30

60 10 5
                                    

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu









Mataku tiba-tiba basah dan hati aku seperti merinding seakan ia menerima satu ketenangan yang tak pernah ia alami.

Bulu roma ku meremang naik, badanku sejuk. Aku juga tidak faham kenapa aku merasakan begini. Ia seperti secara semula jadi.

Alunan merdu suara si gadis pujaan hati aku sedang lunak membacakan sesuatu didalam kamarnya. Aku mendengar disebalik pintu.

Tidak sesaat pun aku melepaskan setiap butir perkataan yang dituturnya dalam bahasa yang tidak aku fahami langsung.

Tetapi, kenapa aku menangis?

Wahai hati, kenapa engkau menangis?

Aku tidak faham.

Sebaik sahaja si gadis itu mulai diam, aku seakan hilang sabar kerana perasaan ingin tahu menyelubungi diriku.

Aku memulas tombol pintu yang tidak berkunci.

Dia berpaling ke belakang melihat gerangan siapakah yang membuka pintu biliknya pada malam buta.

Air mataku yang bersisa tadi tidak sempat aku kesat. Si gadis itu sudah tentu menyedarinya terlebih dahulu.

Aku tidak menunggu lama lagi, aku terus bertanya,

"Yasna, kau baca apa tadi?"






























"Oh macam tu.. Boleh aku sentuh tak buku ni?", tanya aku.

"Tak boleh soobin. Kitab ni suci. Tak boleh dipegang sebarangan. Aku pun kalau nak sentuh, kene ada air wuduk. Air wuduk tu macam membersihkan diri dari hadas kecil dengan air. Kalau tiada air, boleh digunakan dengan debu bersih", terang Yasna secara mudah untuk aku senang faham.

Yasna masih dalam pakaian serba putihnya. Aku seakan disisi seorang bidadari. Tidak dapat aku gambarkan betapa cantiknya wanita ini dengan sebetulnya. Dia malah lebih cantik dengan berpakaian seperti ini.

Terasa sangat beruntung dapat bertemu dengannya di dunia yang agak luas ini.

"Hmm macam kau boleh datang sini waktu macam ni? Terkejut jugak aku kau tiba-tiba muncul", tanya Yasna sambil menyimpan kitab yang dikatakannya Al-Quran namanya di atas rak disisi katil.

Aku cuba ingat balik asbab asal aku datang kesini. Akhirnya aku teringat.

"Aku tadi mimpi seseorang, lelaki. Muka dia macam seseorang aku kenal tapi tu bukan orang yang sama dengan aku kenal..",ujarku.

"Siapa?", yasna kembali bertanya lagi.

"Taehyung hyung.. Dia senior kami. Tapi dalam mimpi aku tu.. Muka sama tapi tu bukan dia. Malah dia kenalkan diri dia dengan nama lain".

"Oh, apa nama dia dalam mimpi tu?"

"Naz.. Nazri? Macam tulah namanya", aku cuba ingat sehabis baik akan nama si lelaki itu.

"Apa?!", suara Yasna yang sedikit meninggi itu memeranjatkan aku.

Kenapa dengan dia ni?

"Soobin.. Jap aku tunjukkan kau sesuatu.. ", dia bangun dari sisi katilnya lalu pergi mengambil satu bingkai gambar berwarna putih. Dia kembali duduk disamping aku lalu menunjukkan gambar yang tersimpan didalam bingkai itu.

Mata aku melihat ada dua orang manusia. Satu lelaki satu perempuan. Kelihatan seperti adik beradik. Yang perempuan itu adalah Yasna manakala yang lelaki..

Tak mungkin..

Muka dia macam Taehyung sunbaenim!

"Soobin.. Wajah dia macam ni ke?", soal Yasna dengan wajahnya yang agak suram.

Mulutku masih ternganga kecil, tidak percaya apa yang aku sedang saksikan.

"Ya.. Ya! Macam dia! Siapa ni.. ? Jangan kata.. Kembar kau..?", tergagap gagap aku bertanya.

Yasna hanya mampu mengangguk laju.

"Kami kembar tak seiras. Dia lahir dulu, aku kemudian. Nama dia Tengku Noor Yaseen Nazri. Dialah yang terlibat dalam kemalangan yang aku pernah ceritakan tu", akhirnya Yasna membuka cerita tentang keluarga yang terbaru.


Aku termanggu seketika. Masih memproses apa yang sedang berlaku. Bagaimana mungkin aku bermimpi seseorang yg belum pernah aku bertemu, rupanya dia seorang keluarga kpd orang terdekat?

"Soobin.. Sambung cerita mimpi kau tu.. ", yasna memohon aku untuk menyambung ceritaku.

"Ahh. Nazri tu ada cakap dekat aku.. Untuk jaga kau baik-baik. Tapi aku mana tahu tu kembar kau. Aku peliklah. Tiba tiba aku terjaga dari tidur. Lepas tu aku nampak ada rama-rama putih terbang dalam bilik kitorang. Aku follow rama-rama tu sampailah dia terbang depan bilik kau. Tiba tiba hilang, dan macam tulah aku end up dengar kau membaca kat dalam", panjang lebar aku bercerita.

"Soobin.. Kenapa mimpi kita ada kaitan? Aku.. Aku tak faham", yasna mengurut-urut dahinya.

"Aku pun tak faham, Jungyeon"



"Meowwww", kami berdua berpandangan kearah jungbin yang terbangun dari tidur dan keluar dari kotaknya.

"Haiii jungbin~ appa rindulaa kat jungbin!", aku mengangkat si comel berbulu lebat putih itu dan meletakkannya diatas ribaku.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now