15

66 10 22
                                    

"HA TERMENUNG APA", aku tersentak tatkala sepasang jari telunjuk mencuit pinggang aku, sampai aku terlatah memecahkan sunyi suasana di set penggambaran.

"Ahhh hyungg~! Terkejut aku", aku menepis tangan yeonjun yang mencuit aku, dia cuma tersengih-sengih sambil mengambil tempat di sebelah aku di atas sofa.

"Kita semua ade shooting ni, kau duk termenung pulak kat sini, harap tkde tingkap je kat sini klau tak boleh aku nyanyi 'merenung ke luar jendelaa~'

Dah mula mengarut dia tu.

Aku malas nak layan gila dia harini. Semua orang cam hyper je harini. Aku je byk mengelamun dari pagi tadi. Aku cuba bangun dari sofa, tiba-tiba tangan aku ditarik,

"Oii, kau pahal soobin? Ade masalah ke? Meh citer kat aku", yeonjun cuba memujuk. Tentulah kan, aku asyik diam semacam je harini. Tentu dia perasan.

Tapi aku masih menahan ego. "Takde apelah. Aku moody je", menipu sunat.

"Moody pebenda. Kau laki mne ade datang bulan", katanya sambil menahan gelak. Dia fikir lawak :D

"Wei aku kenal la kau macam mana. Even kau pendiam pun tapi aku tahu diam macam mana yang ade maksud, yg sebab ade masalah. Ape function aku jadi abang kau, kawan kau klau kau tak cerita? Kau nak cerita kat spe? Sean?", bebel dia.

Aku menghela nafas panjang. "Ok aku cerita-",

Tiba-tiba mata aku melirik kearah sekujur tubuh sedang berjalan memasuki shooting area kami.

"Jungyeon?", bisikku perlahan.

Dia berjalan masuk dengan pass staff tergantung di lehernya. Dia berjalan betul-betul kearah kami berdua. Jantung aku tiba-tiba berdegup laju. Yeonjun di samping aku turut mengalihkan matanya kearah tempat yang aku melihat. Dia juga terkejut dengan kehadiran wanita itu.

"Morning", jungyeon menyapa sebaik sahaja dia betul2 berdiri dihadapan kami.

"M-morning.. ", yeonjun menyapa balik. Tapi aku masih kaku tidak berkata apa-apa. Si gadis dihadapan aku ini cuma memakai long white jacket dan sweatpants hitam. Rambutnya panjang tidak berikat dan wajahnya kelihatan tidak dimekap, cukup buat aku terpana selama 30 saat, tidak berkelip langsung. Cantik betul.

Tiba-tiba kaki aku dipijak. Aku mengaduh kesakitan, tapi takdela sakit sangat.

"Tak puas lagi tenung aku dari haritu? Kau ni aku kene bawak chopstick legend bapak aku la, tebal dia macam jari, best cucuk mata kecik kau tu", kata si gadis itu sambil bercekak pinggang. Muka dia nampak garang tapi masih terserlah kecomelan dia.

Yeonjun yang menyedari suasana yang agak awkward, segera bangun dari tempat duduknya, "ehh jungyeon, kenapa ade kat sini? Saje je tau tanya hahaha, sebab terkejut.. ".

Jungyeon mengalihkan badannya kearah yeonjun dan segera mengubah riak wajahnya dari garang kepada raut wajah yang manis, "ohh oppa, saya datang sini sebab daddy suruh. Katanya boleh saya tgk behind the scene korang punya photoshoot, takpun tolong mekapkan ke, kalau tak datang sini, saya mereput je kat rumah ternak lemak", jawab jungyeon bersahaja.

Meremang bulu roma aku bila dia panggil yeonjun 'oppa'.

Nak jugak ←_←

Yeonjun mengerutkan dahinya berfikir sesuatu, "mekap? Awak pandai mekap artis?"

"Yup! Dulu saya pernah masuk modelling, pastu sekali belajar mekap artis ni. Nak try? Oppa jadi first customer saya haha", cadangnya.

Aku kat sini dah makin panas. Dia buat aku berdiri kat sini cam tak wujud je.

"Ahh boleh boleh! Jom jom", jawab yeonjun sambil menarik lengan baju jungyeon untuk membawa dia ke tempat make-up.

"Aku nak jugak", akhirnya aku bersuara. Jungyeon menjeling aku tajam.

"Buang mata keranjang tu dulu. Baru aku mekap", pedas betul ayat dia.

"Sorry la sebab tenung lama2. Kau hodoh sgt", aku menjawab.

Terbeliak mata jungyeon dan yeonjun lepas dengar aku ckp cmtu.

"Wow, soobin? Is that you?", yeonjun seakan tak percaya ape yang aku katakan.

Tapi jungyeon macam malas nak melayan aku dah. Dia tarik lengan yeonjun untuk bawa dia ke tempat mekap. "Dahlah oppa, tu dia ke bukan dia ke, semak".

Aku tersengih sambil melihat dua orang itu berlalu pergi. "Kasar sgt ke aku tadi? Sorry la. Saje nak cari pasal. Biar awak ingat saya", bisik hati aku.




"Woahhh pandai laa noona mekap! Menjadi betul eye makeup yeonjun hyung!", excited si budak bernama kamal ni sambil melihat aku mekapkan yeonjun. Aku tersenyum sahaja.

"Biasa- biasa jelah. Ni basic je", aku merendah diri.

"Ohh noona, alang-alang dah dekat sini..nak bertanya sambil2 berkenalan lebih lagi boleh tak? Kita kan kene berkawan", si budak bernama beomgyu pula menyapa dari tepi. Dua2 si kamal dengan beomgyu khusyuk tengok aku buat kerja. Aku cuma mengangguk membenarkan ape dia nak tnye.

"Noona kan MOA dulu..sebelum hilang ingatan. Em agaknya ingat tak bias noona spe awal2 dulu?", tanya gyu sambil menongkat dagunya. Aku terhenti seketika, cuba ingatkan balik.

"Kalau ikutkan abang akak cerita, dia cakap bias akak dia tu~", jawabku sambil memuncungkan bibir, menunjukkan kearah belakang mereka. Mereka pakat toleh ke belakang sama-sama untuk melihat siapa yg aku tunjuk.

Soobin. Nasib baik dia tak perasan sebab tengah bercakap dgn staff.

"Ohhh! Sekarang? Masih sama ke?",tanya kamal pulak.

Aku mendengus perlahan. "Tak tahu. Bila dah jumpa depan2 ni, mcm harey je perangai. Tapi sorilaa korang semua. Saya tak boleh push diri utk ingat semua tu, nanti kepala sakit. Pastu nanti penyakit lain pulak datang".

Semua senyap. "Penyakit apa noona?"

Aku cuma tersenyum kelat. "Takde apa. Tak teruk pun. Tkpelaa belum tiba masa utk korang tahu", kataku.

Tiba-tiba kepalaku diusap perlahan, aku pandang kedepan, yeonjun oppa mengusap kepalaku sambil tersenyum kecil.

"Kalau ade pape berlaku, cakap je. Tak perlu berahsia dengan kitorang. Oppa anggap yeon macam adik prmpuan tau, oppa anak tunggal, dorang ni 4 orang mcm adik lelaki oppa dah. Tambah yeon, ade yeoja dongsaeng pulak oppa sekarang hahaha".

Aku tersenyum sahaja. Segan. "Ok baik, saya cuba".

Mawar Putih // Choi Soobin √Kde žijí příběhy. Začni objevovat