3

127 19 5
                                    

Malam ini kami tiada sebarang jadual latihan. Malam ni kami merehatkan badan di dorm setelah lebih 6 jam berlatih tarian dan vokal. Aku merebahkan badanku diatas katilku dibahagian bawah. Manakala jiran atas aku, Hueningkai sedang bermain game Among Us bersama MOA. Budak tu suka bermain game itu dengan peminat kami.

Aku tidak berbuat apa-apa melainkan bermain dengan acc twitter rahsia aku. Ya aku ada acc rahsia. Seronok berkawan random dengan peminat sendiri, kalaulaa mereka tahu si pemilik acc ni adalah seketul Choi Soobin, mau tak pengsan satu-satu.

Sambil khusyuk aku scroll atas bawah, aku teringat sesuatu yang berlaku setahun lepas, ketika pandemic corona virus ini belum wujud, ketika itu fansign selepas album kedua kami, The Dream Chapter : Magic.

"Tatap mata aku, aku takkan buat kau lupakan aku lepas ni"

Kata-kata dia masih berlegar-legar dalam minda aku.

Mata dia yang aku tatap, aku tak dapat lupakan sampai sekarang.

Wajah dia seperti bidadari. Tapi sayang aku tak tahu nama sebenar dia.

Dia cuma kenalkan diri dia sebagai JY.

Aku harap aku dapat berjumpa dengan dia lagi. Tidak kirala di fansign mahupun tertembung dimana-mana, aku takkan segan silu tegur dia.

Sebab aku dah jatuh hati pada dia.

Mawar Putih // Choi Soobin √Kde žijí příběhy. Začni objevovat