19

73 9 7
                                    

"Jungyeon, ikut aku jap", aku menarik lengan bajunya lalu dia terkebil-kebil melihat dirinya ditarik oleh aku.

"Nak ke mana?", dia bertanya.

"Ikut jeee, adelah", aku tak mahu membongkarkan rahsia. Aku tersenyum perlahan, tidak sabar untuk tunjukkan dia sesuatu.

Sesampainya kami dihadapan sebuah pintu, aku menyuruhnya memulas sendiri tombol pintu tersebut. Dia dengan penuh rasa curiga, membuka pintu itu perlahan-lahan.

Matanya yang kecik dan sepet itu tiba-tiba membesar tatkala dia terpandang satu sangkar bersaiz sederhana di atas meja. Mulutnya ditelengkupkan dan si gadis berambut coklat caramel itu separuh menjerit.

"ANAK KUCINGGG!!", dia menjerit teruja.

Jungyeon terus berlari kearah sangkar itu lalu membuka pintu sangkar untuk mengeluarkan anak kucing tersebut. Bulunya putih, matanya biru. Saiznya tidak terlalu kecik tapi masih di usia bayi untuk seekor kucing.

"Aku beli anak kucing ni, untuk kau", ujarku. Mataku tidak leka melihat Jungyeon kegembiraan mendakap dan mengusap si comel gebu itu.

Jungyeon lekas memalingkan badannya kearah aku, "camne kau tahu aku suka kucing?"

"Tak tahu. Aku rasa kucing sesuai dgn kau. Tapi baguslah pilihan aku tepat", aku tersengih malu bercampur kagum kerana pilihan aku tepat untuk dia.

Aku turut serta membelai anak kucing itu yang mula asyik diusap oleh si gadis yang mendakapnya. Aku lebih prefer anjing tapi kucing pun boleh tahan comel jugak.

"Actually aku bagi kat kau ni, untuk jadi peneman kau. Nanti ade masa kau sedih, kau cakap dengan dia. Kau happy pun, luah jugak kat dia. Kau anggap dia ni aku, boleh?", aku tanya dengan nada yang lembut. Jungyeon masih tersenyum manis hingga menampakkan eye smile nya.

"Gelilah anggap ni kau. Kau tu manusia, dia kucing. Takde persamaan langsung. Tapi takpe, aku luah je kat dia. Harap dia boleh tahan telinga laa kalau aku membebel kat dia".

Tangan kami masih tidak berhenti mengusap si comel itu sehingga tidak sengaja, tangan kami bertembung. Tangan aku tertindih atas tangan dia. Aku tersentak manakala dia terkejut.

"S-sorry.. ", aku cepat-cepat mengalihkan tangan aku.

Suasana tiba-tiba sunyi sepi, awkward. Jungyeon tiba-tiba berdehem kecil sebelum bertanya aku sesuatu.

"Cadangan nama?"

Aku juga cuba untuk meleraikan kembali suasana awkward tadi, "ahh nama.. Nama apa ye? Hmm..",aku melihat ke siling cuba mencari idea.

"Jap, jantan ke betina ni?", aku mencelah.

"Eh kau ni, dia yang beli, tak tahu jantina pulak", perli Jungyeon lalu mengintai sedikit, "ha, dia jantan".

"Ok kalau jantan.. Bagi nama JB la"

"Ha? JB? Ringkasan untuk?", keningnya terangkat sebelah, penuh tanda tanya.

"J-jung, B-bin ..Jungbin. Ke tak best? Tu gabungan nama kitalah", terang aku.

Jungyeon berfikir sejenak. Lama betul dia berfikir.

"Ok! Setuju. Jungbin! Nama kau, jungbin okay? Lepas ni kalau aku panggil tu sahut tauuu?", Jungyeon bercakap dengan si bulus yang sudah dinamakan itu dengan mata yang bersinar.

Lama juga kami bermain dengan anak kucing itu bersama-sama, jungbin sangat aktif dan suka bergurau. Aku beli dia kat suatu kedai haiwan peliharaan. Banyak pilihan sebenarnya tapi aku tengok si jungbin ni sgtlah sesuai untuk jungyeon. Disebabkan dia seekor baka yang mahal, maka mahal jugaklah harga dia. Aku tak kisah, asalkan aku boleh bagi jungyeon teman baru.

Mawar Putih // Choi Soobin √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang