22

60 8 6
                                    

"Okay tahniah semua penggambaran mv kita harini selesai!", laung director setelah selesai shoot terakhir iaitu beomgyu turun daripada pokok dan memijak buku tak bersalah itu.

"Serba salah aku pijak buku tu haih..",rungut beomgyu perlahan tapi dapat soobin dengar kerana dia cuma disebelahnya.

Beomgyu membuka penutup air mineral lalu meneguk seketika. Matanya mengerling kearah si rambut biru sesambil itu.

"Hyung, buat apa je semalam dengan jungyeon noona?", beomgyu akhirnya melontarkan soalan yang dah lama dia pendam sejak semalam.

Soobin yang sedang mengamati video -video penggambaran yang telah diambil di kamera itu, berpaling segera kearah si rambut coklat itu.

"Pergi rumah dia. Dia ada cakap nanti kita semua ada masa free boleh lah datang lepak rumah dia. Taehyun confirm suka sebab rumah dia ade gym besar", ujar soobin sambil merampas botol air milik beomgyu dari genggamannya, diteguknya satu dua tegukan.

"Wow.. Special je jadi tetamu pertama?", beomgyu berkata dengan berbau perlian disitu.

Tidak disangkanya pula soobin tersengih sengih setelah dia berkata begitu.

"Haa haa kenapa hyung blushing ni?!"

"Hahah mane ade laa budak.."

"OMO NAK REPORT KAT BANG SIHYUK"

beomgyu buat-buat berlari meninggalkan si leader dari situ.

"YAH CHOI BEOMGYU JANGAN NAK NGADE!", si leader pula mengejarnya.












Dari jauh ada sepasang mata memerhatikan karenah mereka berdua.

"Sorry soobin tapi aku suka dia jugak"

• • • • •

"Jungbin~ sini makan budakk~", si gadis bernama Jaseena Yasna itu memanggil kucing peliharaannya, tanda waktu makan si gebu itu sudah tiba. Kelihatan jungbin berlari kearah dapur dengan rantai locengnya berbunyi kecil seiring dengan ekornya yang kekiri dan kekanan.

"Pandai anak omma! Dah cam nama sendiri", puji Yasna sambil menuangkan susu formula khas untuk kucing kedalam piring khas.

Abang Ngah Yasna, Ryan berjalan masuk kedalam ruang dapur kerana harini turn dia untuk memasak. Dia terperanjat apabila melihat seekor kucing sedang minum susu di suatu sudut.

"Sejak bila? Yeon bela kucing?", kehairanan si abang.

"Sejak semalam. Kucing ni ada orang bagi", Yasna menjawab ringkas.

"Siapa?"

"Kawan".

"Kawan Yeon tak ramai. Takkan si Miyeon rakan sekerja cafe tu..? Korang mana serapat tu". Ryan masih cuba mengorek rahsia siapakah si 'kawan' itu.

"Ahhh fine! Soobin. Choi soobin si artis yang daddy suruh yeon kawan dengan dorang tu", akhirnya Yasna mengalah.

Ryan menggangguk tanda faham. Dalam hati dia tergelak tapi tak mahu tunjuk kepada si adik.

Siapa sangka, artis kesayangan dia dulu, menjadi kawan sekarang?

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now