TPO 16

19.9K 1.1K 92
                                    

Elrose duduk di atas kerusi sambil menanti munculnya Wei Shin dan Mei Ying sejak setengah jam yang lalu. Sesekali dinding kayu di tenung lama untuk menghilangkan kebosanan. Namun tidak lama kemudian kehadiran dua perempuan yang di tunggu akhirnya datang.

Wajah Elrose bersinar dengan senyuman lebar di bibir. Kedua tangan dayang tersebut di tarik supaya mendekat.

" Wei Shin... Mei Ying... Saya nak tanya sikit boleh tak! ". Ujar Elrose teruja sambil mematap kedua dayangnya dengan mata bulat bersinar. Wei Shin dan Mei Ying mengambil tempat duduk di depan Elrose dengan mengangguk kepala

" Ada orang tak jaga depan pintu masuk istana ni— maksud saya berapa orang pengawal yang jaga dekat pintu masuk. Berapa? ". Sedikit berbelit ayat yang telah diungkapkan oleh Elrose sehingga kedua dayang tersebut beriak hairan.

" Dua orang pengawal yang menjaga di depan pintu masuk istana, tuan puteri Elrose. Ada apa yang berlaku sehingga puteri bertanya seperti ini? ". Elrose meneguk air liur sedikit laju apabila mendapati ada sedikit nada curiga pada Wei Shin.

Elrose tak boleh tersalah cakap! Kalau tersilap lagi kali ini berkemungkinan kedua dayangnya akan menaruh curiga yang tinggi. Jadi lebih baik Elrose menyusun kata sebelum mengutarakannya. Elrose menutup rasa kelisahnya dengan senyuman manis.

Bibir merahnya melengkung lebar berharap Wei Shin tidak menaruh curiga terhadap dirinya.

" Hehe. Saya sengaja tanya macam tu ". Elrose meliarkan matanya agar mencari ayat yang sesuai. Wei Shin mengangguk faham. Antara kedua dayangnya Wei Shin sedikit tegas berbanding Mei Ying yang lembut. Elrose tersengih malu.

" Kami baru teringat tentang sesuatu yang perlu di beritahu kepada tuan puteri. Lusa nanti bermula dari esok petang kami tidak dapat menemani tuan puteri kerana kami di tugaskan untuk membantu menyiapkan jamuan yang akan berlangsung ". Ujar Wei Shin saat teringat berita tersebut. 

Mei Ying mengangguk mengiyakan kata Wei Shin. Mereka berdua di tugaskan untuk membantu oleh ketua dayang dalam melancarkan jamuan antara Raja dan utusan dari kerajaan lain yang berlangsung di dewan pada lusa nanti.

" Ja—muan? Jamuan apa yang kamu kena uruskan? ". Tanya Elrose dengan riak wajah tidak mengertinya. Kenapa dia tak tahu apa apa jika ada sebarang jamuan? Apakah dirinya tidak akan di jemput sekali?

Satu cahaya sinar mendadak muncul. Maksudnya Elrose ada peluang untuk larikan diri jika semua orang sibuk dengan jamuan itu nanti kan! Secara laju senyuman lebar Elrose terbit lagi. Nampaknya rancangan dia akan berjalan lancar.

" Jamuan pertemuan Tuanku Zhu Jian Shen dengan raja di kerajaan sebelah, tuan puteri ". Jawab Mei Ying bagi pihak Wei Shin yang tiba-tiba bangun meminta izin untuk ke tandas. Mungkin ingin membuang air. Lirikan mata Elrose mengikuti pemergian Wei Shin sehingga hilang di balik pintu.

Lekas Elrose berpaling pada Mei Ying seraya berbisik kecil dengan tangan melingkar memeluk bahu Mei Ying. Mungkin dengan Mei Ying dapat membantu rancangan Elrose nanti?

" Para pengawal yang berjaga di depan pintu masuk istana akan bertukar ganti atau orang yang sama sahaja di sana? ". Bisik Elrose laju sambil menatap ke dalam mata Mei Ying.

" Pada setiap hari akan ada dua giliran pengawal bertukar ganti. Maksudnya sehari empat pengawal yang akan berjaga di sana. Dua pengawal yang pertama bermula sebaik matahari terbit sehingga matahari terbenam lalu yang kedua akan bermula dari matahari terbenam sehingga matahari terbit esoknya ".

Jelas Mei Ying penuh kejujuran tanpa menipu sedikit pun. Elrose mengangguk faham. Dalam hatinya bergelonjak suka. Maknanya ada peluang besar dirinya untuk melaksanakan rancangannya.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now