20

64 8 7
                                    

Aku duduk bersahaja sambil memandang sekeliling suasana diluar rumah ibadat itu. Rambut biruku ditutup dengan topi beanie hitam yang dipinjamkan oleh jungyeon untuk aku. Tidak lupa juga mask hitam untuk menutup wajah aku. Lihatlah aku dimana, kang tak naye ade sesiapa yang kenal aku terkejut aku duduk di tangga masjid Itaewon ni.

Sudah hampir 5 minit sejak jungyeon masuk kedalam bangunan itu. Aku duduk dengan setia sahaja disitu untuk menunggu dia selesai. Jam di skrin telefon aku pandang sekilas, menunjukkan jam 12:43 tengah hari.

Tidak lama selepas itu, aku mendengar bunyi seperti mic diketuk, diikuti dengan suara seperti seorang lelaki dewasa melaungkan sesuatu yang tidak pernah aku dengar di hujung mikrofon itu.

Aku cuba amati apa yang disebutnya, tapi tak satu pun aku dapat faham kerana ia disebut dalam bahasa Arab.

Mata aku juga melirik kearah beberapa manusia berjalan masuk kedalam rumah ibadat itu, aku dapat faham yang mereka juga mahu solat seperti jungyeon.

Tiba-tiba bahuku ditepuk pelan, aku memandang ke sisi, seorang lelaki berjanggut panjang hitam, berkaca mata dan berbaju putih panjang, melemparkan senyuman mesra kearah ku. Daripada raut wajahnya dapat aku teka dia bukan warganegara Korea, tapi nampaknya dia fasih berbahasa itu kerana mungkin dia menetap disini.

"Anak muda, buat apa duduk sini?",tanyanya penuh ramah.

"Er.. Saya menunggu kawan kat dalam tuan. Saya tak solat macam dia", aku menjawab dengan penuh sopan dan harapnya penjelasan aku difahami.

"Ohh baiklah. Anak ini agama lain ya? Baik baik, pakcik masuk kedalam dulu ya.. ", lelaki itu permisikan dirinya dan teruskan menaiki anak tangga yang agak tinggi itu.

• • • • •

"Wey, jom. Aku dah siap", lamunan aku terpadam sebaik sahaja Jungyeon muncul secara tiba-tiba dihadapan aku.

Takdelah lama sangat. Dalam 15 minit je. Fikir aku.

Kami berdua masuk kedalam kereta dan menyapa Jungbin yg sedang lena tidur didalam sangkarnya. Nampaknya dia tak apa-apa sejak ditinggalkan sebentar tadi.

"Aku ade satu tempat lagi nak pergi ni..", jungyeon mengatakan hasratnya sambil menarik tali pinggang keledarnya selepas dia menghidupkan enjin kereta.

Aku melihat dia, penuh tanda tanya. "Kemana?"

"Rumah anak yatim.. Kau boleh ikut ke? Ke ada apa2 practice kat bighit petang ni?", dia tanya dulu pendapat aku.

"Eh takde takde! Aku betul2 free harini. Esoklah aku start busy. Jomlah, aku ikut je kau", aku berterus terang. Sebenarnya aku excited untuk kesana juga. Aku pun suka kanak-kanak.

"Ok, kalini aku tak bawak laju. So kau tak perlu pegang bende alah tu..", kata jungyeon sambil matanya melirik kearah tanganku dah awal2 lagi menyambar pemegang di atas kepala aku. Aku tersipu malu lalu melepaskan pemegang itu perlahan-lahan.

"Comel", dengus jungyeon perlahan.

"Hah? Apa dia?", aku bertanya balik.

"Takde apa. Aku cakap kau dungu".

Yelah tu, aku dengar je okay.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now