11

86 11 13
                                    

Malam itu aku craving milkshake. Member2 pun craving sama. So aku dengan beomgyu nak pergi satu kafe dekat Seoul ni. Tak besar sangat tapi cozy, suka suasana kat situ.

Aku dan beomgyu sampai di kaunter pesanan, mata kami melirik kearah menu tersedia diatas kaunter.

"Hai selamat petang, order?", si pelayan di kaunter bertanya ramah.

"Milkshake strawberry 3, choco mint 1 dengan chocolate vanilla 1", aku memesan sebelum aku mengangkat kepalaku untuk melihat si pengambil pesanan.

Kedua mata si pelayan membulat sebaik sahaja dia merenung kearah aku.

"omg?! Choi soobin txt ke ni???!", terjerit kecil dia disitu.

Nak tipu,,terang2 tipu. So aku angguk jelah sambil senyum sikit.

Si pelayan berambut merah tu melompat-lompat kecil sambil goyang2 kan tangan dia. Ha gelabah.

"Ok Soobin dan Beomgyu! Order korang akan cepat siap!", balasnya selepas menaip sesuatu di tab nya. Kemudian dia terus ke belakang dapur sambil melaung,

"Jungyeonnn ssi! Aku naik join buat air dengan kau jugak weh!"

Aku dan beomgyu saling berpandangan.

"Jungyeon?"

Sementara itu di dapur;

"Weyyy ade idol datang order ah wey!", Miyeon menjerit sampai tertanjat aku yang tengah buat air ni.

"Sape idol tu?", tanya aku.

"Choi Soobin dengan Choi Beomgyu, TXT hahahahhehrhehrhehe", separuh meroyan si Miyeon menjawab.

"Eh?", aku berhenti menuang air kedalam cup.

Aku lekas meletakkan jag air lalu terus keluar dari dapur dan pergi kearah kaunter.

"Weyy jangan aa tinggal aku buat air sorang! 5 order kut", Miyeon membebel seorang diri.

Aku tak hiraukan dia dan terus kedepan. Terus aku nampak dua jejaka tu berdiri di hadapan kaunter.

Nasib baik malam ni tak ramai customer. So tak ramai nampak.

"Jungyeon noona?", beomgyu memanggil aku.

Soobin pula cuma terkebil-kebil nampak aku. Macam nampak hantu yang tak menakutkan.

Aku cuma tersengih lalu pergi kearah mereka. "Order air kat sini? Er... Selalu ke datang sini?", tanya aku.

"Tak jugak.. Sengaja kitorang singgah sini sebab soobin hyung yang recommend sini", beomgyu menjawab.

Aku pun terus mendongak melihat si tinggi tu. Dia ni tak habis2 tenung aku.

"Nak kene jolok ke mata tu?", sindir aku.

Lepas dengar aku cakap macam tu,baru lah dia perasan lama dah dia tengok aku tak berkelip langsung. "Eh umm aaa.. lama dah kerja sini?", dia tukar topik.

"Ade ahh dah sebulan..", jawab aku.

Tiba-tiba Miyeon muncul dengan plastik air penuh kiri kanan tangan dia. "Air dahhh siappp".

Aku terus blah dari situ. Taknak Miyeon rasa pelik kenapa aku berborak dengan dua orang tu.

Begitu juga dengan dorang, terus buat tak kenal, untuk mengelakkan syak wa sangka.

"Berapa ye cik?", kedengaran suara soobin bertanya jumlah yang harus dibayar. Aku tidak pedulikan mereka lagi dan terus ke belakang dapur.

.
.
.

"Hyung, tak sangka pulak Jungyeon kerja situ! Dia bukannya kaya raya ke?", beomgyu tanya aku. Kami berdua decide balik dorm dengan jalan kaki sahaja. Nak ke kafe tadi pun kitorang berjalan je. Lagipun tak jauh mana pun. Adalah setengah jam, alang-alang ambil udara malam Seoul.

"Tulah,hyung pun terkejut jugak tadi..
Nak tanya dah tadi tapi tetiba si rambut merah tu muncul, kacau line betul" , jawab aku. Creepy jugak tengok si pelayan tadi tu. Tahulah excited tapi tak perlulah sampai terjerit-jerit. Kami pun manusia biasa jugak. Hensem je lebih sikit. Hehe.

"Bila kita nak rapat dengan dia eh? Dia tu macam sombong2 jugak. Tapi haish entahlaa misteri jugak jungyeon noona tu", beomgyu menambah. Rambutnya yang dah panjang sehingga menutupi dahinya, terbang ringan apabila angin sejuk malam menyinggahi.

"Take it slowly la gyu. One day dia akan selesa dengan kita, hopefully",jawabku ringkas.

Sambil berjalan di tepi jalan itu, tiba-tiba mataku terpandang sesuatu di suatu lorong yang gelap. Walaupun gelap, aku nampak seorang perempuan duduk bersila bersama seorang lelaki dihadapannya. Kelihatan si lelaki itu berumur dan sudah tua.

Perempuan itu memberi makan kepada si lelaki tua. Si lelaki tua itu sedang makan dengan sangat berselera sambik berborak- borak dengan perempuan itu, kedua duanya nampak happy sangat.

Tapi aku cam siapa si perempuan itu. Dan itulah yang buat aku terkejut dan terkesima.

Sebab dia itu jungyeon. Memakai serba hitam, memberi makan kepada homeless di lorong yang sunyi.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now