8

103 14 6
                                    

Hari ini aku menerima pesanan daripada manager kami yang kami ada acara minum petang bersama PD-Nim dan CEO yang bakal berkolaborasi dengan BigHit Entertainment. Aku dan Yeonjun sampai terlebih dahulu lalu mengambil tempat duduk, sambil-sambil itu menunggu Beomgyu, Taehyun dan Kai untuk sampai.

Aku sempat berbual dengan PD-Nim mengenai pihak yang bakal berkolaborasi dengan kami nanti. PD-Nim menjelaskan bahawa CEO ini ada dua hajat untuk dengan kami. Pertama adalah beliau ingin menyalurkan sponsor seperti jet privasi, kos kelengkapan konsert, hotel penginapan, makan minum staff dan banyak lagi. Soalnya beliau ini seorang hartawan dan ingin menyalurkan sebahagian hartanya kepada syarikat ini. Aku tertanya-tanya kenapa beliau ingin sponsor dari segi kewangan sedangkan syarikat ini sudah kaya-raya? Sehinggalah Bang PD-Nim memberitahu hajat yang kedua.

Satu-satunya anak perempuan CEO itu merupakan peminat kami, MOA. Dia mengalami brain tumor setahun lalu dan sudahpun menjalani pembedahan. Malangnya kesan sampingan daripada pembedahan itu mengakibatkan dia hilang hampir separuh ingatannya. Dia yang seorang peminat tegar kami, sudahpun tidak mengenali kami. Dan kesan sampingan seterusnya adalah, dia mula mengalami depression dan ia makin memburuk. Ayahnya memohon PD-Nim untuk membenarkan supaya anak gadisnya berkawan dengan kami, kerana banyak kemungkinan kami dapat memulihkan ingatannya. Aku terkesima setelah mendengar itu. Sampai begitu sekali ya.

Tiba-tiba pintu dibuka, mataku terus melirik kearah manusia yang berdiri tercegat di muka pintu. Dia memakai topeng muka jadi aku tak tahu raut wajahnya bagaimana. Tapi aku amati sesuatu, terasa sangat familiar.

Mata dia.

Jantungku berdegup kencang. Aku hairan mengapa.

Aku memerhatikan dia berjalan untuk mengambil tempat duduk disamping CEO yang sudahpun masuk ke dalam dining room.

Mungkin inilah anak gadis CEO itu.
Bisik hatiku.

Lalu dia menanggalkan topeng mukanya. Terasa waktu itu dunia berputar sangat perlahan. Masa berputar dengan sangat lama. Aku seakan tidak sabar melihat wajah gerangan si gadis misteri.

Akhirnya, wajahnya terserlah. Aku terpana. Mulut ternganga perlahan.

Rusuk bergetar? Bolehlah.

Tak mungkin.. Dia di fansign itu..

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now