36

51 8 2
                                    

"Soobin, nak mintak tolong boleh tak? " , Yasna cuba bangkit dari katil. Dia memegang kepalanya. Kepalanya masih sakit dan pening kesan daripada toksik ubat.

Soobin risau melihat gadis itu dan cuba menyuruhnya untuk baring kembali. "Kenapa nak bangun? Kau nak aku tolong apa?"

"Pimpin aku pergi bilik air.. Aku nak ambil wudhu untuk solat"

"Wodhu?", soobin mengulang perkataan yang pertama kali didengarnya.

"Ya.. Kau ambik tuala tebal. Pimpin aku lapik pakai tu", jungyeon mengarah. Suaranya masih lemah.

Soobin mengambil tuala yang sudah disediakan di dalam wad lalu membalut tangannya. Dia memimpin wanita itu perlahan-lahan dan berhati-hati sehingga ke bilik air.

"Kau boleh ke sorang diri dalam bilik air ni?", soobin masih risau.

"Boleh. Aku boleh duduk atas jamban tu. Kau tunggu aku luar ni je".

Soobin menunggu lebih kurang 5 minit sahaja. Yasna memaut pada pintu, cuba untuk keluar dengan sendiri. Soobin mahu menyambut namun gadis itu menahan,

"Jangan sentuh aku dekat kulit. Pakai tuala"

Soobin masih keliru tapi dia menurutkan sahaja. Dia tak mahu Jungyeon bercakap banyak kerana tenaganya masih lemah.

Yasna kembali duduk diatas katil. Abangnya sudah siapkan kain telekung untuknya didalam laci. Dia menyarung telekung putih itu perlahan-lahan.

Arah katil juga abangnya sengaja tetapkan yang menghadap kiblat. Bagi memudahkan adiknya untuk bersolat baring diatas katil.

Soobin hanya memerhatikan segala tingkah laku wanita itu. Banyak yang dia ingin bertanya tapi disimpannya dahulu.

Sebelum gadis itu memulakan solat isyak, dia menoleh ke arah soobin yang masih duduk disampingnya. Dia melemparkan senyuman kepada lelaki itu.

"Kau boleh tunggu kat sofa sana tu. Kau tak boleh duduk sebelah aku ni. Tak khusyuk aku nak sembah Tuhan"

"Oh, maaf", soobin bangun mengalih tempat.

Yasna membetulkan posisinya. Dia solat secara duduk berlunjur. Mujur ustazah yang diambil khas untuk mendidik dia sudah ajar pasal ini.

Sejak kecil dia tidak tahu apa-apa. Solat pun dia baru mula solat pada umur 16 tahun, itupun masih tinggal-tinggal.

Tapi bermula umur 18 , Yasna mula berubah perlahan-lahan menjadi lebih baik. Dia sudah kurang berpakaian seksi dan telahpun menanda surat keluar contract dari satu syarikat permodelan suatu ketika dahulu.

"Allahu Akbar", kedua tangannya diangkat.

Soobin hanya memerhatikan sahaja. Dia kagum dengan wanita itu. Sakit sakit pun masih pentingkan kewajipan.

Dia sangat kagum.

Aku nak jadi macam dia suatu hari nanti. Bisik lelaki itu.





Selesai memberi salam, Yasna menyedari soobin tiada di tempat duduknya. Tidak perasan pula lelaki tu ada keluar dari bilik. Yasna sudahi dengan berdoa lalu menyimpan kembali telekungnya.

Soobin masuk kembali bersama 2 orang abangnya.

"Yeon, abang mintak soobin balik dulu ya? Esok dia ada schedule padat. Malam ni kita bertiga je kat sini", kata Ryan seraya meletakkan plastik berisi makan malam yang baru sahaja Aikal belikan.

Jungyeon mengangguk pelan. Soobin meminta diri untuk pulang.

"Saya balik dulu. Semoga cepat sembuh Yasna", lelaki itu senyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Dia membongkokkan 45 darjah kepada kedua abang wanita itu. Begitu juga dengan dua lelaki itu.
Soobin membuka pintu dan pandangan jungyeon kearah lelaki itu hilang perlahan-lahan tatkala dia sudahpun keluar melalui pintu.

Dia masih teringatkan perbualan mereka sebelum ini. Soobin mengatakan yang mereka berbeza dan jungyeon memahami apakah 'perbezaan' yang dimaksudkan itu.

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now