40

46 9 5
                                    

"Cintai agamanya dulu, baru cintai dia"














"Kalau macam tu.. Saya nak minta pertolongan pakcik..", pinta soobin  kepada lelaki itu.

"Oh, apa itu nak?"

"Ajar saya tentang agamanya.. Saya bersedia untuk belajar dan mengenali tentangnya"





Lelaki itu tersenyum. Dia menepuk bahu soobin lagi sekali. "Mari, ikut saya masuk dalam". Dia mengajak soobin untuk masuk kedalam masjid bersamanya.

"B-boleh ke saya masuk?  Tak kotor ke?", serba salah dia dibuatnya.

Lelaki itu menggeleng pelan. "Tidak nak. Kamu tidak kotor. Tuhan telah gerakkan hati kamu untuk mengenaliNya. Sekarang Dia menjemput kamu masuk kedalam rumahNya. Silakan, mari nak".

Soobin mengekorinya dari belakang sehingga masuk kedalam pintu masjid itaewon itu. Dia terpesona melihat di dalamnya yang sangat kemas dan bersih. Terdapat beberapa jemaah sedang menunaikan ibadat. Ada yang duduk bersila sambil membaca Al-Quran seperti yang Yasna baca juga.

"Kamu duduk di sini dulu. Saya nak solat sebentar. Nanti saya kembali", soobin hanya mengangguk. Dia turut melihat beberapa orang sedang membasuh tangan mereka, lalu muka, siku, kepala, telinga dan kaki mereka. Soobin memerhatikan segalanya.

Dia melihat kearah kirinya pula. Dia membulatkan matanya besar. "Taehyung hyung???"

Lelaki berwajah seperti taehyung itu sedang memakai baju serba putih dan sedang duduk di penjuru dinding masjid itu. Dia turut mengalihkan pandangannya kearah lelaki berambut biru itu.

Dia membuka mulutnya lalu menyuarakan seperti, "naz" . Soobin terkejut lalu cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke lain.

"Harap tu bukan hantu", bisik hatinya.

Dia melihat kembali kearah penjuru dinding itu. Lelaki bunian itu sudah tiada.

"Mungkin dia datang sini sebab kembar dia ada sini..", bisiknya lagi.

Setelah beberapa ketika, lelaki yang berjanji mahu mengajarnya kembali setelah dia selesai menunaikan solat.

Dia duduk bersila lalu meletakkan kedua tangannya keatas lututnya.

"Ok nak.. Sebelum tu kita kenalkan diri dululah. Nama pakcik Ahmad. Pakcik warganegara sini. Pakcik dah memeluk Islam 10 tahun dah. Sudah berumah tangga, anak 2, isteri 1. Kamu?"

Soobin berasa teragak-agak untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar. Dia menanggalkan topeng mukanya perlahan-lahan tapi tidak topinya yang menutupi rambut birunya yang agak menyerlah.

"Saya.. Choi Soobin. 21 tahun. Saya tinggal dekat Seoul", ujarnya ringkas.

"Kamu masih belajar ke?", tanya lelaki bernama Ahmad itu.

Soobin menggelengkan kepala. Dia masih tidak mahu beritahu bahawa dia adalah artis kpop terkemuka hampir seluruh dunia.

"Saya ada buat kerja sikit sikit.. Cari duit", balasnya.

Pakcik Ahmad mengangguk tanda faham. "Baiklah kalau macam tu kita belajar sikit-sikit buat permulaan sahaja.."

"Agama yang dianuti oleh kami adalah Islam".




Surprise! I'm back ヽ(´▽`)/

Mawar Putih // Choi Soobin √Where stories live. Discover now