31

61 9 15
                                    

Pada pagi keesokkan hari, jungyeon bersiap-siap untuk pergi ke kafe tempat dia bekerja. Dia sudahpun siap masakkan untuk kelima-lima lelaki yang menumpang tidur di rumahnya semalaman.

Sedang jungyeon menghidangkan sarapan di atas meja makan, dia terdengar bunyi riuh rendah dari atas.

"Apa bising-bising tu?", fikir jungyeon.

Dia segera naik ke atas untuk memeriksa keadaan lelaki-lelaki itu.

Dia mengetuk pintu bilik, tetapi seperti tiada jawapan dari dalam, tetapi bunyi seperti orang bergaduh semakin menjadi-jadi kedengaran.

Jungyeon mula rasa panik, dia segera memulas tombol pintu tanpa memberi amaran dia bakal masuk.

Dan yang ada dihadapan matanya adalah,

Hueningkai memegang soobin.

Taehyun dan beomgyu pula memegang yeonjun.

Katil berselerakan.

Baju-baju juga bergelimpangan.

Dan kedua-dua wajah mereka berdua, soobin dan yeonjun- lebam2 dan luka di bahagian bibir.

"Apa yang berlaku ni??!", jerit jungyeon.

"Noona..", beomgyu tergagap-gagap sebaik sahaja dia melihat si tuan rumah.

"EI LEPASLAH", yeonjun menepis kedua tangan maknae itu yang sedang erat memegangnya dari terus menumbuk soobin.

"Semak. Dahlah berduaan dalam bilik malam buta. Bertarung dengan adil konon", yeonjun membelek rambutnya rimas lalu segera keluar dari bilik itu, tidak mempedulikan jungyeon yang masih berdiri di sisi pintu itu.

"HOI AKU KAN DAH EXPLAIN APA YANG BERLAKU! KAU NAK MENGAMUK SGT ASAL? ", soobin pula menepis geram hueningkai yang cuba menenangkan dia yang sama baran ketika itu.

"DUA DUA, DIAMM!", terdiam semua orang. Yeonjun juga menghentikan langkahnya dari terus berjalan keluar dari bilik.

Jungyeon menyingsing lengan bajunya lalu menarik cuping telinga yeonjun, ditariknya lalu membawanya kearah soobin yang masih terbaring separa di atas katil.

"Aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi korang berdua tak patut bergaduh! Mintak maaf sekarang! Dua dua!", jungyeon mula meninggikan suara. Perangainya tak ubah seperti mak memarahi anak.

Yeonjun yang tadi sedang naik angin tadi pun gerun melihat perempuan itu.

"Bukan aku yg kene mintak maaf. Yeonjun ni kene mintak maaf sebab tiba-tiba tumbuk aku", soobin memberontak.

"Kalau tak sebab kau, aku tak hancurkan muka kau pagi ni lah!", amarah yeonjun kembali lagi.

"eeeeee tak paham bahasa keee??? Aku cakap mintak maaf, mintak maaf lah!", sekali lagi kedua tangan jungyeon menarik cuping telinga kedua-dua lelaki itu. Mereka berdua mengaduh kesakitan.

Para maknae tergelak melihat suasana tiga manusia itu dari sudut bilik.

"Ahhh fine! Aku mintak maaf", yeonjun mulakan dahulu.

Soobin hanya mendiamkan diri. Dalam dirinya masih terasa hati dengan hyung nya kerana menumbuk mukanya.

"Soobin", jungyeon memanggil.

"Ye, aku maafkan. Aku pun minta maaf. Walaupun bukan salah aku", akhirnya dia mengalah juga. kalau tak kerana Yasna ada, dia dah lama terajang yeonjun ni.

"Tak cukup lagi. Aku nak korang berdua berpeluk. Lepas tu luka-luka kat muka tu korang berdua saling ubatkan. Sedar sikit korang tu bersaudara", arah jungyeon rimas.

Mereka mula berasa awkward. Walaupun mereka berdualah yang paling dikenali sebagai 'clingy couple'. Tapi disebabkan satu perbalahan, mereka berasa segan.

Soobin membesarkan matanya tatkala yeonjun mendepakan lengannya, untuk menyambut soobin kedalam dakapannya.

"Aku minta maaf. Aku takkan buat lagi lepas ni", setulus ikhlas si rambut merah jambu itu bertutur. Dia sudahpun menurunkan egonya.

Mata soobin berair. Dia pun tidak menyangka, hanya kerana seorang wanita, mereka bertengkar seperti ini. Dia terasa bodoh sekali.

"Hyung..aku minta maaf jugak", soobin menangis seperti anak kecil. Dia menyambut dakapan yeonjun dan memeluk si elder itu erat-erat.

Jungyeon hanya tersenyum melihat mereka berdua. Dia lega akhirnya mereka berdamai.

Tidak dilupakan beomgyu, taehyun dan hueningkai. Mereka juga tadi terkejut kerana hyung mereka tidak pernah bergaduh seperti itu.



Jangan biarkan cemburu dan ego menguasai diri.


"Okay. Selesai korang berdamai nanti kemas kemas bilik ni. Lepas tu turun bawah utk sarapan. Aku dah siapkan sarapan tu".

Mawar Putih // Choi Soobin √Donde viven las historias. Descúbrelo ahora