29

59 9 12
                                    

"Aku ada benda nak cakap ngn kau, secara private", ujar yeonjun sambil menyilang kedua lengannya di dadanya, menyandar separa di pintu dengan pandangan mata yang redup ke arahku. Aku tahu dia sedang serious.

"Pasal apa?", aku bertanya balik.

"Pasal wanita yang kita berdua suka".

Kedua anak mataku tepat melihat mata si berambut strawberi itu. Aku mengerutkan dahi aku dan penumbuk tanganku dieratkan.

Yeonjun menghela nafas panjang sebelum dia menyambung lagi kata-katanya. "Aku setakat ni tak boleh move on. Dan aku taknak mintak kau bagi dia kat aku. Aku taknak jadi tamak. Tak semestinya aku lagi tua, kau kena menyerah kalah ataupun tak semestinya kau leader aku kena acuh tak acuh dengan kau. So, aku nak kita berdua bertanding secara adil. Sape hebat, dia dapat".

"Yakinnya kau", simple tapi padu aku ungkapkan sambil menahan geramnya.

"Tapi takpe, kita tengok. Kau nak kita bertanding secara adil sangat kan? Tapi hyung, aku nak bagitahu kat kau sesuatu. Aku tak rasa kau dah tahu pasal ni.. "

"Apa?", tenang yeonjun bertanya.

"Dia ada sakit. Sakit dalaman. Sekali aku nampak dia nangis dan masa tu kau tengah dengan dia, satu penumbuk dekat muka kau", kata aku sambil menghalakan penumbuk aku ke wajahnya.

"Buat dia rasa tenang. Bukan tambahkan lagi sengsara dia. Kalau aku nampak kau gagal, aku ambik dia, hyung", aku ungkapkan ayat-ayatku yang terakhir sebelum menepis badan yeonjun untuk keluar dari bilik air itu.






























"Naz.. Naz.. Aku nak ikut kau ngn abg long.."

"Tak boleh Yasna. Bertahanlah. Aku tahu kau sangat sengsara sekarang. Tapi jangan salahkan diri Yas. Ajal kami berdua bukan salah Yas. Dah takdir Tuhan tentukan..", lembut kepalaku disentuh boleh tangan si lelaki yang amat aku rindui itu.

"Naz, aku rindu kau sangat2.. Tolonglah bagi aku ikut kau", aku masih berdegil dengan derusan air mata mengalir di pipi.

"Satu hari nanti kita boleh bersama lagi. Sekarang Yasna kena hidup dengan cekal ya? Naz selalu disisi Yas. Naz ada dalam diri lelaki yang sentiasa temankan Yasna tu"

"S-siapa?", aku bertanya.

"Choi Soobin", bila dia dengan Yas, ketika itulah Naz ada dengan kau", Naz mengukir senyuman manisnya. Aku rindukan senyumannya yang sangat menenangkan itu.

"Kita jumpa lagi Jaseena Yasna. Jangan cederakan diri kau. Aku dengan Long akan sentiasa perhatikan Yas dari atas ni".

Naz berubah menjadi seekor rama-rama putih dan terbang menjauhi diriku. Aku cuba mengejarnya.

"NAZ!", tiba tiba mataku terbuka luas.

Aku mimpi kembar aku lagi.

Hidung aku mencium bau yang sangat harum sekali. Ini bukan kali pertama.

bau kasturi.

Aku menggapai bingkai gambar aku bersama arwah Naz ketika kami masih di Singapore. Wajah tampan Tengku Noor Yaseen Nazri aku tatap.

Aku tahu itu bukan mainan mimpi.

Aku tahu aku benar-benar berbicara dengan dia.

Aku melihat pula ke jam dinding tergantung. Menunjukkan jam 3 pagi.

Ahhh. Ade bagusnya aku bangun solat malam.

Aku bangkit dari katil lalu terus ke bilik air.

Aku tunaikan solat sunat tahajud, taubat dan hajat sebanyak 2 rakaat.

Aku turut sedekahkan Yassin untuk kedua arwah adik beradik ku, tidak dilupakan kepada mommy yang sedang koma di ICU.

Sedang khusyuk aku mengaji, tiba-tiba aku terdengar pintu bilikki dibuka dari luar. Aku menoleh ke belakang.

Seorang lelaki berdiri di sisi pintu itu, aku perasan matanya berair seperti baru sudah menangis.

"Yasna... Kau baca ape tadi tu?", Choi Soobin dengan suara serak basah bertanya pada aku, penuh tanda tanya dalam dirinya.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now