50

74 7 4
                                    

Pada pagi itu, Yasna keluar berjalan perlahan dari biliknya. Matanya menyilau akan sesiapa di dalam rumah itu.

"Eh, ngah..", Yasna baru perasan abangnya sedang memasak di dapur.

"Eh, dah bangun dah adik abang? Camne tidur? Okay?", tanya Ryan sambil memutarkan sudip di dalam kuali itu.

Yasna menggosok-gosok kepalanya. Sepertinya badannya sangat sakit dan letih. Seingatnya dia tidur sahaja, tetapi dia hairan mengapa badannya lenguh-lenguh.

"Em tak tahulah ngah. Rasa sakit pinggang, bahu, lengan ni pun-"

Akhirnya Yasna sedari tangannya berbalut dengan kain putih.

"Kenapa pulak tangan ni?"

Soobin yang baru sahaja bersiap untuk ke tempat kerjanya terserempak dengan dua beradik itu di dapur. Matanya turut tertancap pada tangan Yasna yang berbalut kemas.

"Soobin, tangan aku kenapa eh?"

Soobin mengetap bibirnya berfikir.

"Adik, ngah masak nasi minyak ayam berempah. Yasna dah lama kan tak makan air tangan ngah? Meh makan. ha soobin? Sebelum pergi kerja tu mari makan dulu. Ni makanan famous kat malaysia tau", Ryan mencelah cuba mengubah topik.

Mereka duduk bersantap bersama-sama pada pagi itu. Tiba-tiba telefon pintar soobin berdering menandakan ada panggilan. Soobin meletakkan sudunya lalu menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Kita ade photoshoot pukul 11 pagi nanti. Cepat sikit makan dengan kesayangan hyung tu", suara hueningkai kedengaran.

"Heh? Mana tahu ni?", soobin menahan sengih dengan menutup mulutnya.

"Hyung tak balik rumah dah 5 hari. Kemana lagi hyung tidur kalau bukan kat tempat jungyeon noona aigoo..",hueningkai menggelengkan kepalanya disebalik panggilan itu.

Soobin tergelak di meja makan itu. Yasna, Ryan dan eomma nya memandang aneh.

"Okay nanti hyung sampai sana. Korang dah makan belum? Kat sini ade makanan lebih Ryan hyung masakkan. Boleh hyung bawakkan"

Kedengaran hueningkai riuh rendah bersama beberapa maknae disebalik panggilan. Siapa je tak excited dengan makanan percuma?

"Boleh boleh! Bawak banyak sikit. Habis shooting nak makan banyak-banyak biar jadi belon perut ni haha".

"Nae arasseo. Annyeongg~", dia menamatkan panggilan.

"Siapa tu?", eomma soobin bertanya.

"Hyuka. Dia cakap pukul 11 ade photoshoot".

Tiba tiba Yasna mencelah. "Aku nak ikut! Aku boleh tolong mekapkan korang berlima". Dia sudah bosan berada lama dirumah.

"Tapi tangan kau.."

"Takpe. Aku boleh guna tangan satu lagi. Okay jom jom ha abang ngah tolong bungkuskan makanan untuk lagi 4 orang tu. Kau tunggu sini, bagi aku 5 minit je. Aku nak bersiap", arah Yasna pada soobin. Lelaki itu tidak dapat membantah.





























"Kau mekapkan aku jelah. Lagi 4 orang tu biar noona lain yang buat", ujar soobin setelah mereka berdua tiba di pintu utama bangunan HYBE.

"Lah, pehal? Jeles ke?"

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Dec 16, 2021 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Mawar Putih // Choi Soobin √Onde histórias criam vida. Descubra agora