18

64 11 2
                                    

"Eh? HELLO??!", aku cuba memanggil dia disebalik panggilan telefon. Tapi sudah dimatikan panggilan olehnya. Aku tersentak setelah mendengar apa yg dikatakan Jungyeon. Lagi aku terkejut, apa yang dikatakan itu persis sama dengan apa aku mimpi tadi.

Suara aku tadi agak sedikit kuat sehingga aku terdengar pintu bilik yeonjun dibuka dari dalam. Lalu kelihatan dia terpinga-pinga berjalan keluar dari biliknya. Aku cepat2 menyembunyikan telefon aku kedalam poket seluar tidur aku. Nasib baik ada poket.

"Asal kau bangun?", aku tanya soalan kepada dia. Agak bodoh disitu.

"Tak, asal kau jerit?", dia balas balik soalan aku.

Aku berdiri dalam gelap ditengah ruang tamu pukul 2 pagi kut. Mana tak pelik.

"Err.. Aku nak minum air kat dapur. Pastu ade lipas tadi melintas..",aku mencari alasan.

Yeonjun cuma melihat aku dengan separuh matanya terbuka, masih terpinga-pinga tambah dengan mengantuk. Akhirnya dia mengalah.

"Okay. Aku ingatkan kenapa tadi. Oklah aku masuk sambung tidur. Kau tu pun sama", katanya sambil mula melangkah kembali kedalam ruang biliknya.

"Okay.. Tidur yang nyenyak hehe".

Aku masuk kembali kedalam bilik aku. Tapi aku tak dapat lelapkan mata. Fikiran aku asyik memikirkan macam mana aku boleh bermimpi sebegitu rupa dan rupanya ia sedang berlaku?

Dan satu lagi.

"Jungyeon cuba bunuh diri ke tadi?"

Kalaulah aku tahu kat mana rumah dia, dah lama aku pergi terjah untuk tengok keadaan dia.

Tiba-tiba aku rasa sekali lagi aku bodoh sedikit.

Lah, aku kan ade nombor dia sekarang. Apa lagi, chat lah dia adoii.

Maka aku cuba beranikan diri untuk chat dia melalui kakaotalk.


×××


Soobin: hi, soobin ni. Awak okay dah?

Lama aku menunggu apa-apa respon dari dia tapi macam takde je.

Eh, ke dia jadi terjun?

Ehh alamakkk tidakkkkkk

Aku mula gelabah.

Ting!

Bunyi notification mesej tiba-tiba masuk. Mata aku melirik kearah screen, akhirnya dia balas.

Ahhh nasib baikk...

Jungyeon : aku okay. Dah dekat rumah ni.

Baguslah dah kat rumah. Fuhh.

Soobin : okay! Saya harap awak okay :) kalau ada apa2 masalah cerita jelah kat saya. Tak selesa depan2 , kat sini pun boleh. Kita kan kawan hehe.

Adakah aku terlalu typing dengan friendly? Takut dia tak selesa je.

Jungyeon: terima kasih. Mungkin aku akan cerita, tapi tgklah macam mana. Tapi aku pelik lah soobin-

Jungyeon : -macam mana kau boleh terfikir nak call aku pagi buta cmni? Takdelah aku pelik, Kau ade upah spy intip aku ke apa?

Nak tergelak pun ada xD

Soobin: eh tkdelah! Takde upah spy pun. Takde duit lah nak buat mcm tu. Tapi saya pun pelik ni. Sebenarnya saya mimpi awak..

Jungyeon: mimpi aku?

Dia ni asal nak bahasa diri aku kau ni? Aku punyalaa nak guna saya awak ish.

soobin : emm.. Boleh tak kita bahasakan diri saya awak? Friendly sikit?

Jungyeon: taknak. Aku mmang macam ni dengan lelaki. Tolong faham.

Soobin: ohh.. Okaylah.

Jungyeon : sambung cerita kau. Kau cakap kau mimpi aku.

Soobin: ahh.. Ye aku mimpi kau. Aku mimpi kau nak terjun kedalam sungai. Aku cuba nak selamatkan kau tapi aku terbangun. Lepas tu entahlah firasat aku rasa cam nak call kau, so aku geledah phone yeonjun sbb aku yakin korang dah exchange number.

Soobin: camtu.

Jungyeon: ... cmtu..

Jungyeon: soobin, aku ada sakit. Tiap-tiap malam aku fikir baik aku mati je..

.
.
.

Dan ketika itu jungyeon mula membuka cerita, aku pun tak sangka rupanya kisah hidup dia sebenarnya sangat menyedihkan- iaitu dibuang ibu sendiri.

Selalu dengar ayat ibu mana tak sayangkan anak kan?

Tapi aku tak sangka ada ibu sebegitu terhadap anaknya.

Anak dah cantik ,baik. Kenapa dia sampai sanggup mcm tu?

Takkan sebab kehilangan anak teruna kesayangan, nak salahkan anak yang lain?

Walhal Jungyeon sama sekali tak bersalah untuk kemalangan tu. Dah sampai ajal kan, kenapa nak berdendam pula? Hairan sungguh aku.

Malam itu aku temankan dia bercerita kisah hidup dia, pada mulanya kami berbalas mesej sahaja tapi akhirnya bertukar kepada panggilan telefon pula.

Kerap kali dia berhenti bercakap sebab cuba menahan tangisan.

"Soobin, aku penat menangis.."

Hati aku jadi sakit. Melihat dia kesakitan sebegitu. Betullah tiada hidup yang sempurna.

Aku nak comfort dia dengan lebih dekat.

Tapi dia seakan wanita yang tak dapat disentuh dan didekati dengan mudah.


Apatah lagi meluahkan rasa cinta, masih jauh untuk itu. Maka aku cuba dengan title "kawan" sahaja buat masa ini.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now