Chap 105

510 52 3
                                    

Halilintar membuka pintu bilik Taufan dan tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan Gempa yang sedang berdiri di hadapan muka pintu sambil sedang mendukung Blaze yang nampaknya berjaya tidur dengan lena akhirnya. Halilintar sedikit tersenyum ke arah Gempa. Berharap agar Gempa tidak akan marah kepadanya kerana dia meluangkan masa yang agak lama di dalam tadi.

"Ke tepi. "

Halilintar tersontak seketika. Namun apabila dia sedar bahawa dia ternyata sedang berdiri di muka pintu dan menghalang Gempa daripada masuk, dia pun cepat-cepat beranjak ke tepi.

"..."

Suasana di sekeliling mereka terasa begitu canggung sekali. Masing-masing seolah-olah tiba-tiba menjadi bisu dan tidak tahu hendak memulakan perbualan yang bagaimana. Tambahan pula, Halilintar fikir sekiranya dia membuka bicara pun, belum tentu Gempa akan mendengar atau melayannya.

"Mulai hari ni... "

"Huh..? "

Halilintar mendongak dan melihat ke arah Gempa semula apabila isterinya itu tiba-tiba membuka mulut. Dan tanpa berpaling dan melihat Halilintar, Gempa pun meneruskan ucapannya.

"Mulai hari ni... Kita dah boleh tidur asing. Kau dah boleh angkat dan bawa barang-barang dan baju kau ke bilik tamu semula. Aku nak semua barang termasuk perkakas bilik mandi kau dah takde di dalam bilik aku. Aku dah malas nak hadap muka kau banyak kali. Faham? "

Wajah Halilintar berubah perit dan kecewa. Sungguh kata-kata yang keluar daripada mulut Gempa itu semakin lama semakin menyakitkan hatinya. Rasanya seperti ditusuk berkali-kali tanpa simpati sama sekali.

Tetapi siapa Halilintar untuk memberontak. Dia tahu, sebagai seorang suami dia berhak mempersoalkannya dan malah mempertahankan dirinya. Tetapi dia tidak ingin semakin memburukkan keadaan. Tambahan pula dia ingin hati Gempa sejuk dahulu. Harap-harap dia masih ada peluang untuk berbincang dengan Gempa dan menjelaskan tentang perkara yang sebenar sebelum keadaan bertambah buruk.

"B-baiklah. Abang faham... "

Setelah itu, Halilintar pun berlalu pergi untuk masuk ke dalam bilik Gempa dan meninggalkan Gempa di ambang muka pintu sendirian.

•°•°•

Daddy

Kami dapat berita daripada Amato yang Tok Aba dah meninggal.

Jaga isteri dan anak kau baik-baik. Tok Aba adalah satu-satunya tempat Gempa bergantung selama ni jadi Daddy nak kau bantu untuk tenangkan dia.

Halilintar membaca pesanan daripada ayahnya dengan wajah yang pucat kerana terkejut. Dia baru sahaja selesai mengemas barang-barangnya di dalam bilik Gempa dan bersedia untuk memindahkannya ke bilik asalnya. Tapi disebabkan bunyi notifikasi daripada telefonnya ia membuatkan aktivitinya terhenti dan membaca pesanan daripada Kaizo yang ternyata amatlah mengejutkan. Mulutnya terbuka dan tertutup namun tiada sepatah ayat pun keluar daripadanya. Halilintar terkedu sangat-sangat.

'Entah-entah ni sebab Gempa terkejut tadi? Apa... Apa yang patut aku buat? '

Halilintar sedikit sebanyak mula naik panik. Bagaimana kalau Gempa sekarang sedang memerlukan tempat untuk dia melepaskan tangisan? Bukankah sebagai seorang suami Halilintar perlu berada di sisinya sekarang?

"I have to do something! "

Dan tanpa membuang masa, Halilintar pun terus bergerak menuju ke pintu. Niat asalnya adalah dia ingin mendapatkan isterinya dan bertanyakan tentang keadannya. Namun belum sempat dia mencapai tombol pintu bilik, pintu tersebut pun terbuka dan menampakkan Gempa sedang berdiri dari muka pintu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now