23

60 10 3
                                    

"Kau tu tak mendapat awal awal, hyung.."

Masih segar kata kata dari si soobin itu dalam kepala yeonjun. Lelaki itu rasa sedikit tercabar.

Telefon pintarnya digapai dari meja. Dicarinya nombor telefon milik jungyeon yang sudah di save nya sejak tempoh hari iaitu ketika mereka bersemuka di studio bighit.

Nak call atau mesej je? Fikir si lelaki berumur 22 an itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk call gadis itu.

Setelah beberapa deringan, akhirnya panggilannya dijawab. Tapi kedengaran suara lelaki di talian.

"S-sape ni?", yeonjun memberanikan bertanya tatkala lelaki itu menyapa dia terlebih dahulu, sudah mengetahui bahawa dia Choi Yeonjun.

"Awak yeonjun kan? Saya abang jungyeon. Jungyeon tinggal phone dia kat dapur ni.. Tuannya pergi basuh baju, ada apa ya yeonjun?", ramah si Ryan di hujung panggilan.

"Oh.. Abang. Em takde apa. Tapi nanti dia dah selesai, bagitahu dia untuk call saya balik, boleh?", pinta yeonjun dengan sopan. Sesopan orangnya dengan semula jadi.

"Oh boleh. Nanti abang- eh? Jungyeon! Ni ada yeonjun call kamu", suaranya terputus disitu apabila Ryan menyedari kemunculan jungyeon yang sudah selesai dengan tugasannya.

Telefon bertukar tangan. Kini suara jungyeon pula kedengaran di telinga yeonjun.

Yeonjun mulai gugup.

"Ha iya? Yeonjun oppa? Kenapa call?", jungyeon tidak berasa janggal untuk menggunakan 'oppa' kerana baginya memang patutlah kerana yeonjun tua setahun dia. Tapi tidak bagi si kacak rupawan itu. Jantungnya berdegup kencang.

"J-jungyeon busy tak? Oppa- ah I mean, saya nak ajak keluar, boleh?" gugup lelaki itu berbicara.

"Tak busy mana. Nak ajak keluar tu boleh tapi awak kene mintak izin big boss saya dulu", jungyeon mengerlingkan matanya kearah si abang doktor yang sedang memotong sayur.

"Apa?", Ryan membuat muka seposen.

"Ada orang ajak Yeon dating~", tidak berbasa basi si adik.

"Siapa? Soobin?", si abang meneka. Tapi jauh kelaut sekali tekaannya.

"Eish! Apa pulak si tinggi tu! Ni yeonjun laa ajak dating.. Tak berkenan lah yeon kat soobin tu. Boleh lah abang ngah pleaseu~", rayu si adik membuat muka comel.

"Ko ngade eh. Sini bak phone tu jap", arah Ryan sambil meletakkkan pisau keatas papan pemotong. Phone sekali lagi bertukar tangan.

"Hello, yeonjun. Ok big boss disini benarkan tapi bawa adik saya balik before pukul 10 malam ya? Jangan bawak dia kat tempat pelik2. Lagi satu, awak tu jaga diri. Bukan jaga dia. Adik saya karate black belt, ok bye", terus Ryan memulangkan phone kepada Jungyeon setelah selesai bercakap dgn yeonjun. Jungyeon hanya tersengih-sengih macam kerang wangi.

"Ha dengar tak tu? Jaga diri oppa tu tau. Jangan buat pelik pelik kat saya kang keluar semua silat karate taekwondo sumo saya haha ok bye!", terus jungyeon menamatkan panggilan telefon seraya tergelak bersama si abang.

"Awal eh expose defending skills yeon, hilang ayu saya depan lelaki hensem tu HAHAHHA".

"Takdelah risau abg ngah ni, budak2 tu nanti nak comeback, takut ade sorang takleh join sebab ade patah riuk, punca dia? Yeon HAHAHAHA".



















"YES!!", yeonjun melompat gembira di lobby bangunan bighit itu setelah panggilan itu ditamatkan.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now