24

60 8 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, Yeonjun dan Jungyeon bertemu di taman yang tidak terlalu menjadi tumpuan ramai orang di bandar Seoul itu.

Yeonjun hanya memakai kemeja hitam bersarungkan dengan hoodie hitam tebal, bersama jeans biru gelap. Tidak terlupa juga mask untuk menutup identiti dan juga dia memakai rambut palsu berwarna hitam untuk menutup rambutnya yang di dye pink.

Manakala jungyeon memakai kemeja putih lengan panjang dan disarungkan long coat berwarna milk tea, rambut panjangnya tidak diikat, dibiarkan beralun ditiup angin sejuk Seoul.

Yeonjun cuba menepati masa seperti yang dikatakannya akan menunggu si gadis itu pada jam 7 malam. Jungyeon tiba di taman beberapa minit selepas itu.

Dari jauh kelihatan seorang gadis berjalan dari satu sudut di taman itu. Yeonjun bangkit dari tempat duduknya iaitu tanah dipenuhi dengan rumput segar menghijau. Dia menyambut baik si gadis itu dengan menunduk hormat 90 darjah.

"Eh apa formal formal ni, peliklah", jungyeon berasa janggal apabila yeonjun membongkok hormat sebegitu.

Yeonjun cuma tersengih malu lalu mempelawa jungyeon bersiar-siar di taman itu.

"Cantik tak taman ni?", si lelaki berpakaian serba hitam itu membuka topik berbual.

"Cantik. Damai je sebab tak ramai orang", si gadis itu menjawab.

Suasana kembali sepi. Tiada perbualan dari kedua manusia itu.

Awkward.

"Awak ade anak ke? Anak angkat?", yeonjun memecahkan kesunyian lagi sekali. Dia tak mahu perenpuan itu berasa janggal dengan dia.

"Ni mesti soobin cerita ni.. Yep, saya ada 3 anak angkat! Oppa suka budak? Boleh main ngn diorang nanti..", jungyeon mulai excited setiap kali dia bercakap pasal anak2 angkat kesayangan dia.

"boleh! Saya suka budak-", belum sempat yeonjun menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedua2 manusia itu dikejutkan oleh satu jeritan dari jauh. Mereka berpaling untuk mencari dari mana jeritan itu datang.

Mata mereka tertancap pada suatu jasad wanita jatuh terduduk dan sedang mengaduh kesakitan.

Jungyeon segera berlari mendekati wanita separuh usia itu. Yeonjun mengikutinya dari belakang.

Jungyeon duduk berlutut di samping wanita itu. "Puan? Puan okay? Ada cedera ke?"

Yeonjun turut mahu duduk disamping mereka berdua, tetapi secara tiba-tiba badannya ditarik kuat dan kasar ke tepi. Sehingga dia jatuh terbaring di atas tanah.

"Yeonjun?", jungyeon menoleh kebelakang. Tiba tiba mulutnya diterkup oleh si wanita tadi.

Rupanya mereka berdua sedang dirompak.

"Serahkan duit kamu semua! Kalau tak tahulah apa jadi kat salah seorang..", si wanita penipu itu berbisik tapi cukup kuat untuk didengari oleh mereka berdua.

Yeonjun dipegang kuat di lengannya oleh seorang lelaki berbadan besar. Dia tidak cukup kuat untuk melawan balik.

"S-saya tak bawak apa-apa! Saya ada telefon sahaja!", jungyeon mengaku.

Manakala yeonjun cuma ada dompet berisi kad kredit dan kad pengenalan sahaja. Dia tak bawa mana2 duit cash.

Si lelaki berbadan besar yang menyelebungi tubuh yeonjun itu tertawa. Ada maksud disebalik gelak jahatnya itu.

"Kalau macam tu, kami ada awak... gadis cantik..", kedua matanya merenung tajam kearah jungyeon yang sedang dipegang erat oleh wanita yang bersekongkol dengannya.

Genggaman dia pada yeonjun mula dileraikan. Yeonjun mula naik angin mendengar kata-kata ada maksud dari si lelaki durjana itu.

"Ddup!", satu tumbukan kuat dilemparkan pada pipi kanan di lelaki tadi. Disertai dengan satu tendangan menggunakan lutut pada zakar si lelaki itu.

Dia menjerit kesakitan dan segera melepaskan yeonjun dari genggamannya.

"Makcik! Lepaskan dia, saya taknak berbuat kasar pada makcik, ini, saya ada cincin.. Cincin ni ada nilai. Ambiklah dan lepaskan kawan saya", yeonjun menanggalkan cincin yang selama ini tersarung di jari telunjuknya, untuk diserahkan kepada wanita itu.

Si wanita itu terketar-ketar mengambil cincin itu dan melepaskan jungyeon.



"Yeonjun.. Kau okay tak? Ada cedera?", jungyeon risau kalau2 si lelaki itu mengalami kecederaan dek kerana dia jatuh tersembam tadi agak kuat.

"Takpe, sikit je. Tak sangka pulak camni jadinya malam ni. Awak akan cerita kat abang awak ke pasal ni?" , yeonjun risau hal ini akan ketahuan oleh abang jungyeon. Dia gagal menjaga adik Ryan dengan baik.

"Tak kut. Kita buat rahsia jelah..", jungyeon membuat keputusan. Yeonjun hanya megiyakan sahaja.

"Yeonjun.. Em"

"Terima kasih", ucap jungyeon setulus hati.

"Tak pyh berterima kasih. Mende dah jadi. Lepas ni kene berjaga-jagalah selalu".

"Tapi kan, mana karate jungyeon pergi? Kenapa saya pulak yang terajang pakcik tadi? Bukan patutnya jungyeon ke?", yeonjun mengusik sambil tergelak memperlihatkan tulang pipinya yang cantik itu.

Mawar Putih // Choi Soobin √Donde viven las historias. Descúbrelo ahora