14

73 10 2
                                    

[End of flashback]



Jam 4 pagi. Aku bangun untuk siap-siap nak solat malam dan mengaji. Sambil-sambil tu tunggu subuh. Setakat ni dah jadi rutin aku sejak seminggu selepas aku buat pembedahan otak tu.

Aku menghamparkan sejadah lalu menyarungkan telekung putih aku, takbir diangkat.

Begitulah aku setiap malam, kecuali kalau aku datang bulan atau aku terpaksa tidur lewat.



[Dorm TXT]

"Awak ni siapa? Kenapa kita selalu jumpa?"

"Saya yang akan tolong awak, dan awak juga yg akan tolong saya", jawab si gadis itu.

"Muka awak kabur.. Bila saya boleh tengok muka awak?"

Aku tanya lagi.

Gadis itu terus berjalan di sekeliling taman itu, sambil tangannya membelai kuntuman bunga mawar putih di situ, aku cuma memerhatikannya, menunggu jawapan untuk petanyaan aku tadi.

"Cantik tak bunga ni?", gadis itu tanya aku, mengabaikan soalan aku sebelum itu.

"Aaa..cantik. Awak suka mawar putih ke?", aku melayankan sahaja pertanyaan dia.

"Suka. Sebab saya macam mawar putih-", dia tersenyum kelat sebelum menyambung lagi ayatnya.

"-tapi saya boleh menjadi mawar hitam juga", sambungnya.

Aku mengerutkan dahi. Aneh dengan ayat dia. "Kenapa pulak?"

Si gadis itu memetik sekuntum mawar putih lalu mencium baunya. Dia tersenyum lagi.

"Nanti kalau saya jadi hitam, saya perlukan awak tau? Ape pun berlaku, jangan putus asa dengan saya", penuh maksud mendalam ayat si dia ni. Aku makin tak faham.

"Saya pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi, bye soobin"

"Eh kejap! Nama awak apa-"


"Soobin hyung!"

Aku membuka mataku luas. Aku melihat sekeliling. Hueningkai yang mengejutkan aku dari tidur.

"Hyung ngigau.. Cakap dalam tidur aigoo", kata hueningkai sambil menepuk bahuku.

Aku bangkit dari katil dan mengalihkan selimut dari badanku. Aku menggosok mataku perlahan dan lihat jam, jam 5 pagi. Awal pulak terjaga..

"Hyung mimpi apa tu sampai ngigau ha?", hueningkai masih setia duduk disamping aku. Dengan dia dia terbangun sebab aku mengigau hadeh.

"Hyung ckp apa dalam mimpi tadi?", aku tanya balik.

"Hmm tak details sangatlaa. Macam orang ngigau ha mcm mne? Dia cakap tak berbutir sangat. So aku pun tak tahu laa hyung ckp ape tadi", katanya.

"Ohh yeke. Ha takpelah. Hyung pun tak igt dah mimpi ape", aku menipu. Malas nak cerita.

"Ha okaylah, aku sambung tidur dulu tau. Awal lagi ni, bye", kata hyuka lalu pergi ke katilnya semula. Aku masih terduduk di atas katil sambil terkenangkan balik mimpi aku tadi.

Mawar putih.. Siapa kau?

Mawar Putih // Choi Soobin √Onde histórias criam vida. Descubra agora