6

104 13 11
                                    

Hari ini aku off sehari kerja aku. Aku nak mencari baju bundle kat sebuah kedai kat Gangnam, rasa macam lama dah tak shopping hahahha. Aku memecutkan lambo kuning aku ke bandar itu lalu parking di hadapan deretan kedai.

Aku mengenakan pakaian serba hitam. T-shirt lengan separuh hitam, ripped jeans hitam, kasut canvas hitam dan bucket hat hitam. Swag.

Selesai membayar baju-baju yang aku suka, aku keluar dari kedai bundle itu lalu aku melihat sekumpulan remaja perempuan mengerumuni kereta aku.

Ewah anak muda.

Aku memerhatikan sahaja gelagat mereka. Selfie sana sini dengan berbackgroundkan kereta mewah aku. Konon kereta diorang la tu.

Lepas ambik gambar bagai tu, kemana lagi kalau tidak ke laman sosial media.

Aku biarkan sahaja mereka sambil berdiri di luar kedai, mengeluarkan telefon pintar aku dari poket seluar, buat-buat busy. Tunggu sampai angan-angan mereka tamat.

Tiba-tiba daddy call, aku terus menjawab panggilan.

"Yeon, daddy nak mintak Yeon datang ke tempat yang daddy akan send location nanti, sekarang tau. as soon as possible", bergema suara daddy di hujung panggilan telefon.

Aku pun terus menurut lalu mematikan panggilan.

Haih nampaknya aku terpaksa 'halau' diorang ni.

Aku menghampiri kereta aku. Selangkah demi selangkah..

Lalu salah seorang daripada mereka memandang aku. Dia jeling kauuu ←_←.

"Eh ape awak buat kat sini? Ni kereta kitorang. Sedap2 nak datang dekat", kata perempuan berambut merah itu.

Ya Allah Ya Rabbi mau ku sumbat kunci kereta dalam mulut dia ni.

"Ntah! Dahlah baju lusuh. Lutut koyak2. Tak macam kita pakai Gucci ni hahahaahha", tambah sorang lagi kawan sebelah si rambut merah itu.

Well. Fake Gucci. Mata aku boleh scan dengan mudahnya.

Aku senyum dengan manis sahaja. Lalu tangan aku menggeledah ke dalam poket seluar aku. Seutas kunci kereta dikeluarkan. Butang ditekan. Maka lampu kereta itu menyala tanda kunci sudah di unlock. Semua perempuan tadi yang mengherdik aku memandang terkejut. Opss tanjat ke tuww

"Lain kali nak pinjam kereta orang utk photoshoot pilih baik-baik. Atau cakap baik-baik", ringkas sahaja aku membalas. Terus aku masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin.

Terus ke location yang daddy aku send tadi. Apakah nama tempat dia pun aku tak tahu. Aku turutkan sahaja perintah daddy.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now