43

44 6 4
                                    

Aku berdiri di hadapan sebuah hotel yang biasanya dihuni oleh orang kaya dan ternama. Aku melihat phone aku yang sedang berkelip-kelip.

"Mommy kat sini...", aku tersenyum.

Ketika mommy masih diwarded di hospital, aku senyap-senyap minta seorang nurse untuk masukkan chip pengesan jejak pada mommy. Aku tak tahu mana dia letak, mungkin dalam phone mommy sebab chip nya nipis dan sukar untuk dilihat.

Aku tahu, tidak semudah ini untuk aku bertemu mommy. Masih ramai bodyguard di dalam aku harus harungi.

Dan maafkan aku soobin, aku cabut lari dari studio kau. Aku tahu kau takkan tolong aku untuk jumpa mommy. Mommy aku jahat di mata orang lain. Tapi tidak dimata aku.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku harap Tuhan tolong aku kali ini. Perlahan-lahan kaki aku melangkah maju hingga mendekati pintu masuk utama hotel itu.

Aku berjaya masuk. Sekarang apa aku perlu buat adalah cari bilik mana mommy berada.

"Cik, berhenti", sepasang tangan menghalang aku.

Aku mendongak. Walaupun aku dah tinggi, tapi dua lelaki bersut hitam ini lagi tinggi dari aku. Badan mereka juga sasa.

Aku memberi pandangan tajam, bibirku ku ketap rapat. Dalam hati aku berdoa semoga aku dilepaskan.

"Sila pergi dari sini", salah seorang dari mereka mengarah.

"Saya nak jumpa mommy saya", aku berkeras.

"Datin tak mahu berjumpa dengan cik Yasna",

"Saya tak kira, berikan saya lepas!", aku meninggikan suara.

"Baik cik pergi sebelum kami guna cara keras".

Oh? Sebegitu rupa sekali mereka menurut perintah mommy. Sehingga sanggup menggunakan kekerasan.. Terhadap wanita.

Aku tak endahkan. Apa guna aku miliki tali pinggang hitam dalam karate dan taekwondo. Ini lah masanya untuk aku gunakan.

"Ini apa berlaku ni?", aku memandang ke belakang setelah aku terdengar suara yang sangat aku kenali.

"Mommy?"

Aku berjalan mendekati mommy. Beberapa langkah sahaja aku akan berjaya peluk tubuh wanita itu tetapi..

Ppak!

Satu tamparan keras diberi keatas pipi aku.

Pedih. Pipiku panas. Pastinya merahnya seakan tomato yang masak ranum. Aku memegang pipi ku yang sakit itu. Mataku berkaca.

"Kau memang tak tahu malu dan tak sedar diri kan? Aku dah cakap jangan jumpa dengan aku lagi", suara wanita itu rendah tapi penuh dengan aura kebencian.

"M-mommy.. Yasna nak peluk mommy.. Tu je. Lepas tu Yasna pergi..", aku cuba mendepakan lenganku mencapai mommy.

"Eei jangan sentuh aku!" , badanku ditolak kasar. Aku rebah ke lantai.

"Aku kene buat macam mana lagi supaya kau berhenti cari aku hah?! Macam ni ke?", perutku dipijak-pijak oleh kasut high heels mommy.

Allah, sakit.

Aku tak mampu untuk melawan. Badanku seakan merelakan. Aku sakit tetapi aku tidak kisah kerana dia mommy aku.

Mata aku semakin lama semakin kabur. Aku mula terbatuk dan cecair merah mengalir keluar. Tiada siapa pun mahu menolong. Dua orang bodyguard itu tidak berbuat apa-apa. Mereka seakan robot yang tiada perikemanusiaan.

Mommy masih teruskan menendang dan memijak, melepaskan segala amarahnya.


"WOI BERHENTI!!", mommy berhenti.

Si gerangan yang menjerit itu segera menghalang tubuhku dari terus ditendang. Aku tidak dapat melihat siapakah dia. Aku terlalu di dalam kesakitan.

"Puan!  Puan buat apa ni? Kenapa tendang kawan saya?!", nampaknya dia tidak tahu apakah hubungan aku dengan wanita dihadapannya itu.

"Kalau kau taknak dia mati, cepat bawak dia pergi dari sini", selamba mommy menjawab. Mommy mula pergi meninggalkan aku bersama lelaki yang selamatkan aku.

Badanku dirangkul perlahan. "Jungyeon?! Jungyeon bangun!!"

Mataku masih kabur untuk melihat siapakah dia.

"Jungyeon ni saya yeonjun! Aish.. Saya bawak awak pergi hospital sekarang".

"J-jangan..", aku cuba menghalang yeonjun.

"Kenapa pulak jangan? Awak cedera teruk!"

"Nanti mereka tangkap mommy saya..", suara aku makin lemah.

"M-mommy??!"

Mawar Putih // Choi Soobin √Место, где живут истории. Откройте их для себя