48

45 10 2
                                    

Kebiasaannya soobin yang akan membantu Yasna untuk berdiri dan berjalan ke bilik air. Tapi dia berfikir alangkah lagi elok jika eomma nya yang ambil alih untuk tugas itu. Dia tidak mahu susahkan gadis itu atas sebab perbezaan jantina.

Makanya bermula pada jam subuh, ibunya bangun awal untuk menurut serta bersama Yasna pergi ke bilik air untuk gadis itu mengambil wuduk untuk solat.

Ya, mereka tidur sekali dalam satu bilik.

Usai solat di atas katil itu, ibu Choi menghulurkan segelas air untuknya. Yasna mencapai gelas itu lalu meminum perlahan.

"Terima kasih puan", katanya.

"Panggil eomma je", ibu Choi mencelah.

"Mmm baik.. Eomma..", Yasna menurut.

Dia meletakkan gelas kosong ditepi meja katilnya. Lalu membetulkan postur badannya. Ibu choi hanya memerhatikan.

"Rasanya dah lama saya tak merasa kasih sayang seorang ibu. Tapi harini eomma berikan sedikit kepada saya bagaimana rasanya", ujarnya. Mukanya redup menahan sedih.

Ibu Choi meraih tangan si gadis itu lalu membelai. Dia tahu apa yang telah berlaku pada gadis itu. Soobin telah ceritakan semua.

"Eomma dah anggap kamu macam anak sendiri. Tapi eomma pun berharap naluri seorang ibu kandung itu lebih hebat dari eomma yang tiada pertalian darah ni. Eomma doakan ibu kamu dapat terima kamu satu hari nanti".

Kedua mereka berbalas senyuman sebelum ketukan pintu dari luar bilik berbunyi.

"Mungkin tu soobin, eomma", yasna dah boleh mengagak.

"Kenal ye bakal suami kamu tu, kejap eomma bukakan pintu", sempat lagi ibu Choi mengusik.

Pintu dibuka. Memang betullah si anak terunanya tinggi panjang itu berdiri menyandar di pintu.

"Ha nak apa ni anakku pagi pagi begini"

"Yasna dah siap solat?", tanyanya.

"Ya siap dah. Pastu kamu nak apa? Dah rindu keeee", usiknya tak habis habis.

"Eomma!  Janganlah kuat-kuat. Nanti dia dengar. Malu ah soobin",soobin mencebik.

Ibu Choi tidak tahan menahan gelak meihat gelagat gelabah anaknya itu. "Ha pergilah masuk. Eomma nak mandi sekejap. Pagi ni eomma masak ye" , katanya lalu keluar dari bilik.

"Emm memang nak eomma ambil alih dapur pun~", balas soobin.

"Bertuah punya anak. Nasib baik bakal menantu eomma cantik"

"EOMMA-", merah merona pipi si soobin.

Sebenarnya dia suka je apabila eomma nya mengusik sebegitu. Tapi bila dihadapan gadis yang dia suka, manalah dia mahu letak muka.

Soobin mencelah di muka pintu, cuba mengintai ke dalam.

"Masuk jelah. Tercangak macam bangang kat situ pehal". Yasna bersuara.

Soobin dah terbiasa dengan cara gadis itu bergurau. Bunyi seperti kasar tapi itulah "love language" nya.

"Hai", sapa soobin.

"Hai", dibalas.

"Macam mana keadaan harini? Ade pembaikan tak?"

"Alhamdulillah ade. Tadi masa berdiri perut ni dah tak sakit macam kelmarin dulu. Mungkin harini dah boleh berjalan-jalan kut"

"Aippp tak boleh", soobin menhalang.

"Kita tunggu 2 hari lagi untuk pastikan luka dalam perut kau tu betul-betul sembuh". Yasna mula menarik muka.

"Aku dah bosaaaaaaannn terkurung dalam ni. Aku nak hirup udara luar. Bawak jelah aku naik kerusi roda pun", yasna memberi idea.

"Wheelchair? Hmmm boleh gak. Harini aku bawak jalan-jalan k?", soobin memberi cadangan.

"Serious?", ada sinar kebahagiaan di wajah gadis berbaju pajama beige itu.

"Ada syarat", soobin menambah.

"Kenapa pulak kene ada syarat? Ha ape syarat dia"

"Nak kiss", lelaki itu memuncungkan bibirnya.

"HOI GILA KE", bantal dilemparkan ke mukanya.Terbahak-bahak soobin setelah mengusik gadis itu. Muka yasna sekali lagi merah menahan malu dan geram.

"Mane ade. Aku gurau je. Kalau aku serious, kau lempar je air panas kat muka aku, hahahahahha".













"Sebab aku takkan sentuh gadis yang aku sayang tanpa izin dia"

Mawar Putih // Choi Soobin √Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ