9

96 14 6
                                    

Aku dicuit perlahan oleh daddy di bahagian pinggang. Aku tersentak sebab tiba-tiba geli.

"Kenapa anak daddy pakai macam lelaki ni aduhh, kita ada minum petang dengan orang penting ni..", leter daddy yang tak berapa nak garang tu. Sebab dia kiut. Hehe

"Mana Yeon tahu daddy ajak datang sini untuk apa. Dahlah suruh datang terus, manelaa Yeon fikir nak salin baju baru", aku berbisik perlahan. Tidak mahu yang lain mendengar.

"Rajin-rajinlaa sikit lepas ni pakai ayu.. Muka macam princess dah tapi pakaian acah Prince", daddy mengusik. Tapi aku tak ambil hati.

Beberapa minit selepas itu semua terdiam. Aku melihat kekiri dan kekanan mengamati wajah masing-masing dihadapanku. Ada lelaki si rambut biru yang tenung aku tadi, si rambut pink, si rambut blonde dan dua lelaki berambut tone natural. Juga terdapat seorang lelaki berbadan gempal bercermin mata.

Lalu si berbadan gempal itu bersuara,

"Awak ni Park JungYeon puteri Encik Zal ye?"

Aku yang sedang menghirup teh suam tiba-tiba terbatuk sebab tersedak. Eh laaa pakcik ni bercakap dengan aku ke.

Aku perasan si rambut biru tadi tergelak melihat gelagat aku. Obvious sangat gelaknya.

Aku menjelingnya perlahan. Lalu aku menjawab pertanyaan pakcik yang menanyakan soalan tadi.

"Iya saya, boleh panggil Jungyeon",balasku ringkas.

Tiba-tiba si rambut pink pula bersuara, "awak umur berapa jungyeon?"

"Emm.. 21", jawabku sambil tersengih sebab masih segan dengan insiden aku tersedak tadi

"OHH SAMELAH UMUR DENGAN SOOBIN HYUNG", tiba-tiba si blonde pula mencelah.

"Soobin?", aku bertanya balik.

"Ni yang rambut biru comel-comel hensem ni", si rambut pink menjawab sambil mengusap-usap kepala si rambut biru tadi. Malu-malu pulak aku tengok dia ni. Tadi sakan gelakkan aku.

"Yeonjun, start berkawan lepas ni ye", si pakcik bercermin mata tadi menegur kelakuan lelaki berambut pink itu. Mungkin kerana sikapnya yang agak keanak-anakan sebentar tadi.

"Jungyeon, ni daddy nak bagitahu. Tujuan daddy suruh kamu kesini petang ni untuk bertemu dengan mereka semua ni. Okay kenalkan yang pakcik comel ni boleh panggil dia PD-Nim, pastu ha korang lagi berlima ni silalah kenalkan diri masing-masing kepada anak saya".

"Choi Soobin, 21, leader TXT"

"Haii jungyeon ~ saya Choi Yeonjun, 22, paling hensem"

"Hai noona, saya Choi Beomgyu, 20, saya tinggi tapi tiny"

"Annyeong noona cantik, saya Kang Taehyun, 19, genius kid"

"hello noona! Saya, HueningKai! 19 jugakk dan saya maknae".

Aku mengangguk-angguk setelah mereka memperkenalkan diri. Ok lepas tu?

"Tujuan daddy sekarang, nak Yeon berkawan dengan mereka ni.. Sebenarnya Yeon pernah kenal mereka dulu. Tapi kan Yeon sakit, jadi Yeon dah tak ingat dorang. Sebab tu daddy mintak izin dengan PD-Nim yang juga kawan rapat daddy benarkan dorang berkawan dengan Yeon.. Harap Yeon faham ye",ujar daddy.

Ahh ok. Aku faham.

Tapi maaflah, kalau sepanjang kita berkawan nanti, aku ade buat hal ke. Harap mereka berlima ni boleh sabar la dengan aku.

Bisikku dalam hati.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now