47

40 10 2
                                    

Harini hari kelima aku 'diwadkan' di dalam bilik aku sendiri. Segala makan minum aku maid yang abang ngah upah tolong masakkan. Tapi maid tu lelaki. Dia kata taknak upah. Nak masak dengan suka rela hatinya untuk aku katanya.

Tak lain tak bukan Choi Soobin.

"Harini aku masak mee sup ada kicap pedas.  Abang lang ajarkan aku haritu. Cer try rasa", katanya sambil meletakkan dulang makanan berisi mangkuk mee sup itu di sebelah katil aku.

Aku ingin mencapai sudu di dulang tapi dihalangnya.

"Aku taknak-" ,

"Aku nak suap", soobin memotong ayatku.

Rasanya macam dilayan seakan bayi. Bayi ke tuan puteri ni?  Aku pun tak tahulah. Hari hari setiap waktu makan dia nak suap aku. Rimas juga kadang tapi dia ugut kalau taknak dia suapkan, dia taknak dah masakkan untuk aku.

Aku terpaksa akur sebab masakan dia sedap dan kena dengan selera aku.

Hehe. Mengada ya kau Yasna.

"Aaaa~" , sudu berisi kuah sup dihalakan ke bibir aku. Aku menghirup perlahan.

"Sedap tak?" , tanya soobin tidak sabar menunggu jawapan.

Aku senyum lalu mengangguk.

Senyum lebar si jejaka tampan rambut kusut masai itu.  Mana tidaknya dia tak uruskan sangat diri dia tu sejak kebelakangan ni. Sibuk jaga aku je.

Oh ya, mereka semua sedang diberi cuti seminggu oleh Bang PD sebelum kembali sibuk untuk comeback terbaru hujung bulan nanti.

Jadinya soobin banyak habiskan masa cutinya di rumah aku. Kawan-kawannya yang lain ada yang pulang ke kampung halaman melawat keluarga masing-masing. Semalam baru sahaja beomgyu dan taehyun datang melawat aku selepas mereka pulang rumah mereka.

Aku kasihan dekat soobin. Patutnya dia balik jugalah ke rumah orang tuanya. Tapi dia memilih untuk disini.

"Soobin, kau taknak balik kampung ke?" , tanya aku. Rasanya ni dah kali ketiga aku tanya.

Jawapannya masih sama. "Takpe, mak aku pun suruh aku duduk sini je".

"Lagipun kejap lagi kita ada tetamu. Kau sorang je tak tahu lagi. Abang-abang kau semua dah tahu", sambungnya.

"Eh?  Siapa nak datang?", aku pelik.

Ding dong~

Bunyi loceng rumahku berbunyi. Dah sampai ke tetamunya?

"Ha dah sampai~ kau tunggu sini. Aku nak jemput tetamu istimewa tu masuk", dia berlari keluar dari bilik meninggalkan aku.

Beberapa lama aku menunggu, akhirnya soobin muncul dengan seorang wanita yang tidak terlalu muda tidak terlalu tua. Cantik orangnya dan manis macam.. Eh? Kenapa muka dorang ada iras? Ujarku dalam hati.

"Kenalkan.. Ni mak aku. Mak, ni Yasna", soobin jadi orang perantara di antara kami berdua.

"Mak???", terkedu aku atas katil itu.

"Annyeonghaseyo Yasna~ saya mak kepada soobin. Soobin banyak cerita pasal kamu. Eom- eh saya datang sini untuk tolong jagakan kamu. Sekali dengan lawat anak teruna saya ni", kata si ibu Choi sambil mengerling kearah anaknya.

"Oh.." Tak terkata aku. Segan pula aku rasanya.

"Kamu tak payah segan-segan dengan saya. Nak panggil eomma pun boleh~" kata ibu Choi sambil tersengeh-sengeh.

Soobin terbatuk-batuk tatkala melihat ibunya bergurau sebegitu.

"Hah soobin, kamu mandi tak lagi ni?  Rambut kusut masai muka macam tak segar je ni. Pergi bersih diri tu. Biar eomma jagakan bakal menantu eomma pulak"

"E-EOMMA! " merah padam muka soobin dibuatnya. Aku pun sama naik. Tak tahu mana nak humban muka ni. Maluuuuu!

"Okay soobin pergi dulu. Yasna, habiskan tau mee sup tu. Ha eomma,  jangan lupa suruh Yasna makan ubat ye", lalu dia terus keluar dari bilik itu meninggalkan kami berdua.

"Dia malulah tu. Tengok telinga tahu dah. Merah macam kene cubit. Hahahahah", usik ibu Choi.

Aku cuma mampu tersengih. Kalau mee sup ni tak panas dah lama aku celup muka aku sebab malu sangat!

Mawar Putih // Choi Soobin √Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ