TPO 17

18.1K 1.2K 202
                                    

Sudah lama rasanya kaki Elrose melangkah melarikan diri. Kini dia sampai di satu kampung yang gelap gelita. Hanya ada lampu pelita di satu satu tempat sahaja. Elrose sudah terlalu lelah akhirnya jatuh terduduk di dekat sebuah pokok besar. Elrose tak pasti dia dekat mana.

Elrose menelan air liur lagi. Tekaknya memang terlampau haus tetapi tiada sumber air yang dia temukan. Badannya terlalu letih untuk  meneruskan perjalanan lagi. Perutnya berkeroncong hebat kerana tidak menerima sesuap nasi sejak petang tadi.

Dia hanya sibuk memikirkan rancangan untuk melarikan diri tanpa mengambil makan sedikit pun. Mata gadis itu juga sudah layu seakan mahu tertutup sebentar lagi dan benar beberapa minit berlalu Elrose tersandar lemah pada pokok dengan mata terpejam rapat.

Dia terlena kerana letih yang teramat tanpa Elrose sedar ada sebuah rumah miskin di belakang pokok tersebut. Rumah salah satu penduduk kampung.

Paginya, pemilik rumah berupa seorang wanita tua yang mungkin beumur lingkungan hampir lima puluh tahun keluar ingin menyapu sampah di depan kawasan tanah rumahnya. Namun matanya melihat sesuatu di balik pokok depan rumahnya.

Makcik itu melangkah perlahan sambil membawa penyapu kayunya bersama. Dia cuba melihat apakah benda itu. Sampai di dekat pokok tersebut dia di kejutkan dengan satu susuk tubuh seorang gadis tersandar pucat sambil tertidur.

Lekas dia membuang penyapu ke tanah lalu mengoyangkan bahu gadis yang tidak di kenali itu. Tidur Elrose terganggu apabila bahunya di goncang kecil. Matanya perlahan terbuka kecil menatap ke depan lalu menoleh ke tepi menatap tangan tua yang sedang menyentuh bahunya.

Elrose meringis perlahan, tubuh badannya terlampau sakit kerana tidur secara begini. Bersandar pada pokok kayu yang keras tambah lagi dia penat berjalan semalaman. Elrose cuba bangun dengan perlahan, tubuhnya hampir jatuh kerana kaki yang tidak stabil lagi.

Kakinya terasa lemas. Makcik tersebut beriak risau membantu Elrose agar bangun dan berdiri dengan benar.

" Anak.. kenapa kamu tidur dekat sini ". Tanya makcik tersebut dengan nada penuh sopannya. Elrose dengan wajah pucat kerana terlalu letih mengukirkan senyuman tipis. Apa yang perlu dia jawab.

" Sa—Saya... tertidur dekat sini makcik ". Jawab Elrose gagap dia sebenarnya tak tahu nak jawab apa. Makcik tersebut mengangguk perlahan. Namun ada benda lagi yang mahu di tanyakan.

" Kamu berasal dari mana nak? Makcik tidak pernah melihat kamu dekat kawasan sini. Kamu satu satu daripada golongan  bangsawan ke. Kenapa kulit kamu terlampau halus, lembut dan begitu putih ". Soalan makcik tadi membuat Elrose terdiam. Apa yang dia nak cakapkan.

Elrose bukan berasal dari sini atau mana mana. Tidak mungkin die memberitahu dia datang dari istana bukan. Elrose cuba mencari alasan yang dirasakan mungkin masuk akal. Dengan penuh terpaksanya Elrose menipu makcik tersebut untuk menyembunyikan dirinya.

" Saya— berasal dari hujung kampung seberang. Saya baru sampai malam tadi selepas merantau jauh... ". Elrose tidak sanggup ingin menipu lebih jauh tapi keadaan dia yang memaksa.

" Saya bukan orang bangsawan. Saya orang kampung yang baru datang— kulit saya putih mungkin sebab... Ke— Keturunan . Iya Keturunan daripada ibu saya ". Sambung Elrose lagi dengan penuh penipuan. Awalnya makcik itu sedikit hairan namun tidak lama senyuman makcik itu muncul.

" Ah begitu kisahnya.. Makcik kesian melihat kamu yang penat dan pucat macam ni. Marilah masuk ke dalam rumah makcik yang biasa ini. Makcik sediakan ubat dan sedikit makanan untuk kamu ". Makcik tersebut sungguh baik, dia membantu Elrose berjalan masuk ke dalam rumah.

Terdetik dalam hati Elrose, dia bersyukur ada seorang yang mahu membantu dirinya dalam keadaan begini. Padahal makcik ini tidak mengenali Elrose sama sekali, tapi tetap mahu menolong gadis yang lelah ini.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now