33

57 9 3
                                    

"Call noona lagi", kata beomgyu.

"Dah tiga kali aku call, tak berangkat pun", taehyun membalas.

Beomgyu mendengus perlahan. Diurut dahinya yang indah itu memikirkan cara untuk menghubungi gadis sebaya soobin hyung mereka.

"Soobin tahu ni, mati kita weh", taehyun menambah. Diletakkan telefon pintarnya ke sisi tempat duduk di atas sofa. Hampir berputus asa untuk menghubungi gadis itu.

"Rilek, kalau hueningkai tak tahu pasal ni, dia takkan report kat soobin. So, kita bertiga selamat", beomgyu membalas.

"Jangan kata kita je mati, aku risau yeonjun tu makin menjadi-jadi dia terajang nanti..", ujar taehyun.

"Aishh kau rilek lah! Kan aku dah cakap kalau dia tak tahu, kita selamat! Dah ah call noona lagi sekali, kesian yeonjun hyung tunggu lama tu kat rooftop tu", arah beomgyu.

"Tapi kan, asal kau kat side yeonjun? Bukannya kau ship soobin dengan noona ke?", taehyun tertanya-tanya. Bagi dia pula, dia ikut je mana-mana. Siapa yang jungyeon pilih di akhirnya nanti, disitulah dia memihak.

"Orang tua tu rasuah aku..", ringkas beomgyu membalas.

"Hah? Rasuah apa?"

"Dia cakap dia akan sponsor makanan toto sepanjang hidup, tak payah mak ayah aku yang belikan makanan untuk toto lagi", jawab beomgyu sambil tersengih.

"Macam tiber tapi takpe..", kata taehyun sambil menggapai lagi sekali telefonnya.

Taehyun cuba lagi sekali untuk menghubungi Jungyeon. Setelah beberapa deringan, akhirnya panggilannya diangkat. Taehyun meloncat kecil keriangan.

"Hello? Noona.. Noona busy ke sekarang?", taehyun memulakan perbualan.

"Maaf, ni abang dia, Aikal. Jungyeon sekarang ada di hospital. Semalam kami jumpa dia dalam bilik.. tak sedarkan diri. Dia telan panadol overdose..."


"APA?!"








Rancangan mereka untuk membantu yeonjun confess kepada jungyeon pada hari itu gagal. Kerana sesuatu tidak disangka berlaku.




















|| Di hospital ||

"Mana dia?! Jungyeon kat mana?!", soobin termengah-mengah sambil memaut pada kedua bahu taehyun. Dia berlari laju dari pintu utama hospital sampailah ke hadapan bilik ICU taehyun khabarkan kepada dia.

"Noona masih dalam rawatan, hyung duduk dulu..", taehyun cuba tenangkan si leader itu.

Soobin duduk sambil mengelap peluh yang lencun membasahi dahinya. Dia cuba bernafas dengan baik. Taehyun mengurut-urut belakang soobin untuk menenangkan dia.

"Macam mana boleh jadi ni?", tanya soobin setelah dia sudah boleh bertenang.

"Abang noona yang nama aikal tu, jumpa dia dalam bilik tak sedarkan diri. Tepi dia ada banyal blister panadol kosong sebab dia telan banyak biji sangat..", taehyun cuba terangkan setakat apa yang dia tahu.

Soobin melibas rambutnya rimas kebelakang, mukanya jelas keresahan dan matanya sedikit berair. Taehyun juga perasan tangannya sedikit menggigil.

"Noona takkan apa-apa.. Abang dia kan doktor pakar. Dia akan buat sehabis baik untuk selamatkan adik dia, hyung", taehyun menggenggam kedua tangan soobin. Gigilan kedua tangan lelaki berambut biru itu mulai reda.

Dari jauh mereka berdua kedengaran bunyi hentakan kasut seperti orang berlari. Rupanya yeonjun, hueningkai dan beomgyu datang bertiga setelah mereka tiba di hospital itu.

"Jungyeon macam mana?!", yeonjun termengah-mengah mencari oksigen di ruang hospital itu.

"Masih dalam rawatan", taehyun membalas.

Tiba-tiba pintu wad ICU dibuka, mereka berlima saling berpandangan Ryan yang baru sahaja keluar.

Soobin dan yeonjun sepantas kilat bangun meluru kearah doktor itu dengan wajah yang menanti sebarang jawapan.

"Jungyeon masih belum stabil. Tapi tidak di tahap membahayakan nyawanya lagi. Dia masih perlukan pantauan rapi. I mintak.. Korang tak payah jenguk dia lagilah. Biar I dengan doktor lain je tengokkan buat ketika ini", ujar Ryan dengan wajah yang redup. Ini bukan kali pertama dia selamatkan adiknya yang bertarung nyawa. Tapi dia tidak akan mengalah, kerana itulah satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

Soobin hanya menunduk wajahnya ke lantai. Dia sebenarnya berasa sedikit kesal.

Kerana malam tadi, dia bersemuka dengan seorang lelaki, tidak kelihatan wajahnya kerana tertutup dengan topeng litup separuh muka. Lelaki misteri itu mengatakan sesuatu kepada soobin..

"Tolong tengokkan adik saya"

Tapi soobin tidak memahaminya. Dia beranggapan lelaki itu cuma berhalusinasi dan bercakap seorang diri. Namun pagi ini baru dia mengerti, kerana dia teringat bentuk mata si lelaki misteri itu.

Matanya sama macam Naz, kembar Yasna.










"Naz, maafkan aku. Kali ini aku gagal hentikan dia"














"Tidak mengapa soobin,aku maafkan kau. Tapi ketahuilah, kau boleh bantu sembuhkan dia satu hari nanti".


Lelaki yang memakai serba putih itu tersenyum melihat lelaki yang terduduk di atas kerusi di ruang menunggu itu. Dia berjalan menghampirinya lalu duduk disebelah soobin. Soobin tidak dapat melihat dia kali ini.

Tangannya yang invisible menggapai bahu si lelaki berambut biru itu.




"Kembar aku perlukan kau kat dalam".

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now