34

58 10 5
                                    

//flashback//







Pada malam itu, jungyeon diserang 'sakit' itu lagi. Dia tiba tiba menangis dan meronta-ronta dalam keresahan. Otaknya terasa bercelaru sekali. Dia sedang bertarung untuk tidak menyakiti dirinya lagi.

Tapi pada malam itu, dia menjadi 'mawar hitam'. Perasaan itu menang bermaharajalela di dalam dirinya.

Dia membuka laci dan mengambil 2 keping blister paracetamol. Dibuka dan ditelannya satu persatu.

Sebelum dia menelan buat ke-15 biji, dia sudah tidak sedarkan diri.

Jungbin yang menyaksikan tuannya hilang separuh nyawa, segera keluar dari bilik lalu mencari manusia yang boleh membantu.

Mujurlah abang jungyeon, anak ketiga iaitu Aikal, ada di rumah kerana sedang bercuti dari kerja iaitu sebagai peguam.

Jungyeon segera dibawa ke hospital dimana abang keduanya iaitu Ryan, bertugas disana.






//end of flashback//

"Soobin.. ", butiran satu nama kedengaran dari bibir adikku, Yasna.

Aku, Ryan sedang duduk menemaninya di sebelah sambil membacakan Al-Quran untuknya. Ya, hanya kami berdua didalam wad ICU itu. Adikku Aikal sedang keluar untuk membeli makanan. Malam ini kami berdua akan jaga adik bongsu disini.

Jari-jemari Yasna bergerak-gerak menandakan dia sudah menunjukkan tindak balas.

Aku menggenggam tangannya yang disambung wayar itu dengan perlahan.

"Yeon? Yeon dengar suara abg ngah tak?", aku cuba berkomunikasi dengannya yang masih cuba sedarkan diri.

"S-soo.. bin..",nama yang sama juga disebutnya. Matanya masih dipejam.

"Yeon nak jumpa soobin? Nanti abang ngah call dia untuk datang sini ya?", aku cuba memujuk. Namun aku tahu dia masih belum mendengarkan aku dengan jelas.

Buat kali ketiga adikku masih menyebut nama lelaki itu. Aku mengeluarkan telefon pintar aku dari poket seluar lalu menghubungi lelaki itu.

Jam sedang menunjukkan pukul 10 malam. Aku teragak-agak untuk meminta budak lelaki itu kesini tapi aku terpaksa cuba tanya juga.

"Hello? Soobin, Yasna dah sedar. Dia cari awak".











Soobin tiba di hospital 10 minit selepas itu. Hospital milik Ryan itu tidaklah jauh sangat dari dorm mereka. Soobin hanya sempat menyarung hoodie kelabu dan memakai cap untuk menyembunyikan rambut birunya.

Dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu wad ICU VIP dimana Yasna sedang dirawat.

Kelihatan Ryan dan Aikal ada bersama-sama di dalam bilik itu. Soobin menunduk hormat kepada kedua lelaki yang baya-baya senior nya, BTS.

Yasna masih terbaring lemah. Dia kembali tidur setelah mengigau beberapa kali tadi.

"Duduklah dengan dia. Abang tinggalkan kamu berdua kat sini. Dia tidur je tu. Kejutkan je dia nanti", kata Ryan. Lalu dia dan Aikal keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada kedua pasangan yang tidak official itu.

Soobin sekali lagi menunduk hormat. Dia mengambil tempat duduk diatas kerusi yang sudah tersedia di samping katil itu. Wajah Yasna yang masih pucat ditatapnya.

Topeng oksigen masih terpasang di mukanya. Kesan daripada menelan 15 biji paracetamol sangatlah merbahaya. Tersangatlah boleh membawa maut.

Tapi menjadi satu keajaiban kerana si gadis ini terus dan terus diberi kesempatan umur yang panjang. Tak semua orang diberi kesempatan ini.

Soobin perlahan-lahan menyentuh lembut tangan gadis itu. Raut wajah tenang Yasna membuat dia kagum betapa kuatnya gadis ini bertarung dengan kesakitan dalamannya, penyakit yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Dia tertanya-tanya, berapa kali sudah Yasna ini cuba meragut nyawanya sendiri selama ini..?

Tapi dia masih boleh bernafas, masih boleh tersenyum ,masih boleh berbakti kepada mereka yang lebih memerlukan, masih memikirkan dan merindukan orang tuanya.

Dia satu dalam sejuta.




"Soobin..", soobin dengar namanya dipanggil.

Yasna perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Bibirnya bergerak seakan masih mahu bertutur sesuatu.

"Yasna, aku kat sini", soobin menyahut panggilan wanita itu.

Yasna akhirnya sepenuhnya membuka matanya. Dia akhirnya melihat soobin sedang berada disisi katilnya. Tangan si lelaki itu masih menggenggam erat tangan halusnya.

"A-aku.. penat hidup..", tiga perkataan yang keluar dari bibirnya sebaik sahaja dia sedar.

Soobin tersenyum tawar mendengar luahan hati si gadis itu. Dia tidak dapat membayangkan betapa penatnya dia menghadapi kesedihan ini semua.

"Jangan risau. Aku ada. Naz ada. Kami semua ada. Kita harungi ni sama-sama, okay?", soobin cuba semampunya untuk memujuk Yasna.

























"Soobin.."








"Ya?"
















"Kau suka aku ke?"












































Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now