerusi sofa yang terdekat. Dan pada saat itulah dia terdengar bunyi ketawa kecil dari kanak-kanak kecil dan orang dewasa berbunyi dari arah berdekatan. Tempat di mana suami dan anak-anaknya sudah berada iaitu di kawasan tengah-tengah antara kerusi sofa yang lain.

Will You? [C]Where stories live. Discover now