Chap 47

880 94 14
                                    

Grak!

Mata Halilintar membutang. Dia tidak pernah sangka perkara seperti ini akan terjadi.

Gempa memeluknya.

"G-Gempa..? "

"Isk... Kita akan dapat kembar... Kita akan dapat kembar! Isk... Akhirnya..."

Wajah Halilintar merona kemerahan. Tunggu, adakah Gempa sedang menangis sambil memeluknya? Adakah Gempa sedang mengungkapkan yang mereka berdua akan mendapat kembar? Kita? Bukan dituju pada dirinya sahaja?

'Kita... '

Halilintar berdiri dengan perlahan-lahan dari tempat duduknya dan mula membalas pelukan Gempa. Wajah isterinya dibenamkan di dalam dadanya dan Halilintar mengucup manis kepala Gempa berkali-kali untuk mengeluarkan perasaan gembira di dalam hatinya.

Banyak perkara yang menggembirakan berlaku dalam masa yang sama. Mula-mula, Halilintar dikejutkan dengan dirinya bakal tinggal sebumbung dengan Gempa. Kemudian, Halilintar mendapat tahu bahawa Gempa mengandung semula. Kembar pula! Dan sekarang, Gempa menangis sambil berpelukan dengannya.

Halilintar sangat berharap agar waktu sedang berhenti sekarang. Suasana yang sedang dia alami sekarang sangat diimpikannya dan dia sangat menginginkannya.

Gempa, satu-satunya isteri yang Halilintar ada dan paling cintai kini sedang memeluknya dan berulang-ulang kali mengucapkan rasa syukurnya kerana dia kini sedang mengandungkan anak kembar mereka. Mana mungkin tidak? Untuk mendapat anak yang kembar adalah sangat sukar terlebih lagi jika mereka dari keturunan yang tidak mempunyai sebarang saudara kembar.

"Gempa... Gempa suka kita dapat kembar, hm? "

Halilintar melepaskan pelukan mereka untuk menatap wajah isterinya yang masih tertunduk dalam menangis itu. Sejujurnya bagi Halilintar Gempa kelihatan begitu manis dengan keadaan begitu.

"Aku sudah lama mengimpikan untuk dapat anak kembar. Dan sekarang... Aku bakal membawanya. Aku gembira. "

Halilintar juga tidak dapat menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja melihat senyuman kegembiraan Gempa. Dia pun tidak tinggal diam lalu mencium kening Gempa dengan penuh kasih sayang.

"Kalau macam tu... Abang janji, Gem. Abang akan ada di sisi Gempa di sepanjang proses ini berlalu. "

Gempa pada awalnya mengangguk kecil. Tetapi sejurus selepas itu, kesedarannya mula muncul semula. Dia baru tersedar yang dia sudah terlebih gembira. Terlebih-lebih lagi dia juga sedang memeluk Halilintar.

Cepat-cepat Gempa mengundurkan dirinya semula dan melepaskan badannya dari pelukan Halilintar. Hal itu membuatkan Halilintar berkerut hairan. Kenapa Gempa tiba-tiba menjauh?

"Uhmm... Actually t-tak mengapa. Aku rasa aku boleh jaga diri sendiri. "

Halilintar cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Tidak. Kenapa Gempa tiba-tiba cakap macam tu? Dia tidak setuju dengan cadangan Gempa!

"Apa maksud Gempa? Macam mana Gempa nak jaga diri bila Gempa kena bawa 2 nyawa sekaligus? "

"T-takpe... Sebelum ni aku bawa Taufan pun baik saja. "

"Itu seorang, Gempa. Ini 2 pula. Gempa... Gempa nak buat abang jadi seorang suami yang dayus dan kejam ke? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar dengan wajah yang terkejut. Sungguh dia langsung tidak berniat sama sekali untuk membuatkan kedudukan Halilintar sebagai status suami yang dayus kerana selama ini dirinya hanya ingin berdikari. Tetapi nampaknya Halilintar telah salah faham.

'Tapi bukan salah dia juga. Salah aku sendiri juga sebab tak pernah cakap apa-apa dekat dia sejak kami berpisah... '

"Tak. Bukan macam tu maksud aku-"

Will You? [C]Where stories live. Discover now