17

61 9 2
                                    

Penat.

Penat sangat.

Semua orang anggap aku manusia paling bahagia. Sebab apa? Aku kaya. Aku lawa. Aku ada abang-abang hensem? Daddy aku keturunan sultan?

Salah. Harta tak boleh beli semua kebahagiaan.

Aku tak dapat beli mommy aku. Macam-macam cara aku buat, mommy tetap taknak terima aku.

Sebab apa? Sebab aku dulu perempuan liar ke? Itu ke sebab mommy malu ada anak mcm aku ni?

Tapi kan sekarang aku dah berubah.. Kenapa mommy masih sama?

Kenapa daddy dengan mommy berpisah? Kenapa mommy dengan lelaki lain?

Mommy sampai rela suruh bodyguard dia heret aku sampai keluar..

Dia tak layan aku macam seorang anak langsung!

Tapi aku tetap sayang mommy! Tanpa mommy, tak wujudlah aku kat dunia ni. Takpe mommy, biarlah mommy benci Yeon sampai mati pun, tapi Yeon sayang mommy sampai bila-bila.

Satu hari kalau Yeon ade anak sendiri, Yeon akan layan dan sayangi anak kandung Yeon sebagaimana Yeon nak rasa dari mommy.

Hari-hari aku cuba sabar dan berusaha untuk dapatkan mommy balik. Sampaikan abang ngah dah masak dengan karenah aku. Aku tahu dia muak, sebab tu aku buat semua sendiri. Aku selalu cuba dapatkan nombor telefon mommy dari orang-orang dia, aku sampai terpaksa peras ugut. Tapi setiap kali aku dapat nombor mommy dan cuba call...

Layanan yang selalu sama aku dapat.

"Kau tak payah nak cari aku lagilah. Kau tu anak sampah. Aku takde anak mcm kau. Kau penyebab anak teruna kesayangan aku mati. Anak aku ade lima je! Bukan enam!"

Aku redha diperlakukan seperti itu. Aku tak pernah melawan balik. Tapi aku sakit lah jugak.

Lengan aku ni tak pernah tak ada parut hirisan.

Bilik aku sentiasa jadi saksi tangisan aku setiap malam.

Ubat yang tidak berkurang dari botol, aku tak makan sebab bagi aku, penyembuh untuk ini hanyalah kasih sayang seorang ibu sahaja.

Haih, penat. Malam ni aku dah fikir masak-masak. Aku keluar dari rumah. Tujuan aku hanya satu tempat, jambatan di Han River.

Aku sempat menangis sepuas hati aku dulu sambil merenung kebawah, air sungai sejuk yang mengalir, nampak tenang sangat.

Aku nak jadi setenang itu.

Kemudian aku lihat keatas, bintang yang berkerdipan yang tidak terkira bilangannya, menjadi saksi untuk apa yang aku akan lakukan sebentar lagi.

Sudah lama hati aku berkecai. Setiap hari manusia bertanya khabar aku, jawapan aku sentiasa sama. "Okay je".

Senyuman tak pernah hilang dari wajah aku untuk orang yang aku sayang. Sebab aku taknak mereka risau.

Tapi entahlah kalini terasa penat teramat sangat. Ungkapan "anak sampah" dari mommy sgtlah terkesan untuk aku. Mungkin betul apa mommy cakap.

Aku mengeluarkan telefon pintar aku dari poket, untuk diletakkan ditepi jambatan. Aku lihat jam di skrin, jam 2 pagi.

Tiada orang lalu lalang disini. Semua berada di kediaman masing2 kerana musim sejuk di Seoul sekarang.

Aman sikit aku nak tamatkan hidup.

Baiklah, minta maaf semua. Daddy, ngah, lang, long dan kembar kesayangan aku, naz.

Aku minta maaf. Mungkin betul cakap mommy. Aku dalang semua ni.

Kalau aku tak paksa long dengan kau datang untuk graduation aku haritu, korang mungkin masih hidup sampai sekarang.

Dan mommy mungkin tak benci aku seteruk ni.

Oklah, tiba masanya. Penat dah aku menangis. Kering dah air mata aku. Menangis darah sekalipun mommy takkan pandang aku dah.

Aku pejamkan mata aku. Aku sangat sedia untuk terjun sekarang.


...Incoming call from unknown...




Aku terhenti. Telefon aku berdering.


"Sape pulak ni? Dahlah unknown number", bisik aku.


Aku biarkan sahaja ia berdering. Aku taknak angkat.


...incoming call from unknown...


Ahh dia ni call lagi! Sape dia ni..

Aku terasa niat asal aku tergendala. Tapi aku biarkan lagi.

Akhirnya senyap. Tiada lagi panggilan baru.

Aku duduk kaku seketika. Aku keliru.
Akhirnya aku sedar apa aku yang aku sedang lakukan.


Astaghfirullah..


Apa aku tengah buat ni?!


Aku mengambil kembali telefon aku. Aku terasa ingin tahu siapa gerangan yang mendail aku pada waktu macam ni. Aku mendail kembali nombor tadi.

"H-hello?" ,suara garau seorang lelaki kedengaran.

Dia angkat.

"Sape ni?", aku bertanya dengan penuh ingin tahu.

"Um.. Aku ni. Soobin. Aku dapat nombor kau dari yeonjun".

Ahhh diaa..


"Urmm awak okay? Kenapa dengar mcm bunyi esak-esak tu?", dia bertanya. Kedengaran seperti risau.

"Kenapa kau call? Mcm mne kau tahu aku belum tidur?", aku tanya balik.

"Ahhh sori sebab call umm aku cuma nk pastikan kau okay"

"Em? Hello? Kau dengar tak?"

Aku tersenyum disebalik panggilan.

"Terima kasih soobin", kataku.

"Uh? Kenapa terima kasih pulak ye?"

"Aku kat atas jambatan ni. Sikit lagi aku nak terjun. Tapi kau batalkan niat aku. Mintak maaf ye. Aku kurang betul sikit malam ni, bye. Pergilah tidur balik".


Aku menghela nafas panjang lalu mengesat sisa sisa air mata aku yang masih mengalir.

Tak sangka.

Hati aku yang runtun dan berkecai tadi terasa tercantum kembali. Aku pun tak tahu kenapa.



Dia seakan penyelamat. Choi Soobin..


Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now