Chap 70

661 62 8
                                    

Warning:

MC - Mature Content!
TW - Trigger Warning!

A/N: Banyak adengan sumpah seranah di dalam chapter ini. ヽ(´▽`)/

Halilintar membuka kedua belah matanya dengan terkejut. Dia dapat melihat wajah Vivian cukup dekat dengannya dan apa yang paling mengejutkan ialah ternyata gadis itu sedang menciumnya?!

Halilintar ingin menolak tubuh Vivian. Tetapi perkara seterusnya membuatkan tubuhnya serta-merta membeku.

Tidak jauh dari tempatnya berada, berdirinya seseorang bersama-sama seorang kanak-kanak di sebelahnya sedang memandang ke arahnya.

Gempa.

'Shit! Gempa! '

Serta-merta tubuh Vivian didorong oleh Halilintar untuk segera menjauh daripadanya. Halilintar menatap muka Gempa dan Vivian secara bergilir-gilir dengan tatapan yang menakutkan.

"Thunderstorm? "

"Vivian... W-what the fuck you are doing-?! "

"I-I... "

Terkelu lidah Vivian apabila dia melihat Halilintar seperti tiba-tiba sahaja hendak mengamuk di hadapannya. Manakan tidak? Ada ke orang gembira jika dia dicium tiba-tiba oleh orang lain? Yang tidak dicintai dan tak kenal pula tu!

"I'm... Sorry Thunderstorm. I... I didn't-"

Halilintar mengangkat tangannya di hadapan wajah Vivian sebagai tanda untuk meminta gadis itu berhenti dari berkata apa-apa. Hati Halilintar cukup perit dilanda dengan perasaan serba salahnya terhadap isterinya, Gempa. Entah bagaimana perasaan Gempa sekarang ini.

"Please... J-just go, Vivian. "

"Thunderstorm, I... "

"Go! "

Terhinjut bahu Vivian apabila Halilintar tiba-tiba sahaja menjerit kepadanya.

"Please... Just go. I don't want to see your face again after this. "

Vivian menundukkan pandangannya ke tanah yang diselaputi dengan salji yang tebal. Dengan penuh kekecewaan dan perasaan yang gagal Vivian pun mengundurkan diri dan masuk ke dalam kereta semula untuk pulang.

Kereta sewa itu berlalu pergi begitu sahaja dan meninggalkan jejak yang hampa di permukaan jalan yang bersalji. Di bahu jalan, berdirinya Halilintar dengan keadaan perasaannya menjadi bercampur-baur.

Halilintar terkejut, marah, sedih dan kecewa dalam keadaan yang sama. Dia rasa sungguh kecewa dan marah terhadap dirinya sendiri kerana telah melakukan kesilapan yang cuai yang membuatkan orang yang dicintainya melihat segalanya. Terasa seperti hancur sudah segala harapannya walaupun dia masih belum tentu tahu bagaimana nasibnya selepas ini.

"Fuck... "

Halilintar mengelap bibirnya berkali-kali untuk cuba menghilangkan kesan yang dicium tadi. Sungguh dia rasa seperti ia sangat menjijikkan apabila dia membayangkan dirinya telah dicium oleh orang lain selain Gempa dan anaknya. Halilintar sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya tadi sewaktu dicium oleh Vivian. Apa yang pasti, ianya sudah tentu sangatlah buruk!

Will You? [C]Where stories live. Discover now