13

73 10 7
                                    

[Flashback ]

"Cik Jungyeon..", panggil seorang nurse sebaik sahaja dia menghampiri aku disisi katil. Dia melemparkan senyuman mesra.

"Pembedahan cik akan bermula lagi 30 minit . Saya dan nurse lain akan bagi cik anesthesia ye," ujar si nurse itu. Aku cuma mengangguk perlahan.

Sebelum nurse itu memberi aku cecair anaesthetic itu, abg ngah aku seraya doktor yang akan mengetuai pembedahan untuk brain tumor aku masuk ke dalam wad, melemparkan senyuman manisnya. Aku membalas senyumannya kembali.

"Ready princess? Jgn risau this surgery will going well", abang ngah memujuk sambil mengusap kepala aku.

"Nanti lepas surgery, cerita kat yeon balik pasal family kita. Yeon taknak lupakan naz ngan abang long- ", aku memohon, mataku sedikit bergenang. Sebelum abg ngah membuka mulut, aku sambung lagi,

"Dan mommy.. "

"Yeon, lupakan jelah mommy. Dia bukan nak kita pun",ujar abang ngah.

Aku menggeleng perlahan. Aku menggenggam erat tangan abang ngah, "tolong ngah, jangan buat yeon lupa mommy. Biarlah mommy tknak anggap yeon anak dia pun..", rintih aku.

Abang ngah menghela nafas panjang sebelum mengangguk tanda dia akan janji dengan permintaan aku. Aku tersenyum kembali.

"Ah satu lagi.. ", aku masih ada beberapa nak dikatakan.

"Group kpop yang yeon minat tu, TXT tu, ngah tolong cerita kat yeon balik jugak tau! Yeon taknak lupakan dorang nak nak si soobin tu hehe.. ", aku tersengih-sengih.

"Yakkk dia ni hahahahaha. Okay okay. Tak lari kemana lah soobin awak tu. Rumah kita kat singapore tu, bilik awak penuh dengan gambar dia je. Kalau abg ngah tak cerita pun, nnti kita balik sana tentu yeon sibuk tanya sape dia tu, sebab merata-rata gambar dia", bebel abg ngah.

Aku memang suka soobin tu. Dan first time aku pergi fansign haritu pun aku dah ade tumor ni sebab tu aku nak create memory dengan dia.

Sebab aku tahu lepas ni aku akan lupa dia sekejap. Harapnya tak lama.

"Baiklah nurse, boleh dah kut kita prepare adik saya ke dewan bedah-", arah abg ngah kepada para nurse disitu.

"Ohh ngahh satu lagi! Pesanan terakhir yeon hehe.. ", aku menarik lagi sekali lengan abang aku.

"Kau bukan nak pegi mati pun dik halah halah, hah ape dia tu last word? ", tanya abang ngah sambil buat gaya cekak pinggang.

"Lepas ni, yeon nak kita se family berubah balik. Yeon janji, lepas ni yeon akan quit jadi model. Yeon nak kurangkan pakai seksi. Yeon pun nak belajar solat, ngaji sebab nak solat jemaah sama2 ngn abang2 yeon.. Boleh?" .

Abang ngah tiba-tiba menangis sebak lepas mendengar kata-kata aku. Dia memeluk aku seerat eratnya.

"B-boleh princess.. Slow2 berubah ye. You can do it. InshaAllah bidadari syurga nanti", aku tersenyum mendengar kata-kata abang ngah, terharu.

Aku pun dibawa ke dewan bedah, lampu yang terang diatas mukaku menyilaukan mata aku.

"Baik cik, cik akan tidur dalam 9..8..7..", suara salah seorang doktor disamping aku berbicara dengan aku.

Aku mula rasa penglihatan aku kabur.

"Ya Tuhan, berikan aku masa lagi untuk bertaubat.. "

Aku berdoa dalam hati.

"..2..1.."


Aku terus terlelap.


Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now