28

62 8 7
                                    

Jejaka berambut merah jambu ala strawberi itu melihat segalanya dari awal sampai akhir. Jauh disudut hati dia sangat cemburu akan temannya dapat mendekati gadis pujaan hatinya dengan mudah.

Dia juga tak dapat menyangkal Jungyeon nampak lebih selesa bersama soobin berbanding dengan dia.

Yeonjun mengalihkan pandangannya kearah lain, menelan air liurnya membasahi anak tekak, dia mengetap bibirnya dan mula melangkah pergi menjauhi kedua pasangan hampir serasi itu.

Dia masih tidak mahu mengalah untuk memenangi hati jungyeon, tapi dia juga tidak mahu menyakiti sahabatnya iaitu soobin.

Dia berasa tersekat. Tidak tahu harus berbuat bagaimana.























"Taehyun, malam ni kita bermalam sini nak tak?", tanya beomgyu sebelum melontar bola yang terakhir untuk pusingan game bowling itu.

Taehyun yang sedang meneguk air mineral kerana kehausan terdiam sambil berfikir sejenak.

"Kau tak patut tanya taehyun la hyung,tanya tuan rumah ni la aduii", celah hueningkai yang sudah siap melontar bola bowling nya pula.

"Masalahnya, aku dah mintak izin la HAHAHAHAAH", budak lelaki berambut coklat gelap itu ketawa terbahak-bahak akan lawaknya yang tak menjadi.

"Tak malu betul. Pastu jungyeon noona cakap apa?", taehyun pula mengeluarkan suara.

"Dia bagi jelah. Ala kalau soobin tu ada confirm2 dia nak bagi kita duduk sekali lol", bersahaja si beruang itu menjawab.

"Noona.. Suka soobin hyung ke?", tanya hueningkai kehairanan.

"Laa, tak tahu lagi ke? Soobin tu bias noona sebelum dia amnesia lagi. Panjang betul jodoh dah jadi berkawan sekarang, haih untung noona jadi lucky fans", keluh beomgyu.









"Korang borak apa ni?", ketiga-tiga maknae itu berpaling serentak kearah satu suara yang menegur mereka dari belakang.

"Oh yeonjun hyung, kitorang bincang nk sleepover kat rumah jungyeon noona ni ha, hyung rasa camne?", soal hueningkai.

"Oh, boleh je", dengan ringkas dia menjawab.

Beomgyu hanya memerhatikan sahaja karenah hyung nya itu. Dari hari itu lagi dia kelihatan monyok apabila disebut jungyeon dan soobin.

"Ada tak kena ni...", bisik hati beomgyu.

"So, jadilah ni kita tidur sini malam ni?", hueningkai meminta kepastian. Beomgyu hanya mengangguk laju.

"Oklah. Aku nak pergi tanya noona pasal bilik untuk kita. By the way, korang jangan ngade eh mintak bilik sorang satu. Sedar sikit kita tetamu. Melainkan dia nak bagi dulu" taehyun memberi amaran sambil melangkahkan kakinya berjalan keluar dari dewan bowling itu.



























"Woah bilik ni besar gila! Muat kut untuk 10 orang!", keriangan kedengaran dari si tinggi bernama hueningkai itu.

Taehyun, beomgyu, soobin dan yeonjun turut berjalan masuk kedalam bilik itu setelah ditunjuk oleh jungyeon. Mereka berlima sangat kagum melihat kemewahan bilik itu. Sangatlah berbeza dengan bilik di dorm mereka.

"Ini bilik tamu. Lama dah takde penghuni. Koranglah jadi penghuni kat sini sekarang", jelas jungyeon sambil menepuk-nepuk katil bersaiz king yang sedikit berhabuk itu.

"Buatlah macam bilik sendiri. Aku pergi ke bilik aku dulu, ade apa2 masalah call jelah ye?",katanya lagi sebelum keluar dari bilik itu. Kelima-lima jejaka tampan itu hanya mengangguk sambil tersenyum.

Setelah pintu bilik ditutup dan dikunci dari dalam, kelima-lima mereka meloncat keatas tilam yang tersangat empuk itu. Sehinggkan badan mereka terpelanting sedikit.

"Bestnya tilam ni! Weh rasa cam nak duk sini selamanya!", ujar beomgyu.

Soobin pula pergi ke bilik air untuk memeriksa keadaan bilik air. Dia membuka pintu perlahan lalu matanya terpana melihat keindahan bilik air itu seakan bilik air di dalam istana.

Dia melangkah masuk kedalam untuk melihat setiap inci binaan dan dekorasi dengan lebih dekat. Tiba-tiba, pintu ditutup dan dikunci dari dalam. Soobin terperanjat dan segera menoleh ke belakang.

"Yeonjun.. Kenapa kau kunci pintu?". Soal dia kehairanan.












"Aku ada benda nak cakap ngan kau, secara private".

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now