44

45 6 1
                                    

Yeonjun POV :

Aku berjalan bersiar-siar di luar hybe building sebelum memutuskan untuk masuk kembali, untuk meneruskan latihan. Tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta Lamborghini kuning melintasi di tepi aku. Aku kenal kereta itu. Dua susuk tubuh yang kukenali juga keluar dari perut kereta tersebut, mereka berdua berjalan memasuki hybe.

Soobin dan jungyeon.

Nampaknya mereka berdua tidak perasan kewujudan aku. Tidak mengapalah, aku masuk selepas mereka. Tidak mahu mengganggu.

Aku mengekori dari belakang, bukan mahu mengintip. Sebab aku tahu tujuan tempat soobin sama dengan aku. Cuma aku tak mahu jalan bersama.

Akhirnya aku melihat soobin tidak masuk ke studionya, malahan jungyeon yang kesana. Aku melihat soobin pergi menemui manager kami. Mungkin ada sesuatu untuk dibincangkan bersama. Aku buat keputusan untuk masuk ke studio aku, berjiran sahaja dengan soobin punya.

Aku masuk kedalam dan mengunci pintu, lalu menarik nafas panjang.

"Sudahlah yeonjunjungyeon bukan milik kau", monolog ku sendirian.

Aku merebahkan diri diatas sofa dan membuka phone ku. Scroll kosong account weverse official TXT. Lalu kembali menutup. Aku termenung ke siling.

Pintu studio aku yang agak transparent, membuatkan aku terpandang kelibat yang melintas di depan pintu itu.

"Jungyeon?", aku yakin itu dia.

Aku menerpa ke luar pintu ya, itu jungyeon. Aku penuh tanda tanya kemana dia mahu pergi. Nampak seperti kelam kabut sahaja.

Aku cuba mengikuti, sehinggalah dia masuk ke dalam kereta. Aku rasa seperti ada sesuatu tak kena. Firasat aku mengatakan aku harus cuba mengikuti wanita itu.

Makanya aku naik teksi.

Akhirnya aku temukan diri aku di hadapan sebuah hotel. Aku melihat jungyeon mula berjalan memasuki hotel itu. Aku mengikuti perlahan-lahan, tapi tidak terlalu gopoh.

Ppuk! Bahuku terlanggar seseorang. Barangnya dipegang jatuh ke lantai.

"M-maaf ahjussi! Saya tolong kutip ya?" Aku menolong ahjussi itu mengambil barang-barangnya yang terjatuh. Nasib baik tiada kerosakan.

Masaku terbuang sedikit. Aku mula hilang jejak jungyeon setelah itu.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan, susuk tubuh wanita itu tidak kelihatan. Atau mungkin aku terlepas pandang?

Lalu satu jeritan kedengaran. Aku mengikuti arah bunyi itu dan setelah beberapa langkah..

Mataku tidak percaya apa yang aku sedang saksikan.

"WOI BERHENTI!!"














Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now