Chap 26

720 71 10
                                    

TW - Trigger Warning!

A/N: Ada aksi pukul memukul dan pembulian. Harap mana-mana pihak yang kurang gemar dengan aktiviti membuli dan bergaduh boleh mengundurkan diri.

•°•°Flashback°•°•

16 tahun yang lalu, Gempa dan Yaya merupakan sepupu yang paling dekat dan akrab antara satu sama lain. Biarpun berbeza umur hanya 2 tahun, dan mereka juga berlainan jantina, tetapi ia sama sekali tidak menghalang mereka berdua untuk sering bermain dan meluangkan masa bersama-sama.

Ayah Gempa merupakan abang kepada ibu Yaya. Jarak rumah mereka juga hanya memerlukan masa 30 minit untuk tiba. Jadi tidak hairanlah jika setiap hari Yaya dapat bermain bersama-sama Gempa.

Pada waktu itu umur Yaya adalah 12 tahun manakala Gempa pula 14 tahun. Biarpun sudah berada di sekolah menengah tetapi Gempa tidak pernah jemu menemani Yaya untuk bermain. Walaupun permainan itu adalah permainan kanak-kanak perempuan.

"Nah, Gemgem! Yaya masak nasi goreng sedap untuk Gemgem! "

"Waaahh!! Terima kasih, Yaya! "

Gempa menerima mangkuk mainan yang diberikan oleh Yaya sewaktu mereka berdua sedang bermain di bawah pokok yang rendang di dalam halaman rumah Gempa. Para pembantu rumah yang berada tidak jauh dari mereka berdua hanya mampu melihat dengan senyuman sahaja. Di dalam hati mereka amat gembira kerana melihat tuan muda mereka sentiasa ceria dan tersenyum setiap kali dapat bermain dengan Yaya.

"Ah, air minuman sudah habislah! "

Gempa mengangkat jug air yang memang sudah sedia terisi dengan air yang boleh diminum. Melihat Gempa seperti ingin meminum air, Yaya cepat-cepat meminta jug tersebut dan menawarkan dirinya untuk mengambil air di dalam rumah.

"Takpe, biar Yaya tolong ambil, ya? "

"Eh, takpe ke? Patutnya Gemgem yang tolong ambilkan. Yaya kan tengah masak? "

Yaya menggeleng.

"Takpe! Gemgem tunggu, ya? Yaya pergi kejap! "

Gempa hanya mengangguk setuju dan membiarkan Yaya berlalu pergi untuk mengambil air ke dalam dapur rumahnya.

•°•°•

"Dengar cerita dari cikgu Gempa, Gempa masih dibuli oleh kawan-kawannya. "

Yaya yang kebetulan masuk ke dalam kawasan dapur rumah Gempa serta-merta terhenti selepas sebaik sahaja dia terdengar suara bapa saudaranya, Amato.

"Haa... Nampaknya macam tu lah. "

Yaya cepat-cepat mengambil tempat untuk bersembunyi untuk mendengar tentang perkara itu dengan lebih lanjut. Sudah tentulah Yaya tahu bahawa tidak elok untuk mencuri dengar perbualan orang tua, tetapi jika ia bersangkut dengan sepupu kesayangannya, ia tidak salah, kan?

"U dah tanya Gempa? "

"I dah puas tanya dia, abang. Tapi budak tu tetap beri alasan yang dia takde masalah pun dekat sekolah. Cikgu dia pula yang selalu lapor dekat kita. "

Amato menundukkan kepalanya untuk merenung akan nasib satu-satunya anak tunggalnya itu. Sara juga ikut sama. Masing-masing mula risau dengan keadaan anak mereka yang satu itu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now