TPO 37

12.1K 983 58
                                    

" Tak nak! ".

Suara jeritan milik Elrose kedengaran kuat selepas menepis tangan Jian Shen yang suba menyentuh dirinya. Elrose memandang Jian Shen dengan wajah sedikit marah bercampur perasaan takut. Jian Shen pula berubah riak selepas mendapat jeritan daripada Elrose.

Jian Shen mengenggam gaun yang ada pada tangannya dengan kuat seakan menahan kemarahan. Mata helang miliknya menatap tajam ke arah Elrose tanpa lepas walaupun sesaat. Di pihak Elrose dia baru tersedar telah meninggikan suaranya kepada Jian Shen seketika tadi.

Dengan itu, Elrose mengundur ke belakang secara perlahan kerana mula berasa gerun dengan Jian Shen. Elrose bukan tak tahu yang raja iblis itu pantang di cabar terutamanya jika terpaut dengan dirinya. Ada saja hal Jian Shen yang membuatkan dirinya berasa ingin marah.

Bukannya apa, tadi Elrose elok berehat dengan tenang dekat bangku di luar berdepanan dengan biliknya bersama kedua dayangnya. Tapi tidak berapa lama, Jian Shen muncul dengan dayangnya sambil membawa sehelai gaun mewah untuk dipakai oleh Elrose nanti.

Awalnya Elrose tak mahu menolak arahan Jian Shen yang mengarahkan dia untuk menyarung gaun tersebut kerana takut dimarahi tapi— apabila Elrose mengangkat gaun tersebut untuk dilihat, dia terkejut bukan main. Elrose tak kisah dengan corak dan perhiasan mewah yang tertata pada gaun itu.

Tetapi, gaya gaun itu tersangatlah menyakitkan kedua mata Elrose. Gaun berwarna biru tua dengan perhiasan yang boleh menunjukkan sisi seorang bangsawan amatlah mencolok mata jika dilihat. Gaun itu tersangat seksi bagi seorang Elrose.

Gaun itu tidak mempunyai bahu manakala di bahagian peha gaun pula terdapat belahan panjang dari setengah peha lurus sehingga ke bawah di sisi kiri. Perkara itu automatik akan mendedahkan kulit badan Elrose kepada orang lain. Belum lagi ada satu kawasan jernih pada gaun yang melingkari perutnya.

Elrose yakin kawasan jernih itu akan menampakkan bahagian sekeliling perutnya. Jadi disebabkan itu, Elrose menolak tidak mahu memakai gaun pemberian Jian Shen itu. Gila ke apa? Selama dia duduk dekat sini Jian Shen tak pernah menyuruh dia menyarung pakaian seperti itu.

Apa yang ada dalam otak Jian Shen? Tadinya kedua dayangnya membantu dia untuk berpakaian tapi selepas menerima tolakan tanpa henti daripada Elrose. Jian Shen pula yang masuk dan memaksa dirinya untuk menggunakan gaun itu sekarang.  Dan seperti sekarang inilah yang terjadi. Jian Shen berwajah bengang menatap dirinya tajam.

Dalam sibuk Elrose melayan rasa takutnya, Jian Shen melangkah menghampiri dirinya selepas memghempas gaun itu ke lantai bilik. Langkah Jian Shen besar seakan mahu memukul Elrose sekejap lagi. Elrose makin mengundur dengan tangan meraba ke tepi ingin mencari benda untuk melindungi dirinya daripada kegilaan Jian Shen.

Selangkah lagi Elrose mahu menjauhkan diri, Jian Shen sudah mengapai tangannya terlebih dahulu. Dalam satu sentakan Jian Shen menarik Elrose dekat padanya. Tepat itu, tangan Elrose dapat memegang sesuatu benda seakan gun—ting.

Elrose tak pasti tapi disebabkan terlampau takut. Dia mengangkat benda itu menghala tepat pada Jian Shen dengan kepala tertoleh ke tepi tidak mahu melihat. Seperti biasa Jian Shen lebih pantas bertindak, dia menangkap pergelangan tangan Elrose. Serentak itu, Elrose membuka matanya menatap Jian Shen dengan reaksi terkejut.

Jian Shen mengetap giginya seraya melirik gunting pada tangan Elrose sebelum menepis alat tajam itu sehingga jatuh ke lantai. Elrose mendadak terkejut, dia tak sangka dia hampir mencucuk raja itu dengan gunting tajam tadi.

" Ji-Jian Shen— ".

" Kau memang mencabar kesabaran aku Elrose ". Ujar Jian Shen keras sambil merenung Elrose dari atas sehingga ke bawah. Jian Shen menyatukan kedua tangan Elrose lalu di genggam dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan yang bebas mencari sesuatu di balik helaian dada bajunya.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now