7

98 13 7
                                    

Akhirnya aku tiba di hadapan satu bangunan tinggi. Terdapat beberapa orang keluar masuk dari pintu utama, semua memakai topeng muka dek kerana suasana pandemik sekarang. Aku turut perasan yang kebanyakan mereka memakai pass dileher masing-masing. Mungkin pekerja disitu. Tapi aku tak tahu apakah tempat ini dan mereka semua ni kerja apa. Daddy ni haa ajak.

Aku keluar dari kereta lantas mendail daddy aku untuk maklumkan yang aku sudahpun sampai.

"Hello? Daddy Yeon dah sampai. Daddy kat mana?", tanya aku dengan lemah lembut.

"Yeon masuk bangunan ni, naik tingkat 10, lepas tu tanya mana-mana staff dekat mana dining room. Ha lepas tu masuk je bilik yang diorang tunjukkan nanti", jelas daddy.

Selesai menamatkan panggilan telefon, aku terus masuk kedalam bangunan itu. Aku turut menunduk hormat kepada mana-mana staff yang aku bersemuka.

Punat lif ditekan. Lif terbuka. Aku pun terus masuk tanpa melihat siapakah manusia yang sudah ada didalam.

Tinggi-tinggi laa weyy laki2 dalam lif dengan aku ni. Bisik aku dalam hati.

Walaupun aku 172 cm, sudah tersangat tinggi bagi seorang perempuan, tapi aku terasa sangat kerdil kerana 3 jejaka dalam lif itu lebih tinggi dari aku.

Tiba-tiba lamunan aku terhenti. Apabila salah seorang daripada mereka menegur aku.

"Cik, nak turun tingkat mana ya?", tanya si lelaki rambut coklat itu. Kedua matanya sahaja aku nampak sebab kami semua pakai mask.

"Ahh 10. Oh, terima kasih..", ujarku setelah si dia tadi tolong tekan butang untuk aku".

"Kami bertiga pun nak turun dekat sini, kebetulan pulak haha," kata si blonde pulak.

"Oh, hahaha", aku gelak palsu. Entah apa yang kelakar bila kebetulan sama tingkat.

Akhirnya sampai di tingkat 10. Kami berempat langsung keluar lalu menuju ke destinasi masing2. Kemudian aku terasa ingin bertanya kepada lelaki-lelaki tadi mengenai dining room yang daddy suruh masuk tadi. So aku memanggil perlahan si rambut coklat tadi.

"Eh, awak. Nak tanya boleh? Dining room kat tingkat ni kat mana ya?"

Si lelaki rambut coklat itu mengangkat kening. Entah apa ekspresi wajah dia sebab dilitupi topeng muka.

"Ohh cik nak pergi sana jugak? Samalaa kami bertiga pun. Tapi.. Cik ni sapa ye? Sebab dining room sekarang ada acara minum petang untuk orang macam kami dan CEO yang kollaborasi dengan bos kami je", ujarnya tak terlalu panjang lebar.

Aku pulak join mengerutkan dahi. Aihhh daddy ni kenapa ajak aku minum petang kat tempat ni..

"Emm sebab daddy saya ajak. Saya pun tak tahu apa kenapa dan siapa dalam dining room tu, saya cuma turutkan daddy saya sahaja..", aku mula rasa segan. Ah.

Tiba-tiba pintu bilik yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri bersama lelaki tiga orang ni,dibuka. Dan manusia yang keluar adalah daddy aku sendiri.

"Yeon! Apa tercegat kat situ. Mari sinii masuk", panggil daddy.

Aku mula menuju kesana sambil diekori oleh tiga namja tadi. Siapalahh dorang ni. Fikir aku.

Sebaik sahaja aku masuk, dihadapan mataku terdapat sebuah meja makan yang besar, seperti meja mesyuarat. Dikelilingi dengan kerusi. Di atas meja itu jugak dihidangi dengan pelbagai pencuci mulut dan cawan-cawan untuk diisi air teh. Aku juga turut melihat siapa yang telah mengambil tempat duduk di atas kerusi. Nampaknya mereka semua telahpun mencabut topeng muka masing-masing.

Seorang lelaki yang sedang duduk diatas kerusi di hujung meja , agak berumur, badannya juga agak gempal. Mungkin tua sedikit daripada daddy.

Kemudian mataku melirik kearah namja muda disebelah pakcik itu pula. Rambut biru dia menarik perhatian aku. Tapi aku perasan sesuatu.

Matanya tepat merenung kearah mata aku.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now